Misi kali ni selepas setahun tak kesana..
(kumpul duit banyak dulu..hehe) adalah nak mencarik baju kurung siap dalam sekodi camtu hah..bukan nak berniaga tapi nak pakai pegi keje hari2. Dah bosan dengan koleksi baju kurung cotton yang sedia ada (macamlah banyak sangat pun selama ni..huhh)
Bukannya takde jual kat sini, tapi rasa macam harga sedikit mahal berbanding kat sana. Yelah, kalau nak dikirakan tiket flight memang la rasa tak berbaloi kot. Rasanya harga tiket return dah boleh beli 10 pasang baju ..hehe, tapi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke
Saigon jugak tahun ni...ada aku kesahh
Currency rate (6hb June 2014)
1 USD = RM3.26
10000 VND = RM1.50 (Aku tukar RM10 je, so dapatlah 60000 VND.
Flight kami pukul 9.05 pagi
(8hb June 2014). Aku pergi bertiga, dengan Irfa dan kawan beliau (kak ani). Penerbangan MH750 berjalan lancar, kami disajikan dengan
Chicken Sandwich pagi tu, i tot dapat nasik lemak udam, rupanya dah tukar menu..huhu
Ceria sebab masih pagi..semua excited nak memborong katanya. Sampai airport sana kami terus je carik bus stand nak ke
Ben Thanh. Boleh je naik teksi
Vinasun tu tapi apa salahnya berjimat sket sebab masih awal lagi. Trolley bag pun kosong lagi, senang nak hangkut naik turun bas..takde masalah.
Kalau sapa2 nak naik bas, senang je. Korang keluar je dari arrival hall tu. terus pergi ke sebelah kiri dan jalan terus ke sampai nampak bas yg bernombor 152..kat depan bas tu ada tulis destinasi
BEN THANH.
Tambang sorang
5000 VND. Trolley bag pun dia caj
5000 VND jugak. Takpelah baru berapa berapa ringgit duit kita berbanding nak bayar tambang teksi tu. So, happy kan je diri naik bas awam ni..just enjoy the view..hehe
Bas ni akan berenti kat stesen bas
Ben Thanh, so kena usaha sket lah tarik bag nak seberang jalan untuk ke dereten hotel2 yang ada kat situ. Cross je jalan tu bila nampak jalan agak clear, inshaallah dorang takkan langgar kita sebab dari jauh lagi dorang akan bunyikan hon kuat2..so cepat2lah melintas..
Kami memilih untuk stay kat
Kim Huong Hotel, betul2 mengadap pasar
Ben Thanh. Kami ambik bilik yang agak besar sket sebab itu je pilihan yang ada..sebab hotel lain penuh & demand. Takkan nak pergi survey semua hotel yang ada kat situ kot..so pejam mata je..heheh
Misi pertama, carik baju cotton, jubah, telekong, kain ela dulu..
Suasana pasar malam
Ben Thanh..meriah je macam selalu, tapi aku takde beli apa pon kat sini...just cuci2 mata je sebab aku borong baju cotton siap kat area depan
Kedai Hjh Basiroh tu je. Kedai tu bukak waktu malam je..tokey dia melayu champa..
Macam goreng pisang panas dah baju2 cotton siap kat situ..berebut orang melayu nak carik saiz masing2. Aku punya size
L tak banyak pilihan pun sebab dah banyak habis masa aku pegi tu, tapi boleh jugaklah aku borong penuh satu trolley bag tu...heheh.
Pasni sebulan aku pegi keje pakai baju baru je..jangan jeless ^ ^
Pagi besok kami sarapan kat hotel je sebab dapat free breakfast. Jangan risau inshaallah halal sebab takde pilihan dah..yang ada cuma roti kosong, telur rebus je dengan teh o je...
Lepas sarapan kami keluar lagi ke Ben Thanh nak mencarik apa2 yang patut. Aku dah rembat trolley bag Samsonite sebijik semalam sebab nak isi hasil tangkapan kat sana..hehe. Aku datang melenggang bawak sling bag je tapi balik bawak trolley bag & backpack..canerr?
Dulu dah penah borong kat kedai ni, tu yang rasa nak repeat order je kat sini. Sabar je auntie ni melayan karenah kami. Dah la mintak diskaun giler2..tapi yang bagusnya dia bagi ke tak bagi je, dia takde pon nak marah2 & maki macam peniaga muda2 kat situ. Tapi so far dia bagi je tapi korang kena wat muka kesian sket..(muka kesian dia sebalik bintang smile..hihi)
Oh ye...kedai bag auntie ni bernombor
627..kalau korang masuk ikut pintu 3 lagi senang nak jumpa..banyak jual bag Kipling..macam2 pattern..
#nanticakapsayapembacabelogcvmestidiabagidiskaun...hehehe
Sebelum balik ke airport kami sempat ke
Kedai Hjh Basiroh sebab nak makan
Pho Mee. Harga semangkuk RM10, Pepsi sebotol RM2. Dia punya cili...wowwww..pedas meletop
Lepas makan tengok ada lagi balance
30000 VND, tanya budak kopi cukup tak kalau nak beli kopi ais secawan? Dia cakap yess..enough..only
20000 VND iaitu bersamaan RM3.
Sedap giler kopi ice dia...kawkaw..hebat2 rasa kopi cukup rasa. Banyak kali jugak aku minum kopi ice ni haritu...sebab sedap sgt..
Belen lagi
10000 VND aku bagi kat budak comel si penjaja jalanan ni. Femes dh budak ni sebab dah masuk dalam blog brader
M.A.S tu harini pasal kisah budak penjaja Vietnam yang boleh pandai cakap banyak bahasa tu. Dia tak habis2 dok pesan kat kitorang, jaga baik2 bag tu kakak, sini banyak orang pickpocket..terima kasih ye
Lily.
Sekali lagi muka terpaksa diedit sebab aku tak ready masa tu..hihihi
Kami balik naik last flight pukul 7.30 malam tu..walaupun perjalanan singkat tapi dah cukup padat dah bagi kami..ada rezeki lebih boleh datang lagi..
Gud bye HCMC, tahun depan kita jumpa lagi..inshaa Allah.. =)