Ekceli opis aku ada buat program BBQ santai di Taman Wetland, Putrajaya hari sabtu lepas dengan bayaran RM30 untuk bujang dan RM60 untuk satu family (maksima 6 orang). Bayaran RM10 untuk tambahan peserta. Jadi aku piker kalau aku sorang dah RM30, rugi tuh. Kalau camtu aku baik aku bawak Irfa dan konco-konconya, lagipun abam kan nak sunat besoknya tu. So, kena bagi la hati member tu happy sket. Kebetulan pulak, adik pompuan aku pun offday, so aku angkut lah dia sekali.
Kalau ikutkan map asal yang dorang kasik, Taman Wetland tu dekat dengan TAMAN BOTANI. Konfiden je kuar rumah pukul 8 pagi walhal aku sebagai ajk "terkejut" ni dorang suruh awal la & berkumpul kat sana pukul 8.30 sebelum staff lain datang.
Sekali aku dah sesat, GPS pun haram takleh pakai. Kami berpusing kat bulatan besar tu 2/3 kali jugak & akhirnya aku terpaksa kol salah sorang AJK yang lain. Dah dapat direction yang betul tapi nak dijadikan cerita sekali lagi kami terlajak masuk simpang lain..sudahnya aku tanya arah ke sana kat sorang brader ni kat Petronas. Tapi takpe sesekali bawak Irfa & family makan angin dulu pusing2 Putrajaya..ngeeee
Kami sampai sana kul 9 lebih. Masa tu dorang semua tengah sarapan. Ada nasik lemak, kuih-muih melayu, sandwich. Tapi aku makan ala kadar je sebab nak simpan ruang perut untuk makan kat tasik nanti. Kami naik tram yang pertama tapi sebelum ke pondok BBQ, drebar tram tu bawak kami pusing2 dalam taman tu.
Tapi disebabkan gerimis & hujan rintik2 jadik suasana agak tidak menyeronokkan. Apapun aku tetap bersyukur kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sedang ditimpa musibah banjir teruk sekarang ni..semoga mereka tabah.
Sebelum tram bergerak, kami sempat la berposing 4/5 keping gambar kat sini..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke pondok BBQ tu. Jalan merentasi tasik / paya tu memang sesuai dilalui dengan tram je sebab kalau naik kereta macam leceh je sebab jalan berbatu. Tapi aku rasa tak semua kereta boleh masuk kesana kot, kena dapat kebenaran dulu. Sebab nanti merosakkan pemandangan...hehe
"Welcome to Taman Wetland, Putrajaya. Please enjoy the great view & also the food"
Kat area sini ada tiga bijik pondok BBQ, depan sket ada tandas, kalau perasan gambar tram atas ni yang macam rumah tu lah tandas dia..tapi yang tak best masa tu air slow la pulak. Kat sini tak disediakan surau, jadik kenalah bawak khemah kalau nak bersolat.
Sementara menunggu tram yang kedua, aku sempat lah menolong AJK lain mengemas pondok utama yang menempatkan barang makanan dan segala peralatan.
Okay, pada sesiapa yang tak tau BBQ kat sini tak pakai arang, tapi pakai dapur elektrik. Hanya perlu masukkan token untuk menyalakan api. Token tu boleh dibeli di kaunter utama.
Senangkan tak payah nak susah2 guna arang, cepat & bersih. Dah abis pakai nanti ada makcik cleaner tu datang bersihkan mesin ni. Terima kasih acik..
1 kali token untuk masa 14 minit. Aku kompius jugak mula2, masa tu dapur dah mati sebab masa dah tamat. So, dorang suruh aku masukkan token tu, aku pun masukkanlah, pelik kenapa pulak token ni jatuh balik, 4/5 kali jugak aku try. Rupanya token tu memang akan jatuh lepas mesin tu restart. So token tu kena guna balik bila dapur dah mati nanti...lorrr
Acara bakar-membakar pun bermula, aku tolong mana yang patut je. Aku cakap kat Irfa, takpe korang pergilah rehat..amik2 gambar dulu lagipun dorang kan tetamu. Nanti dah siap masak, aku panggil dorang. Cewah..tetiba baik pulak hati kann...
Untuk telematch pulak, tempat khas kat atas bukit belakang toilet tu ada kawasan lapang. Aku tolong AJK siapkan tempat game.
Pastu tetiba aku terjoin jugak game yang di panggil game Detektif Conan (ala game yang pesanan berbisik tu..). Team aku menang walaupun bila last sekali pesanan dah bertukar rupa. Mana taknya dari kelapa parut terus jadik santan, masak lemak jadik nasik lemak. Maklumlah pesanan tu kan kena melalui pelbagai corong telinga..haruslah bunyi macam2...hehehe
Medal yang disediakan oleh pihak committee, handmade uollsss.
Game berenti rehat untuk memberi ruang kami menjamu selera dulu. Game seterusya disambung balik tapi dibuat dekat dengan pondok tu je. Game bebudak je pon, nak bergoyang Chicken Dance
Game yang diinspirasikan dari program realiti paling hot di Korea iaitu Running Man. Ingat tak yang dorang kena berjoget untuk menjatuhkan sticky notes kat badan dorang. Budak-budak ni bukan main seronok lagi bergoyang tak hengat dunia..
Ni pulak acara menghabiskan hadiah..lelong!! lelong!! lelong!!
Tram pun sampai dalam pukul 4 petang, Irfa & budak2 aku biarkan naik dulu sebab abam cakap nak main basikal kat sana. Kami tunggulah tram seterusnya. Actually tram yang sama jugak akan patah balik ambik kitorang...mesti drebar tu boring je kena ulang alik..heheh
So far, bagi aku tempat ni bagus untuk aktiviti riadah bersama keluarga..betul!!
selalu gak pi putrajaya tapi x pernah gi taman wetland ...
ReplyDeleteHarumankasehvee,
DeleteOoo.. yeke? Biasa dah tu, kalau tempat kite sendiri mesti kita tak excited nak pegi..
bestnya...sue yang duduk sini pon tak berBBQ kat wetland ni
ReplyDeleteSyawalsimpsons,
DeleteHahahah...dekat sgt kot, baik berBBQ kat rumah je...heheh
JM yg tggal kat putrajaya ni pun tak pegi taman wetland tu...itulah kan..kalau dh dekat..jadi malas plak
ReplyDeleteJM, sama la macam saya. Saya yang dekat dengan Bukit Malawati tu, yang dok lalu setiap hari ke tempat kerja pun tak pernah nak menyinggah nya.
DeleteJM,
DeleteSbb kita rasa, bila2 boleh pegi kalau nak tu yg kita mesti tak xcited nak xplore tempat sndiri..cam CV lah, dah bpe la tak pegi Nilai 3 tu..
t.a.t.a,
Aku penah g Taman Melawati tu masa ikut rombongan skolah dlu..lame giler daa
wah! bestnya! kalau aku join kan mesti aku tak kan join untuk games punya. sebab perut dah kenyang isi semua makanan tu. hahaha
ReplyDeletet.a.t.a,
DeleteAku join je sebab nak memeriahkan suasana...sian dorang takde orang nak guide...
meriahnya...mst best kan...yg menarik perhatian sekali nk BBQ pkai token tu..terbaik!hehe
ReplyDeleteMime MF,
DeleteTulah, pestime sy jumpa mesin BBQ pakai token camni..senang sangat
waaaaaaaaaaaaa bestnyer dik... syok gk bt family day ke apa kt situ ek... sbb bkr bbq ngn token tuh tanpa susah2 gune arang or api.... tgk menu tuh sgt menyelerakan
ReplyDeleteNorhidana Miswan,
DeleteMasa otw tu merungut jugak, napelah dorang ni pilih wetland ni. Dahla nak carik tempat tu susah. Nasib baik rasa mcam berbaloi je
best nye...menu tu mcm2 adooo teliooo -_-'
ReplyDeleteKopilolimauice,
DeleteAyam tu masa baru masak sedap lah..bila dah sejuk tak lalu dah la hangit...heheh
wah..... sedapnya makanan tu, syok juga ye sesekali ber BBQ kat tasik
ReplyDeleteMystoriPic,
DeleteMemang seronok pun, tengok budak2 happy je
sebenarnya nak tanya, token tu bape rm?
ReplyDeleteSis,
DeleteEmm..nanti nak tanya...
meriahnyer uoolsls., ehhehee
ReplyDeleteNilah agaknya tempat yg kawan okje cakap tu....kena sewakan CV tempat ni!
ReplyDeleteSila call saya, PakDin 016-7705352. Saya berminat nak buat family day di lokasi tersebut.
ReplyDeleteTkasih
Assalam Pak Din,
DeleteMaaf, sy bukan keja situ tp kompeni saya ade buat function kat sana aritu..Pak Din boleh cuba carik kat website dia kot.. =)