Showing posts with label europetrip2015. Show all posts
Showing posts with label europetrip2015. Show all posts

Friday, 22 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: MH19 AMS/KUL + SELAMAT TINGGAL AMSTERDAM..

Hari terakhir di sini. 

Sebenarnya kalau barang & bagasi kami tak banyak sangat, kami hanya kena naik tren je ke SCHIPOL AIRPORT tu. Tapi sebab banyak sangat bagasi jadik kami mintak tolong hotel call teksi pikap kami pagi tu. Tambang teksi ala2 MPV tu rasanya kalau tak salah aku lah dalam 60 Euro kot. Pehhh..


Tak cukup korum sebab sorang kena pegang kamera. 


We are here... SCHIPOL AIRPORT


Haa..kauuu...sini pun ada jugak I AMSTERDAM SIGN ni. Jadik kalau agak2 tak sempat nak pegi RIJKSMUSEUM tu, boleh la kesini je.

Lokasi kat arrival hall di tingkat 3.


Sign KEUKENHOF pun ada jugaklah..


 


Kami naik pesawat jenis B777 je balik Malaysia. Kapal ni walaupun dah lama tapi seat dia memang selesa berbanding A380 bagi aku. Tapi kalau kira bab IFE kapal A380 lagi best lah.


Kakak2 tu cakap masa dalam kapal aku tido macam orang pengsan dah. Penat kot..memang tak sedar apa dah..lantak..


Kami selamat sampai ke KLIA pukul 6 lebih. Mesej IRFA mintak beliau pikapkan aku kat airport. Sampai rumah terus zzzzzz..JETLAG

Alhamdulillah..selesai jugak aku siapkan entri bergambar trip kami kali ni...hahah. Sori sebab tak banyak info, aku tulis ni sebagai kenangan je..hihii

#ENTRIGIVEAWAYMENYUSUL

Wednesday, 20 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: JALAN - JALAN DI BANDAR AMSTERDAM..

Hari kedua kami di bandar AMSTERDAM. Memandangkan semalam punya trip kami pulun sampai pukul 3 pagi, sudahnya masing2 malas nak tinggalkan katil & selimut pagi..zzzz

Keje packing memacking mula berjalan sebab barang kami dah makin bertambah sampai ada extra 2/3 kotak berisi souvenier & biskut stroopwafel yang berpaket2 kami borong semalam. Tulah, masa membeli tak hengatt..


Masak nasik guna travel cooker tu senang sangat. Lauk kami kat sana hanyalah sambal bilis, kari ayam, sardin instant je. Masuk hari ketiga, tekak aku dah takleh telan lauk2 macam tu dah. Ohhh...i miss nasik campur..

Dalam itinerary awal trip sepatutnya kami ke MADURODAM tapi aku pun tak pasti kenapa kami terpaksa batalkan trip tu..memori lost...huhu


So, lepas brunch, kami keluar ke RIJKSMUSEUM sebab nak ambik gambar dengan I AMSTERDAM sign..katanya wajib ambik gambar kat sana.

Otw ke AMSTERDAM CENTRAL tu, hujan turun selebat-lebatnya..terus aku speed 180km sejam ke underground station kat sana. Tak sempat dh nak mencarik baju hujan bagai..

Kami ambik pass tram (24jam) dengan harga 7.50 Euro sorang. Dengan tiket ni kita boleh naik turun tram tu unlimited okay dalam masa 24 jam..sampai lebam..


Naik tram no berapa ntah turun kat stesen RIJKSMUSEUM tu, sorilah lupa lak nak tulis..huhu. Pastu jalan depan sket terus je nampak I AMSTERDAM SIGN tu. Masa tu hujan rintik2 pulak kat sana, tapi tak kitorang redah je.


BBM WAS HERE


Hujan tu rahmat tapi bila hujan nak jalan2 pun jadik tak best sebab basah & makin sejuk...ketaqqq






Ni kalau ambik gambar guna filem kodak ni, jenuh nak hantar cuci. Nah..ambik sorang satu patung arnab ni..


Ni masa rehat2 sambil meluruskan kaki sbb dah penat berjalan. Sambil tengok orang naik beskal. Aku suka tengok sebab orang2 kat sana tu especially yang muda mudi lah..dah la hensem, cantik dan stylo tapi naik basikal je kat town tu..klasik giler


Dah habih pusing2 kami balik hotel dulu & plan keluar balik dalam petang sket. Biasalah masing2 sibuk sangat nak mengejar toilet. Bila cuaca sejuk..memang asyik rasa nak terkucil jelah.


Love lock pun ada kat sini...


Suasana malam di sepanjang canal kat sana. Sempat jugak kami berjalan tengok kemeriahan suasana di RED LIGHT DISTRICT. Rasa macam terkesima jugak kejap bila lalu kat area situ...astagfirullahalazim..


Beli satu FM ni sebagai kenangan.


Jalan on the way ke RED LIGHT DISTRICT. Untuk gambar-gambar yang lebih detail boleh google kot...hehe


Suasana malam di area DAM SQUARE.


Ada hari peringatan apa ntah, banyak bunga dorang letak kat sini.


Kami singgah makan kebab kat satu kedai arab yang terletak di area bangunan hotel tu je. Saje nak rasa makan sesuatu selain nasik + instant food. Rasa so-so je..tapi alhamdulillah kenyang jugak..


Malam terakhir kami di sini...tetiba rasa sayu hati aku sebab pagi besok dah nak gerak balik Malaysia. Kemas beg letak hujung katil sebelum tido..huhuhu..

SELAMAT MALAM AMSTERDAM..

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: KEUKENHOF TULIP + MANNEKEN PIS, BRUSSEL..

Masih lagi di hari pertama kami di AMSTERDAM. Memang padat giler aktiviti kami haritu. Sampaikan bila kami balik hotel pukul 3 pagi, staff hotel terkejut sebab kami belum sempat masuk ke bilik lagi haritu. Nasib baik dia dah siap2 hantar bag kami ke bilik sebelum kami balik. 

TULIP @ KEUKENHOF

Pada mulanya kami memang berhajat ke ladang KEUKENHOF, tapi setelah diracun pemikiran aka dipengaruh oleh PAK JUSUF tadi dengan janji yang beliau akan membawa kami ke ladang tulip jugak tapi bukan di KEUKENHOF..jadi kami OK jelah.

Arghh..tak kesahlah, janji tulipnya sama tapi FREE gituu...ngeeee



Keterujaan masing2 terserlah bila tengok ladang tulip yang berkembang mekar cantik tu...aaaa terus histeria..



Putih..putih melati
Merah..merah delima..
Siapa yang baik hati pasti ku terima..
lalalalaa.....




Jadik artis bollywood kejap..


Seterusnya kami ke BRUSSEL. Tapi sebelum tu singgah balik ke rumah PAK JUSUF dulu untuk solat sebelum memulakan perjalanan kesana.

Tapi sebelum tu kami singgah beli STROOPWAFEL ni kat satu pasaraya kat sana. Sebelum tu kakak opis aku beli STROOPWAFEL ni kat depan KEUKENHOF tu dengan harga 3 paket 10 Euro.


Pastu uncle tu marah kenapa beli kat situ & tak tanya dia dulu, tu sebab yang dia bawak kami singgah kejap kat pasaraya dekat rumah dia. Harga sepaket stroopwafel tu cuma 85 sen Euro sahaja...what the fishh...

BRUSSEL, BELGIUM

Perjalanan kami kesana mengambil masa lebih kurang 2 jam. Macam biasalah, aku terlelap dalam perjalanan kesana.


Ini adalah GRAND PALACE BRUSSEL. Tapi kami tak sempat sampai sini..huhu

GOOOOGLE
Kami sampai ke bandar BRUSSEL dalam pukul 9 malam. Tapi alhamdulillah masih lagi cerah. Jadi sempatlah kami ke ATOMIUM BRUSSEL.

ATOMIUM BRUSSEL


Ni gambar bukti kami dah sampai sini...


MANNEKEN PIS

Yang ni pulak patung budak kecik kencing yang di panggil MANNEKEN PIS tu. Aku pun tak tau sejarah asal patung ni & kenapa dia boleh shishi di khalayak gitu..biaseee dia tuh..hehehe

Ingatkan besar sangat patung ni..rupanya kecik je..



Singgah makan BELGIUM FRIES yang dikatakan sedap tu. Ekceli rasa kentang tu sama je bagi aku..huhu


Tapi waffles ni memang sedap, kenyang sebab size dia besar. Harga seketul 1 Euro je, tapi kalau yang ada topping meriah macam gambar kat bawah tu lain la harga dia..


4 ketul untuk 10 Euro..pilih sampai juling bijik mata. Aku beli FM tu je..yang toyol shishi takde lah aku beli..harommm..


BRUSSEL dalam kenangan. Tak sangka sempat jugak kami kesini...


Perjalanan balik kami ke AMSTERDAM agak mencabar sebab hujan lebat sepanjang perjalanan ditambah pulak dengan lewat malam.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel pada pukul 3 pagi. Ngam2 waktu subuh (kat sini subuh awal) jadik lepas solat terus tido sampai matahari naik..heheh

Monday, 18 May 2015

LONDON AMSTERDAM 2015 :: HOTEL CONTINENTAL + CLOG & CHEESE FACTORY + VOLENDAM + ZAANSE SCHANS WINDMILL..

Jom kita mulakan kisah hari pertama kami di bandar Amsterdam. Dari AMSTERDAM CENTRAL, kami hanya jalan kaki je ke HOTEL CONTINENTAL yang terletak di jalan besar DAMRAK


Masih awal pagi, lengang lagi jalan ni.


Aku book hotel ni kat dalam BOOKING.COM. Kami ambik bilik dorm yang ada 3 katil double decker & yang penting ada bilik air dalam bilik. Boleh tahan mencekik jugak harga dia...bila divide 6 orang, harga 70 Euro sorang untuk dua malam termasuk GST..huhu



Tapi takpelah, yang penting tengah2 bandar, dekat dengan AMSTERDAM CENTRAL senang untuk kami kemana2 nanti.


Disebabkan kami sampai hotel terlalu awal, jadik tak boleh check in bilik lagi. So terpaksa mintak pihak hotel simpankan bagasi kami kat situ dulu sementara kami keluar berjalan-jalan.


Plan awal kitorang nak ambik tour kat opis TOUR & TICKET tu je, tapi tak jadi sebab last minit dah terambik tour dengan sorang uncle ni yang juga merupakan kenalan officemate kami. Nama beliau PAK JUSUF yang berasal dari Medan, Indonesia tapi dah menetap kat AMSTERDAM ni dah lebih dari 30 tahun.

Disini aku gunakan panggilan UNCLE ye..hehe. Uncle ni pikap kami kat hotel pagi tu. Kami semua dibawa ke rumah beliau untuk makan brunch la lebih kurang. Sempat berkenalan dengan isteri & anak2 beliau.


Rumah uncle ni penuh dengan gambar..dah macam galeri aku tengok. Sementara kami makan, sempat lagi dia upload semua gambar kami kat AMSTERDAM tadi.


Mula2 kami dibawa ke tempat membuat CHEESE & CLOG.

View sepanjang perjalanan kami kesana.. damai & cantik sangat. Kat AMSTERDAM ni banyak terusan. Uncle tu cakap daratan AMSTERDAM ni berada dibawah paras laut.



CLOG & CHEESE FACTORY

Ok, dah sampai dah..



Gadis belanda & keju. Beliau sedang menerangkan cara2 membuat cheese & jenis2 cheese yang terdapat kat situ.


Nampak tak entiti sebelah tu, tengah mengambil gambar kami...hahahah

Itulah keje beliau...dah la takde cakap action ke apa..main snap je..dalam kiraan 2 saat je katanya.


Gambar ni paling kelakar..bila tengok muka masing2..hahah


Yang ni pulak, demo membuat CLOG @ KASUT TEROMPAH. Sambil bercakap...potpetpotpet, beliau dah berjaya menyiapkan sepasang kasut terompah tu. Dulu susah dia cakap sebab kena buat manual, sekarang ni kejap je sebab dah pakai mesin.


Ada banyak jual kat sini. Tapi kami tak beli pun sebab nak beli kat VOLENDAM. Orang cakap souvenier kat situ murah-murah.


VOLENDAM

Ni pulak masa kami ontheway kat VOLENDAM. Aku memang kagum la tengok sebab rumah2 dorang ni cantik2 lah..seriuss



Okay, sampai dah.

Gaya jalan JAMES BOND sangat akak sebelah tu...heheh


Its me...



Ni kedai untuk sapa2 yang nak merasa pakai baju tradisional Belanda ala2 DUTCH LADY gitu. Tapi kami tak masuk pun.


Sebab kami lebih tertarik nak masuk kedai souvenier ni...hehehe


Dorang dah start menyoping souvenier. So far, bagi aku agak murah jugak kot harga souvenier kat sini sebab kami pun belum sempat lagi nak menyinggah mana2 kedai souvenier kat area DAMRAK tadi sebab kedai pun masih tutup lagi.


Aku & pakcik nelayan. Tapi beliau si tanggang yang dah kena sumpah jadik batu...huhu


ZAANSE SCHANS 

Next destinasi adalah ke ZAANSE SCHANS untuk melihat HOLLAND WINDMILL.




Tengoklah betapa cantik & indahnya pemandangan kat sini....




Rumah2 ibarat lukisan kat atas kanvas...sejuk mata memandang.


Finally WE are here..yeyyyyy


Ekceli ada banyak sangat gambar kat sini, tapi susah aku nak transfer ke dalam pc ni. Jadi ini jelah yang mampu aku kongsikan untuk tatapan kawan2 semua..


Jauh...terbawa lukisan hatimu..
Hilang mencari di mana kau pergi..
Tinggal aku menahan luka ini..
Sampai harus pergi..


Next entry kisah kami ke ladang TULIP pulak. Masa IRFA & FAMILIA kesini haritu, ladang tulip tu belum dibukak lagi. Mungkin baru tengah membaja agaknya..heheh

Salam 2025

Salam 2025 Alhamdulillah selepas 05 tahun baru berpeluang datang balik ke dunia tipu-tipu ni sebagai tanda empunya diri masih lagi bernafas....