15 May 2014 (Khamis)
Mula2 kami ke JETI EMINONU konon nak ambik feri dari situ untuk ke BURSA. Tapi bila tanya kat staff INFORMATION CENTRE tu, dia cakap kitorang kena naik tram ke stesen KABATAS dulu kemudian ambik feri untuk ke BURSA.
Kami memilih untuk naik tram dari stesen SIRKECI sebab ia dekat dengan jeti EMINONU. Tapi sebelum tu beli kad ISTANBULKART ni dulu yang berharga 7TL & topup kredit 50TL. Kad ni boleh guna untuk semua public transport di ISTANBUL tapi tak termasuk teksi.
Harga tiket dari stesen SIRKECI ke KABATAS adalah 1.95 TL seorang. Agak sesak kat sini rasanya sebab dia centre kot. Depan tu ada stesen keretaapi bawah tanah.
Perjalanan ke KABATAS tu dah lupa berapa minit, rasanya kejap je dalam 15 minit je. Oh ye, dari kat EMINONU pun ada stesen tram jugak tapi kena cross jalan & dekat dengan SPICE BAZAAR. Takpelah naik kat mana2 pun tak kesah, harga tiket sama je.
Kami sampai di JETI KABATAS dah tengah hari. Matahari terik tengah memancorr kat atas kepala time tu sampai tak boleh nak celik mata. Tapi panas dia kita tak berpeluh, dia panas tapi sejuk berangin.
Aku merayau kat area situ nampak ramai penjaja yang jual air, jagung bakar, aiskrim, tiram fresh perah lemon & roti kebab ofkos.
Kami terus ke kaunter tiket, tapi staff tu cakap next feri gerak pukul 3.30 petang dan perjalanan ke sana ambik masa 2 jam jugak. Bincang punya bincang, ok proceed. Kalau tak sempat nak balik maybe kena overnight kat sana..harap2 sempat balik (aku doa dalam hati..huhu)
Tiket dewasa (22TL)
Kanak-kanak (18 TL)
Aku beli benda ni, tak tau nak cakap apa nama makanan ni tapi rasanya dia manis ya amat..macam roti tapi disira dengan air gula.
Nak dijadikan cerita, sebab bizi sangat nak ambik gambar, aku kepit la pouchbag kat bawah ketiak..dalam tu ada 70TL nak buat belanja perjalanan. Tak perasan bila masa pouchbag tu jatuh, masa tu aku dah nak aku nak masuk ke gate jeti tu. Aku pusing belakang takde, tetiba nampak sorang pompuan Turki ni berlari-lari anak nak pulangkan pouchbag tu. Ya ALLAH..rasa macam syukur sangat...cuai betul. Dah la cantik, baik hati pulak tu..
Nilah dia feri kami..cantik ke idok??
Tiket no lain jadik kami terpaksa dok asing2..ingat tak penuh so dengan harapan boleh dok dekat2 dengan dorang tapi hampeh..full house. Aku ambik peluang ni untuk rehatkan mata sekejap. Budak2 ni semua pucat nak muntah sebab mabuk laut, nasib baik aku okay je..heheh
Setelah 2 jam perjalanan di atas laut, maka kami sampailah disini..JETI MUDANYA. Cess..aku ingatkan terus sampai town BURSA. Tengok jam dah pukul 5.30 ptg, konfem lah kena tido sini sebab kita tak tau jarak dari jeti nak ke town tu berapa lama pulak.
Singgah makan kat kedai kebab ni, kena isi perut dulu sebelum jalan. Walaupun dah bosan makan kebab tapi terpaksa jugak makan. Kebab kat sini murah sikit 2.5TL seketul. Bekal nasik himpit & daging dendeng dah habis kitorang kenduri masa kat JETI KABATAS tadi.
Carik toilet siap2. Kalau korang nak tau kat TURKI ni toilet dia dipanggil WC. Lelaki BAY, pompuan BAYAN.. emmm shortform untuk nenek kebayan kah?? hehehh.
Nak masuk toilet standard kena bayar 1TL. Siap kena lalu palang besi macam kat stesen komuter tu. Tapi aku okay je sebab toilet dia bersih & yang penting ada cebok walaupun takde hos. Aku paling tak berkenan toilet yang pakai sistem air pancut tu...was2 je rasa tiap kali guna. Selalunya toilet canggih camtu kat airport & shopping mall je & ofkos yang tu free.
Staff kat kedai kebab tu bagitau kalau nak ke BURSA kena naik bas. Terus carik bus stop, tapi kami tak naik bas pon, kami naik van yang ala2 mpv tu.. selesa dari bas. Jauh jugak perjalanan dia, tengok view kiri kanan nampak ladang, rumah2 & rasa lain dengan pemandangan di ISTANBUL.
Tiba2 driver bas tu berenti kat sini STESEN ORGANIZE SANAYI, aku tengok macam stesen komuter je. Dia pon tak pandai cakap omputeh bila aku tanya, dia cuma jawab Bursa & dia tunjuk tren tu. Owh..maksud dia nak pergi town BURSA kena naik tren tu pulak.
Aku perasan kebanyakan orang2 kat sini tak faham bila kita cakap omputeh. Tak pasti samaada memang tak pandai cakap/faham atau malas nak melayan tourist sesat macam kami ni...huhu.
Staff kaunter tiket tren dia pun sama, rasa macam ayam & itik je bercakap. Tapi nasib kami baik sebab ada sorang pompuan TURKI ni baik hati nak tolong kami dan dibantu oleh security tu. Dia siap bagitau mana tempat yang biasa orang pegi kalau ke BURSA. Mintak pen & kertas nak tulis direction.
Nilah antara hasil kerja tangan beliau dalam misi menunjuk arah kepada kami.
Ok, maknanya amik tren ke stesen SEHREKUSTU. Tiket sorang 2.5 TL. Pompuan tu cakap kalau nak lagi jimat kena beli kad jugak macam Istanbulkart tu. Tapi ni untuk pakai untuk semua public transport semasa kat BURSA je.
Perjalanan dalam 15 minit jugak. Ini tren bawah tanah jadik tak nampak pemandangan pun.
BURSA
Dah sampai ke Stesen Sehrekustu, singgah pekena kopi dulu. Sebenarnya nak pakai wifi kedai dia..nak wassap kakak A yang kami dah tersampai ke Bursa. Maklumlah aku takde internet roaming. Bateri kamera & tablet pulak dah tinggal suku nyawa dah..canerr???
Keluar dari stesen tren bawah tanah tu dah nak pukul 7 malam, nampak banyak bangunan2. Ada masjid ULUCAMI dekat je dengan stesen tu, ok bagus boleh solat terus.
Tapi sebelum tu tengok ramai je orang kat area depan masjid tu, ingat ada apa..rupanya ada pasar malam. Aku rasa kelakar bila tengok pasar malam dorang tapi yang jual macam kat Malaysia jugak.
Dah siap solat semua, misi mencari hotel diteruskan. Plan memang nak ambik 2 bilik pun tapi hotel 3/4 bintang ni tak bagi masuk ramai2 dalam satu bilik, dorang suruh ambik 3 bilik. Dahla harga satu bilik tu mahal padahal dah kira late check in..apa salahnya bagi diskaun sikit kot ye pun.
Carik punya carik, akhirnya jumpalah jugak hotel bajet. Nama hotel OTEL KAYAPALI. Unik sangat nama hotel tu kan, rasa macam kat India pulak. Hotel ni terletak betul2 mengadap shopping complex KENT MEYDANI.
Kami ambik dua bilik, satu bilik ada 4 katil..memang ngam-ngam dengan kami berlapan ni. Harga 2 bilik tu selepas rundingan adalah 250TL untuk bilik & sarapan. Yeyy...best giler bila akhirnya dapat satu katil sorang, kat sana aritu tido berhimpit..heheh
Okay, kami nak tido dulu ye. Apapun Nora bagi 2 bintang untuk bilik ni..sebab takde aircond, tapi wifi ada pulak... =P
pas ni tukar nama Nora lah :)
ReplyDeleteokey next
first, lalala
SIS,
DeleteHa ah..nk tukar jadik Nora Zain..
woww.. bestnyer...
ReplyDeleteistanbul aku datang
LYA,
DeleteBukan...ISTANBUL CV DATANG kat pawagam sekarang...hehe
waaaaaaa.......bestnya
ReplyDeleteKakNieda,
DeleteBest tapi penat sbb kena turun naik bas byk kali..hihii
huh seronok betul baca..cepat2 cerita lagi...mn nak tau nt sy pulak pergi sana..hehe:P
ReplyDeleteMime,
DeleteAdess...nak kena sorting gambar dulu sebab byk sgt. Pastu nak matching gmbar dengan jalan cerita pulak...hehe
hi nora..akak bg 5 bintang dgn penerangana detailmu..
ReplyDeleterasanya kalau u berterusan tulis detail camnih..ahkak boleh
la berjalan sorang2 ke istanbul nih....
keep writing yea...best sgt baca.
catz miow miow
Hi Catz,
DeleteTenkiu singgah..Akak ke?? Sebaya kot...heheh
Jenuh jugak nak menaip detail camni kan...byk hari lagi ni tgh tggu Q nak publish...heheh