16hb May 2014 (Jumaat)
BURSA
Kami semua tido nyenyak sangat malam tu..letih sangat berjalan turun naik public transport untuk sampai ke BURSA ni. Pukul 8 pagi kitorang turun bawah untuk sarapan. Hotel ni bersebelahan dengan satu restoren, aku rasa sama owner kot, sebab nama dorang lebih kurang sama.
Voucher breakfast tu kena ambik kat kaunter hotel. Takdelah spesel mana pun breakfast yang dia bagi, tapi boleh lah mengenyangkan untuk kitorang yang tengah lapar pagi tu.
Bergambar kenangan kat depan Hotel Kayapali...emm cantik suar akak kaler oren gitu..
Kami terus check out pagi tu sebab senang nak terus balik ISTANBUL lepas merayau. Kami pun tak tau nak pergi mana sebenarnya, orang2 tempatan kat sini pun tak banyak membantu.
Map ada sebesar alam, tapi salah baca kedudukan pulak. Jalan kaki dah sebatu. Last2 jumpa taxi stand, tanya dia kat mana HEYKEL. Cerita punya cerita, akhirnya kami naik je teksi dia ke sana. Tambang satu teksi adalah 10TL.
Otw dalam teksi tu, aku perasan jauh rupanya kami berjalan kaki malam tadi tu..timur ke barat selatan ke utara kami redah. Driver tu turunkan kami kat sini betul2 depan shoping complex ZAFER PLAZA.
Aku ingat lagi pompuan yang guide kitorang aritu cakap, kat Zafer Plaza ni mahal sikit barangan dia berbanding bazar kat Heykel. Ala..standard lah kan, dah nama shopping complex mestilah harga beza dengan yang jual kat bazar2 ni..macam kat Malaysia jugak..
Masa ni bateri kamera aku masih lagi boleh bertahan, aku snap mana yang sempat je. Dorang semua tensen sebab bateri hp dah kong.
Masih awal pagi, penjual baru nak bukak kedai, susun barang tapi kami dah ukur jalan kat situ..heheh
Banyak bangunan lama kat area sini. Aku tengok macam benteng2 kota lama je. Agaknya dulu kota lama kot tapi dah diubah suai mengikut kegunaan di zaman moden. Aku masuk jugak tengok kat dalam bangunan tu sebab kebetulan nak carik toilet (WC). Aku tengok ada dah jadik cafe & jugak yang dah jadik bazar.
Tram versi Bursa..slow je tak laju macam kat Istanbul. Orang tu cakap tram ni hanya pusing2 kat area tu je.
Kami jalan je mengikut jalan tram kat situ. Lepas satu bazar, masuk lagi bazar yang lain. Memang tempat ni besar giler babas. Ada jugak bazar kat bawah tanah, tapi kebanyakannya jual pakaian je.
Tudung Turki semua lawa2..tapi lembut & licin kainnya caner nak pakai. Dorang takpelah cantik2, pakai camana pun tetap lawa gak.
Aku singgah beli TURKISH DELIGHT kat sini. Ada yang dah packing dan jugak untuk konsep mix & match. Pada pendapat aku lah, kalau nak yang murah beli yang dah packing tapi kalau nak yang sedap beli yang timbang kilo tu lah, pastu selalunya pe jual akan bagi kita tester dulu.
Tapi paham2 jelah, bila dah timbang harga memang cekik darah sikit tapi korang kena pandai lah masa nak mix & match tu. Jangan main tunjuk je bila nampak macam sedap & banyak kekacang tu..karang nyesal masa nak bayar (macam aku)..hehehe
Kami merayau kat dalam bazar tu adalah dalam 2/3 jam agaknya. Singgah dari bazar pakaian kepada kepada pasar buah-buahan pulak. Kat sini banyak ceri, plum, peach, stroberi & blackberi. Harga ada yang murah, ada yang mahal bergantung kepada kualiti & saiz.
Jam dah nak pukul 12 tengah hari, kami buat keputusan nak balik ke ISTANBUL je sebab dah tak cukup masa. Kakak tu cakap kami kena nak datang balik ke BURSA ni on the next trip sebab banyak lagi tempat menarik nak kena pergi cth tempat main snow tu..
Trip kali hanya sebagai sesi pengenalan je. Bajet macam banyak nau duit datang sampai 2/3 kali...aku tarik diri kot..huhu
Naik bas kuning ni untuk ke stesen bas besar BURSA. Jangan lupa topup dulu kad BUKART anda sebelum naik ye.
Stesen Bas Bursa
Stesen bas ni betul2 mengadap pasaraya CARREFOUR & IKEA. Ishh..nasib baik kami dah kesuntukan masa nak balik, kalau tak harus aku nak merayau dalam IKEA tu..heheh
Punya la banyak kompeni bas kat sini, jadik rambang mata nak pilih mana satu yang menawarkan servis terbaik. Akhirnya kami memilih untuk naik coach bas GUVEN ni.
Ejen tu cakap bas ni akan sampai terus ke Istanbul & kat sana nanti akan ada shuttle bas untuk balik ke SULTANAHMET. Ok la tu kan, at least takde nak kena naik turun bas & takde nak mabuk laut lagi.
Tiket sorang 20TL. Bas bertolak pukul 1.30 petang, mungkin dalam pukul 5 petang dah boleh sampai Istanbul. Banyak barang nak hangkut ni, ceri & stroberi pun dah naik lebam dah..
15 minit pertama dalam bas semua hepi, bergelak ketawa. Masing2 teruja sebab tak penah naik bas yang ada tv macam ni. Pastu siap ada cabin crew yang bapak ensem pulak nak serve minuman & jajan kat kitorang..kelass ko mariaa..
Setengah jam kemudian kami semua dah hanyut.. sedar2 je dah sampai kat jeti. Dah kenapa pulak ni? Rupanya bas yang kami naik tu ni pun kena nak feri daa...ala yang macam kat Penang tu. Ingat dah tak payah nak lalu atas laut lagi, tapi kali ni takde pulak yang mabuk..tetibaa..
Kami semua turun ambik angin kat atas deck. Masa ni happy lagi, pasni semua muka macam cencorot sebab berlakunya satu kejadian yang tak disangka-sangka..huhu
Kisahnya begini....
Dah sampai seberang lautan, sambung lagi perjalanan dalam bas tu. Lebih kurang sejam perjalanan, sekali lagi bas ni transit kat JETI HAREM. Pastu tetiba mamat crew tadi bagitau yang kitorang kena turun kat situ. Dah kenapa?? Bukan ke tadi ejen yang kat stesen Bursa tu cakap kami akan sampai terus ISTANBUL.
Cite banyak pun tak guna, semua nak lepas tangan je. Staff kat jeti tu cakap kalau nak balik ke SIRKECI memang kena naik jelah feri tu. Dia pun tak boleh buat apa dah.
Ekceli aku pon tak pasti memang ada unsur penipuan disitu atau ada salah faham masa urusan jual beli tiket tadi..sebab masing2 pun cakap macam ayam & itik kan..
Oklah kami pasrah, yang kami kena naik feri lagi sekali dari JETI HAREM tu untuk balik ke JETI SIRKECI. Tiket feri untuk sorang 2LT rasanya. Dari Sirkeci naik tram untuk balik ke SULTANAHMET sebab dah tak larat nak jalan kaki...
Ekceli perjalanan aku ke Bursa tu semua ditanggung. Aku tak keluar duit pun untuk transport & accomodation sebab susah nak kira. Tapi lepas balik ke apartment barulah aku bukak buku bajet & kira balik satu persatu berapa puluh LIRA yang aku nak kena bayar balik kat kakak tu.
Walaupun nampak macam takde hasil apa2 kami ke Bursa, tapi takpe, bagi aku pengalaman tu yang penting macammana rasa bila berada kat tempat orang..
Next entri untuk hari ke-4, kami ke TAKSIM, GALATA TOWER & USKUDAR pulak ^ ^