Tuesday 30 June 2020

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis)

Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan bagasi kami di tempat penyimpanan sementara kami ke USJ pagi itu. Tujuan kami ke USJ haritu bukan nak masuk ke sana tapi untuk ke kedai HRC je semata.

Tambang JR pass ke sini untuk dua hala adalah 360 yen seorang.







Untuk yang ingin menghabiskan sisa-sisa yen ada anda boleh singgah ke kedai souvenier ni kat airport  Kansai. Harga sangat berpatutan. 

 


Kedai kami ulang pergi sampai 3 kali sorang..



Ni last kedai makan yang kami sempat merasa kat sana. Kedai ni kat airport jugak..



Tempura dia sedapp..harga pun boleh tahan.


Ni aku punya menu..dalam tu nasik..




Total bil kami haritu 4120 yen. Air free 

Kami banyak menghabiskan masa kat airport sementara menunggu flight kami yang dijangka berlepas pukul 10 malam.




Alhamdulillah kami selamat mendarat di bumi malaysia lebih kurang pukul 430 pagi.



Thursday 21 May 2020

OSAKA TRIP JAN 2020 (Part 5)

22 Jan 2020 (Rabu)

Plan harini ke Koyasan. Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama ni. Aku pon pertama kali dengar jugak. Kalau tengok kat utube tempat ni salji turun agak tebal tapi dulu2 lah. Kat sini ada banyak kuil Budha dan juga tempat persemadian abadi. Jauh2 datang sini tempat ko pegi ek.. > <



Nak kesana dari hotel kami cuma kena naik 2 tren je menggunakan Nankai. Perjalanan pergi balik ke sana menggunakan Kad 3day KTP tu. Dah alang2 free kan..jalan jelah sampai sini. 

Untuk naik ke Koyasan tu perlu naik kabel kar yang macam kat Penang tu. Bila dah sampai atas kena naik bas mini pulak untuk ke stesen2 berikutnya mengikut plan korang.









Sepanjang jalan tu nampak banyak jugak tompokan salji harap kat atas nanti ada lagi banyak lah kot.


Kami turun di satu hentian yang aku pun dah lupa nama dia. Kat sini kami cuma jalan2 ambik angin segar & sejuk sambil menikmati keindahan alam.




Jalan punya jalan..kami jumpa satu tempat lapang yang ada banyak jugak salji..aku syak tu kawasan parking kot..hehhe. Apalagi terus lah posing maut kami bertiga. 

Gambar acah2 pegang & pijak salji wajib ada ye..untuk tatapan mata kawan2 & famili di tanah air.

Agaknya kalau kami pergi snow park konfem kuak lentang dah kot. Kat sini yang sekangkang kera ni pun dah teruja sangat.






Kami bergerak dari sana ke Dotonbori lebih kurang pukul 1 tgh hari. Masih menggunakan KTP ye.

Misi ke Dotonbori untuk cari makan dan berjalan2 di sekitarnya cuci mata dan poket kawan aku. 

Kami ada membuat carian di utube untuk makan halal di sini..info yang kami dapat adalah Restoren Chibo Diversity ni..


Ni ruang makan umum..kat ground floor. Cashier dia kat depan ni je. 


Ruang makan untuk yang halal menu kat tingkat atas.Tatacara ke restoren ni mula2 staff akan hantar kita ke ruang menunggu sementara kat sini kita dah boleh tengok menu dulu.

Bila dah ada kosong kat ruang makan halal baru dorang akan hantar kita ke meja. Konsep dia macam teppanyaki restoren tu. Ada hot pan kat meja..menu kami haritu Okonomiyaki & mee goreng dan naan. 


Ni menu yang kami order mengikut rekomendasi  & bajet.



Oh ye kat level halal ni disediakan tempat wuduk & ruang solat khas. Toilet kat tingkat bawah. 


Ada sorang staff dia melayu..mula2 aku ingatkan dari Indonesia sebab macam kat Kobe aritu aku ingatkan dia melayu..terbalik sudaa.  Adik ni comel je student rasanya mungkin part time kat sana. 

Kawan aku cakap muka adik tu familiar sekali bila ingat balik rupanya dia yang buat video review restoren ni..kesahnyaa.



Happening gila kat sini..street food di macam2 ada..tapi tulah susah nak carik yang halal. Jadi ko mampu tengok jelah.


NON HALAL Street food



Selesai makan kami ke Bic Camera pulak..kat sini kawan aku nak melabur sikit..aku tukang bagi pendapat jelah..hehe..aku mampu beli cekelat kapal je..


Esok last day kat sini..flight besok malam jadi siang nya masing ada masa untuk berjalan..

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...