Thursday 19 July 2018

JJCM PENANG (Part 2)

02 July 2018

Last day kami kat sini...

Kita try sarapan berat kat Roti Canai Transfer Road..jarak perjalanan 5minit je kalau jalan kaki dari hotel kami..



Roti Canai Ayam - RM8


Roti Telur Goyang - RM4


Selesai sarapan balik hotel..kemas2 barang dan bilik sebelum checkout..


Plan asal ke Bukit Bendera ofkos..tapi apakan daya takde rezeki kami sebab tempat tu tutup ada kerja  penyelenggaraan..sedehh.


So terpaksa tukar plan last minit..pening kepala nak piker aktiviti yang tak guna modal...hahaa

Last2 semua setuju nak makan angin naik feri ke seberang...


Best jugak sesekali naik feri ni...sampai seberang dengan takde tujuan kami pusing2 je ikot suka ati..

Singgah lunch kat Restoren Subaidah..pekena nasik kandar lagi..


Lepas makan patah balik naik ferry ke Georgetown.

Tiket Feri - RM 7.70 (kereta/pax)

Last sekali baru carik kedai Jeruk Madu Pak Ali. Tapi last time aku pegi yang kat tepi hiway tu..rasanya kat sana lagi banyak pilihan kot berbanding sini..


Aku beli sepaket dua utk family dan officemate je.

Total lost - RM 40


Lepak sejukkan tekak kt depan kedai jeruk ni. Ada banyak gerai makanan kat situ sebab depan tu Chowrasta Market..


Cendol Ais Tingkap - RM2.70


Pukul 8 lepas setelkan urusan keta sewa..kami dinner fast food je lah malam tu kat airport.

Flight kami depart pukul 1105 malam..huhu

Nasib ada tempat perabih masa..



Safely arrived at KLIA2..alhamdulillah...

.

**Sori dh lama tak menulis..dah lupa camana nak merepek...😂

Wednesday 18 July 2018

JJCM PENANG (Part 1)

30 June 2018

Kami berlepas dari KLIA2 menaiki penerbangan malam..sampai sana terus ambik kereta sewa Myvi

Tiket AK - RM119 seorang
Kereta Sewa - RM100 sehari





Terus waze lokasi hotel untuk checkin sebelum carik makan supper..

RM 260 - 2 malam (inc sarapan)





Sejenis hotel lama tapi alhamdulillah bersih dan selesa complete dengan kemudahan asas dan yang paling best jalan kaki 5 minit je dah sampai kt kedai Roti Canai Transfer Road..

01 July 2018


View pagi dari tingkap hotel..


Pagi tu kami sarapan je kat hotel..untuk alas perut sebelum keluar berjalan..

Sis payung satu gambar grup... 😊


Member ajak masuk lagi sekali Muzium Food ni..walaupun sis dah pernah masuk haritu tapi takpe kita layankan je...

Tiket Wonderfood - RM15 (mykad user)

Pusing2 carik Street Art..hari Ahad pulak tu..ya ampunn..ramai betul org

Ok dh nampak satu street art and tengoklah berapa ramai org tengah tunggu turn tu..


Bila nak ambik gamba tu kena wat selamba je ko nak pose macam mana sekalipun..sebab ramai sgt penonton yang terpaksa tengok ko pose..hahah


Antara street art yang lain..ukiran besi..





Time ni masing dah tak berapa nak ada mood dh sebab cuaca panas dan perut lapooo...

Kita terus waze Nasi Kandar Deens Maju..

Untuk pengetahuan anda..kedai Deens Maju start beroperasi pukul 230 petang so kalau ko sampai awal sila tunggu dan beratur ye..



Ni masa kami dah nak balik..tengoklah masih ramai yang beratur...


Nasik Kandar dia padu bebb...


Nasik Kandar Ayam Madu + Teh o ais - RM8


Lepas makan kami balik hotel dulu..nak solat dan rehat kejap sebelum ke Padang Kota petang tu..

Carik makan kat Padang Kota Foodcourt. Tips dia jangan terpedaya dgn org2 yang assist kita tanya nk order apa..sbb takut yang datangnya nanti failed.. huhuu

So better jusr order air je..makanan nanti oder sendiri kat kauter pilihan korang...






Kat sini yang paling sedap bagi aku Rojak Pasembor kt kedai Pakcik Gani..memang thumbs up...


Rojak Pasembor - RM15


Laksa Penang - RM5


Kuetiow dengan rasa yang sangat mengecewakan.. tawar hebe org kelate cakap..

Char kuetiaw - RM 7 (udang sekor je satu lg tu member sedekah)


Kerang bakar - RM 15

Sedar tak sedar dah masuk maghrib..balik hotel dulu..


Malam tu kami ke Pasar Malam Batu Feringghi tengok apa yang menarik kat sana..


Melayan member menyoping buah tangan utk yang tersayam...hehee


Sebelum balik hotel kita pekena Sup Hameed dulu..yang ni pon padu. Daging banyak dan sup dia penuh dengan rasa..cicah pulak dengan roti...pehh

Sup Daging + Roti + Teh o ais - RM8.50


Itu jelah cita hari pertama kami kat Penang..kita sambung cerita besok pulak yee...

Komtar di malam hari..lamp kaler2...


OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...