Showing posts with label officemate. Show all posts
Showing posts with label officemate. Show all posts

Monday, 3 August 2015

MAJLIS HARI RAYA TERAKHIR DI OFISKU..

Jumaat haritu ada majlis hari raya kat opis.

Jamuan hari raya terakhir kami di kompeni ni. Lepas ni semua pegi membawa haluan masing2 dah..

Semoga kalian tabah & berjaya dalam apa jua kerjaya lepas ni...hehehe..


Semoga ukhwah kita berkekalan walau dimana kita berada...insyaallah..

#janganleftwasapgrupye...hahahah

Friday, 29 May 2015

OFFICE FAMILY DAY 2015 :: CAMAR LAUT RESORT LKIM, BAGAN LALANG..

Weekend lepas 23hb May, opis aku ada buat family gathering kat CAMAR LAUT RESORT (LKIM), BAGAN LALANG. Lokasi dipilih berdasarkan kebanyakan staff opis ramai yang tinggal kat Sepang, Nilai & Putrajaya.


Lokasi CAMAR LAUT RESORT ni sangat senang kalau nak carik. Tepi jalan sebelah kiri nak ke pantai BAGAN LALANG tu je



View dari tingkap, kalau nampak laut mesti lagi ohsemm..


Lobi untuk pendaftaran CAMAR LAUT RESORT.


Servis SEWA BASIKAL pun ada. Harga RM10 untuk satu jam.


SWIMMING POOL masih dalam pembinaan. Kalau dah siap nanti mesti lagi ramai yang menginap kat sini aku rasa.


Aku selaku ahli JKKKK event bersama ahli yang lain menginap kat sini hari Jumaat malam tu kerana malam tu kami ditugaskan untuk memacking hadiah doorgift, lucky draw & lain2.

Tapi apapun sebelum memulakan tugas, kami ke RESTOREN SENANDUNG MALAM dulu menjamu selera. Bajet masing2 ye, bukan under sponsor pun..heheh

Menu wajib : UDANG BUTTER, PEPAHAT GORENG CILI, SOTONG CELUP TEPUNG & KERANG REBUS..


Dari CAMAR LAUT ni cuma perlu jalan kaki je restoren tu, sebab dekat sangat jarak dia so buat rugi minyak keta jelah kalau drive melainkan hari hujan.


Yeyy..dapat towel, boleh pegi mandi laut...hehehe


Kami stay kat bilik single (02 katil) dengan harga RM170 satu malam. Aku tak sempat nak ambik gambar bilik tu, tapi sempat ambik gambar bilik suite yang ada 2 bilik.


Kami sediakan sarapan segera, roti & air kotak untuk semua yang hadir pagi tu.


Mana yang stay sana dapat kupon breakfast kat cafe CAMAR LAUT. Pilihan makanan pun simple2 je, tapi alhamdulillah..kenyang la jugak aku pagi tu.


Kami punya pondok BBQ yang hujung belah kiri tu.


Dah start sesi membakar ayam dah ni. Otai2 jelah yang handle bab2 ni.


TELEMATCH untuk kanak2 & jugak dewasa. Tapi aku tak dapat join sebab kena handle & backup bahagian registration..huhu


Hadiah pun simple2 jugak..standard lah kalau telematch family day mesti dapat TIPUWARE. Budak2 hepi sebab dapat banyak hadiah.


Masing2 eksaited nak tunggu giliran ambik hadiah game telematch.


Ini rumah kayu yang ada dua bilik. Cantik jugak aku tengok.


Tukang bakar berpeluh nak habiskan semua bahan2. Errrr...aku tukang makan je...heheh


Ayam ni nampak hangus sebab bila makan OK jerrr..hehehe


Last FAMILY DAY untuk kami semua maybe...huhuhu


SEMOGA SEMUA HAPPY & SEMOGA JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG..

Tuesday, 10 December 2013

Ber BBQ di TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA..

Walaupun IRFA dah story pasal event ni, tapi aku tetap nak cite jugak nanti blog aku bersawang pulak kalau takde entri baru. Takkan nak tampal quote of day je hari-hari buat cover..heheh

Ekceli opis aku ada buat program BBQ santai di Taman Wetland, Putrajaya hari sabtu lepas dengan bayaran RM30 untuk bujang dan RM60 untuk satu family (maksima 6 orang). Bayaran RM10 untuk tambahan peserta. Jadi aku piker kalau aku sorang dah RM30, rugi tuh. Kalau camtu aku baik aku bawak Irfa dan konco-konconya, lagipun abam kan nak sunat besoknya tu. So, kena bagi la hati member tu happy sket. Kebetulan pulak, adik pompuan aku pun offday, so aku angkut lah dia sekali.
 

Kalau ikutkan map asal yang dorang kasik, Taman Wetland tu dekat dengan TAMAN BOTANI. Konfiden je kuar rumah pukul 8 pagi walhal aku sebagai ajk "terkejut" ni dorang suruh awal la & berkumpul kat sana pukul 8.30 sebelum staff lain datang.

Sekali aku dah sesat, GPS pun haram takleh pakai. Kami berpusing kat bulatan besar tu 2/3 kali jugak & akhirnya aku terpaksa kol salah sorang AJK yang lain. Dah dapat direction yang betul tapi nak dijadikan cerita sekali lagi kami terlajak masuk simpang lain..sudahnya aku tanya arah ke sana kat sorang brader ni kat Petronas. Tapi takpe sesekali bawak Irfa & family makan angin dulu pusing2 Putrajaya..ngeeee



Kami sampai sana kul 9 lebih. Masa tu dorang semua tengah sarapan. Ada nasik lemak, kuih-muih melayu, sandwich. Tapi aku makan ala kadar je sebab nak simpan ruang perut untuk makan kat tasik nanti. Kami naik tram yang pertama tapi sebelum ke pondok BBQ, drebar tram tu bawak kami pusing2 dalam taman tu.

Tapi disebabkan gerimis & hujan rintik2 jadik suasana agak tidak menyeronokkan. Apapun aku tetap bersyukur kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sedang ditimpa musibah banjir teruk sekarang ni..semoga mereka tabah.

Sebelum tram bergerak, kami sempat la berposing 4/5 keping gambar kat sini..



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke pondok BBQ tu. Jalan merentasi tasik / paya tu memang sesuai dilalui dengan tram je sebab kalau naik kereta macam leceh je sebab jalan berbatu. Tapi aku rasa tak semua kereta boleh masuk kesana kot, kena dapat kebenaran dulu. Sebab nanti merosakkan pemandangan...hehe
 

"Welcome to Taman Wetland, Putrajaya. Please enjoy the great view & also the food"





Kat area sini ada tiga bijik pondok BBQ, depan sket ada tandas, kalau perasan gambar tram atas ni yang macam rumah tu lah tandas dia..tapi yang tak best masa tu air slow la pulak. Kat sini tak disediakan surau, jadik kenalah bawak khemah kalau nak bersolat.


Sementara menunggu tram yang kedua, aku sempat lah menolong AJK lain mengemas pondok utama yang menempatkan barang makanan dan segala peralatan.





Okay, pada sesiapa yang tak tau BBQ kat sini tak pakai arang, tapi pakai dapur elektrik. Hanya perlu masukkan token untuk menyalakan api. Token tu boleh dibeli di kaunter utama.



Senangkan tak payah nak susah2 guna arang, cepat & bersih. Dah abis pakai nanti ada makcik cleaner tu datang bersihkan mesin ni. Terima kasih acik..

1 kali token untuk masa 14 minit. Aku kompius jugak mula2, masa tu dapur dah mati sebab masa dah tamat. So, dorang suruh aku masukkan token tu, aku pun masukkanlah, pelik kenapa pulak token ni jatuh balik, 4/5 kali jugak aku try. Rupanya token tu memang akan jatuh lepas mesin tu restart. So token tu kena guna balik bila dapur dah mati nanti...lorrr


Acara bakar-membakar pun bermula, aku tolong mana yang patut je. Aku cakap kat Irfa, takpe korang pergilah rehat..amik2 gambar dulu lagipun dorang kan tetamu. Nanti dah siap masak, aku panggil dorang. Cewah..tetiba baik pulak hati kann...



  
Untuk telematch pulak, tempat khas kat atas bukit belakang toilet tu ada kawasan lapang. Aku tolong AJK siapkan tempat game.



 


Pastu tetiba aku terjoin jugak game yang di panggil game Detektif Conan (ala game yang pesanan berbisik tu..). Team aku menang walaupun bila last sekali pesanan dah bertukar rupa.  Mana taknya dari kelapa parut terus jadik santan, masak lemak jadik nasik lemak. Maklumlah pesanan tu kan kena melalui pelbagai corong telinga..haruslah bunyi macam2...hehehe 


 

Medal yang disediakan oleh pihak committee, handmade uollsss. 


 

Game berenti rehat untuk memberi ruang kami menjamu selera dulu. Game seterusya disambung balik tapi dibuat dekat dengan pondok tu je. Game bebudak je pon, nak bergoyang Chicken Dance



Game yang diinspirasikan dari program realiti paling hot di Korea iaitu Running Man. Ingat tak yang dorang kena berjoget untuk menjatuhkan sticky notes kat badan dorang. Budak-budak ni bukan main seronok lagi bergoyang tak hengat dunia..

 

Ni pulak acara menghabiskan hadiah..lelong!! lelong!! lelong!!


 

Selesai semua aktiviti termasuk aktiviti yang paling disukai ramai & mendapat sambutan hangat di kalangan para ibu-ibu iaitu aktiviti menapau dan jugak kami gotong royong membersihkan kawasan untuk memastikan tiada pencemaran alam sekitar berlaku.


Tram pun sampai dalam pukul 4 petang, Irfa & budak2 aku biarkan naik dulu sebab abam cakap nak main basikal kat sana. Kami tunggulah tram seterusnya. Actually tram yang sama jugak akan patah balik ambik kitorang...mesti drebar tu boring je kena ulang alik..heheh


So far, bagi aku tempat ni bagus untuk aktiviti riadah bersama keluarga..betul!!

Salam 2025

Salam 2025 Alhamdulillah selepas 05 tahun baru berpeluang datang balik ke dunia tipu-tipu ni sebagai tanda empunya diri masih lagi bernafas....