Tuesday, 10 December 2013

Ber BBQ di TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA..

Walaupun IRFA dah story pasal event ni, tapi aku tetap nak cite jugak nanti blog aku bersawang pulak kalau takde entri baru. Takkan nak tampal quote of day je hari-hari buat cover..heheh

Ekceli opis aku ada buat program BBQ santai di Taman Wetland, Putrajaya hari sabtu lepas dengan bayaran RM30 untuk bujang dan RM60 untuk satu family (maksima 6 orang). Bayaran RM10 untuk tambahan peserta. Jadi aku piker kalau aku sorang dah RM30, rugi tuh. Kalau camtu aku baik aku bawak Irfa dan konco-konconya, lagipun abam kan nak sunat besoknya tu. So, kena bagi la hati member tu happy sket. Kebetulan pulak, adik pompuan aku pun offday, so aku angkut lah dia sekali.
 

Kalau ikutkan map asal yang dorang kasik, Taman Wetland tu dekat dengan TAMAN BOTANI. Konfiden je kuar rumah pukul 8 pagi walhal aku sebagai ajk "terkejut" ni dorang suruh awal la & berkumpul kat sana pukul 8.30 sebelum staff lain datang.

Sekali aku dah sesat, GPS pun haram takleh pakai. Kami berpusing kat bulatan besar tu 2/3 kali jugak & akhirnya aku terpaksa kol salah sorang AJK yang lain. Dah dapat direction yang betul tapi nak dijadikan cerita sekali lagi kami terlajak masuk simpang lain..sudahnya aku tanya arah ke sana kat sorang brader ni kat Petronas. Tapi takpe sesekali bawak Irfa & family makan angin dulu pusing2 Putrajaya..ngeeee



Kami sampai sana kul 9 lebih. Masa tu dorang semua tengah sarapan. Ada nasik lemak, kuih-muih melayu, sandwich. Tapi aku makan ala kadar je sebab nak simpan ruang perut untuk makan kat tasik nanti. Kami naik tram yang pertama tapi sebelum ke pondok BBQ, drebar tram tu bawak kami pusing2 dalam taman tu.

Tapi disebabkan gerimis & hujan rintik2 jadik suasana agak tidak menyeronokkan. Apapun aku tetap bersyukur kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sedang ditimpa musibah banjir teruk sekarang ni..semoga mereka tabah.

Sebelum tram bergerak, kami sempat la berposing 4/5 keping gambar kat sini..



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke pondok BBQ tu. Jalan merentasi tasik / paya tu memang sesuai dilalui dengan tram je sebab kalau naik kereta macam leceh je sebab jalan berbatu. Tapi aku rasa tak semua kereta boleh masuk kesana kot, kena dapat kebenaran dulu. Sebab nanti merosakkan pemandangan...hehe
 

"Welcome to Taman Wetland, Putrajaya. Please enjoy the great view & also the food"





Kat area sini ada tiga bijik pondok BBQ, depan sket ada tandas, kalau perasan gambar tram atas ni yang macam rumah tu lah tandas dia..tapi yang tak best masa tu air slow la pulak. Kat sini tak disediakan surau, jadik kenalah bawak khemah kalau nak bersolat.


Sementara menunggu tram yang kedua, aku sempat lah menolong AJK lain mengemas pondok utama yang menempatkan barang makanan dan segala peralatan.





Okay, pada sesiapa yang tak tau BBQ kat sini tak pakai arang, tapi pakai dapur elektrik. Hanya perlu masukkan token untuk menyalakan api. Token tu boleh dibeli di kaunter utama.



Senangkan tak payah nak susah2 guna arang, cepat & bersih. Dah abis pakai nanti ada makcik cleaner tu datang bersihkan mesin ni. Terima kasih acik..

1 kali token untuk masa 14 minit. Aku kompius jugak mula2, masa tu dapur dah mati sebab masa dah tamat. So, dorang suruh aku masukkan token tu, aku pun masukkanlah, pelik kenapa pulak token ni jatuh balik, 4/5 kali jugak aku try. Rupanya token tu memang akan jatuh lepas mesin tu restart. So token tu kena guna balik bila dapur dah mati nanti...lorrr


Acara bakar-membakar pun bermula, aku tolong mana yang patut je. Aku cakap kat Irfa, takpe korang pergilah rehat..amik2 gambar dulu lagipun dorang kan tetamu. Nanti dah siap masak, aku panggil dorang. Cewah..tetiba baik pulak hati kann...



  
Untuk telematch pulak, tempat khas kat atas bukit belakang toilet tu ada kawasan lapang. Aku tolong AJK siapkan tempat game.



 


Pastu tetiba aku terjoin jugak game yang di panggil game Detektif Conan (ala game yang pesanan berbisik tu..). Team aku menang walaupun bila last sekali pesanan dah bertukar rupa.  Mana taknya dari kelapa parut terus jadik santan, masak lemak jadik nasik lemak. Maklumlah pesanan tu kan kena melalui pelbagai corong telinga..haruslah bunyi macam2...hehehe 


 

Medal yang disediakan oleh pihak committee, handmade uollsss. 


 

Game berenti rehat untuk memberi ruang kami menjamu selera dulu. Game seterusya disambung balik tapi dibuat dekat dengan pondok tu je. Game bebudak je pon, nak bergoyang Chicken Dance



Game yang diinspirasikan dari program realiti paling hot di Korea iaitu Running Man. Ingat tak yang dorang kena berjoget untuk menjatuhkan sticky notes kat badan dorang. Budak-budak ni bukan main seronok lagi bergoyang tak hengat dunia..

 

Ni pulak acara menghabiskan hadiah..lelong!! lelong!! lelong!!


 

Selesai semua aktiviti termasuk aktiviti yang paling disukai ramai & mendapat sambutan hangat di kalangan para ibu-ibu iaitu aktiviti menapau dan jugak kami gotong royong membersihkan kawasan untuk memastikan tiada pencemaran alam sekitar berlaku.


Tram pun sampai dalam pukul 4 petang, Irfa & budak2 aku biarkan naik dulu sebab abam cakap nak main basikal kat sana. Kami tunggulah tram seterusnya. Actually tram yang sama jugak akan patah balik ambik kitorang...mesti drebar tu boring je kena ulang alik..heheh


So far, bagi aku tempat ni bagus untuk aktiviti riadah bersama keluarga..betul!!

Tuesday, 3 December 2013

PENANG :: Sepetang di PENANG STREET ART..

Sesudah kami memborong jeruk campur di kedai Jeruk Madu Pak Ali, driver terus je bawak kami pusing2 bandar. Otw tu nampak lah pelbagai landmark Penang, cth macam GURNEY DRIVE, MASJID KAPITAN dan lain2.

Tetiba aku terperasan sesuatu yang unik yang banyak melekap kat dinding bangunan di kawasan tu. Aku tanya driver tu apa nama tempat ni sebab aku ade la macam selalu pernah tengok kat tv & majalah yang dok stori pasal tempat ni. Tak sangka lak kat sini je rupanya port dia. Dia bagitau yang tempat tu dinamakan ARMENIAN STREET. Ooo..


Nak tau apa yang aku jumpe? Ni dia lukisan mural yang bagi aku amat kreatif sebab ia dilukis di dinding bangunan lama & baru di sekitar kawasan itu. Syabas untuk para pelukis yang sangat berbakat itu..macam real je lukisan-lukisan ni..

Ni aku snap dari dalam keta je...



Tapi yang ni spesel sikit sebab yang ni memang lukisan kartun lah, tapi tetap kreatif kot..hehehe


Bila aku google tadi rupanya macam ni cara dorang buat lukisan mural ni. Tapi ni contoh kalau lukisan tu besar & ditempat yang tinggi, dorang terpaksa pakai palang besi untuk naik keatas..susah jugak rupanya. Apepun good job lah..


Bila dah siap jadik lah camni..pic ni aku google tau tadi tapi gambar yang lain tu aku sempat snap dari kamera kecik aku...hehe.


Selain dari lukisan mural ni, ada lagi yang unik iaitu besi yang dilenturkan menjadik bentuk kartun macam dalam gambar kat bawah ni..unik kan?? Pastu kat setiap lukisan besi ni ada kata2 yang menceritakan tentang lukisan tu..

"A cannon shot fired during the 1867 Penang Riot made a large hole in this area hence the name" Cannon Street, Core Zone..


"The hand pulled rickshaw was the most popular form of transportation in early Penang" Soo Hong Lane (The Narrowest Street in Georgetown).


"The Tua Pek Kong Huen Grand Float Procession is held in the Year of the Tiger to wash away bad luck and bring great wealth and health"


Actually ada banyak lagi benda ni sebenarnya tapi aku takdelah pergi snap semua sebab kami mengejar masa nak balik airport dah time tu. Sambil dalam kepala sibuk mencongak sewa cab yang kami kena bayar nanti sebab kiraannya mengikut jam..huhu.

Sampai airport tepat pukul 6 ptg jadik harga sewa kereta kira sampai 4 jam je..yeyy.. Aku mencuba nasib nak balik naik flight awal siki, kononnya nak naik kapal yang terbang pukul 7.45 malam tu tapi apakan daya kapal penuh daa.. Maklumlah sekarang kan tengah cuti sekolah, so terpaksalah jugak kami naik flight pukul 8.35 malam tu. 

Takpelah sempatlah kami pusing-pusing kejap meninjau apa yang ada yang menarik kat airport tu..(ayat pujuk hati yang frust...huhu)


#Tamatlah sudah kisah sehari semalam kami berkampung di Penang untuk tahun ni. 

Sunday, 1 December 2013

PENANG :: Menjejak BUKIT BENDERA & JERUK MADU PAK ALI..

Kami bercadang menyewa kereta la, konon nak drive sendiri tapi memandangkan semua ni terjadi tanpa dirancang maka agak susah untuk kami mendapatkan kereta sewa. Lagipun aku tak sanggup nak sesat jalan nanti kat sana tu dahla flight aku pukul 830 malam. Buatnya kami tak sempat balik airport tak ke naya nak kena stay sana. Dahla besoknya aku keje..huhu

Jadi dengan bantuan En Z, kami telah men"charter" sebuah teksi airport Naza Citra siap dengan driver sekali dengan kadar yang agak boleh diterima akal. Aku cakap nak pergi BUKIT BENDERA & JERUK PAK ALI & nak pusing2 kat bandar...hahah (rasa macam orang kaya lak time tu)

Akhirnya kami sampai di sini


Dengan harga tiket RM8 untuk dewasa tapi kena ada Mykad lah, kami meneruskan pendakian ke puncak Bukit Bendera. Mula2 aku bayangkan tren tu mesti slow & takde ekon, rupanya tu diaaa...laju & jangan risau tren tu siap ada ekon lagi..tapi agak gayat untuk yang takutkan ketinggian..



Aku tak ingat lak masa perjalanan tu berapa minit, tapi kejap je..berdesup tren tu naik keatas. Gayat tapi berbaloi bila kita tengok view dari atas ni..



Subhanallah..indahnya ciptaan Allah. Sejuk kat atas sana tu, siap berkabus lagi..


Kalau nak tengok dengan lebih dekat bandar Penang ni boleh guna teropong yang disediakan, hanya masukkan wang kertas RM1 je.


Kat atas tu ada banyak aktiviti rupanya. Tapi aku sempat pusing kejap je, sebab tetiba hujan turun dengan lebatnya. Kami berteduh kat medan selera tu.



Time ni dah start hujan rintik2 air bergelombang dah, kami berlari nak berteduh kat medan selera tu.


Besar jugak medan selera ni, tapi kat atas ni jual makanan je. Kalau nak beli minuman kena turun tingkat bawah. Kat bawah tu ada kedai souvenier & kedai serbaneka.


Sementara tunggu hujan berenti, perut pun dah lapar balik, aku order char kuetiaw & yang lagi satu tu kalau tak silap kuetiaw kungfu kot, tak ingatlah. Tapi yang pasti semuanya licin..hehe


Hujan pun dah berenti, kami terus turun ke bawah. Sementara tu aku kol driver tu supaya pickup kami untuk ke next destination.

Oh ye, lupa nak bagitau tadi sebelum naik tren ke atas tu macam biasa kita mesti akan melalui proses fotografi dulu kat bawah, staff tu bagi aku resit nanti dah turun boleh tengok gambar yang dia dah siap print. Aku taknak tapi sebab kes paksa rela ni terpaksa la jugak posing tapi dah set dah taknak beli pun gambar tu. Aku rasa RM30 kot sekeping, baik aku beli Jeruk Pak Ali boleh dapat 3 paket dah...hehe


Kami singgah di kedai jeruk ni yang ada kat bawah Bukit Bendera tu je, kami beli siap2 bukan apa takut nanti tak sempat pulak nak singgah beli pulak nanti.




Aku beli dalam 4/5 paket jugak yang setengah kilo tu sebab nak bagi banyak tempat ni. Jeruk Pak Ali ni sedap tapi aku tak suka sangat sebab ia manis.

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...