Alhamdulillah..perjalanan singkat kami
@ 03 Musketeers ke
BANDAR HO CHI MINH, VIETNAM jumaat lepas berjalan seperti yang dirancang. Aku, IRFA & adik lelaki kami merangkap bodiguard abam sado berlepas ke
HCMC dengan menaiki flight
MH750 di pagi Jumaat itu.
Ekceli ni adalah trip pertama adik aku ke obersi katanya, tu pon selepas IRFA berjaya mempengaruhi beliau untuk buat pasport haritu. Adik aku cakap sepatutnya first trip untuk seorang backpakers adalah
KRABI dulu. Tapi takpe, kami bawak pegi nyoping kat Vietnam dulu ye dik...hahahah
Sesampai je kami ke
HCMC, terus carik bas ke
BEN THANH. Tiket bas seorang masih lagi
5000 VND. Campur bagasi semua..total tiket kami adalah
30000 VND.
Trademark bulatan kuda di
BEN THANH dah takde..teringat sebab penah bergambar kenangan kat situ dulu. Tapi yang penting...kite pekena
KOPI AIS dia dulu......terbaik!!!
Okay, perkara pertama yang kami plan adalah...carik hotel & tour ke
CHU CHI TUNNEL. Aku &
IRFA tak pernah berpeluang ke sana sebelum ni sebab trip kami hanya mampu
STUCK di dalam @ kedai2 disekitar
BEN THANH sahaja...hahaha
Tapi kali ni atas permintaan adik aku, kami realisasikan jugak hajat beliau.
Kami ambik bilik untuk 3 orang kat
KIM HUONG HOTEL. Kenapa hotel ni yang jadik pilihan? Ntahlah masing2 punya keselesaan. Kami dah 3 kali dok sini..so far
OK JER..
Oh ye..berbalik pada kisah
TOUR CHU CHI TUNNEL kami tadi. Kami ambik tour tu melalui hotel sahaja dengan kos
14USD seorang termasuk tiket masuk. Tour hanya ni mengambil masa setengah hari
(1PM - 5PM) tidak termasuk perjalanan pergi balik dalam masa 2-3 jam yang bergantung kepada keadaan trafik semasa.
Apa kami buat dalam bas..adalah
ZZZZZZ
Bas akan berhenti rehat & rawat di kilang membuat kraftangan ni dulu dalam masa 15 minit. Sambil rehat boleh cuci mata kat showroom dia...cantik2 semua handmade kraftangan dorang. Tekun betul dorang nak belek satu2 semua tu..
Contohnya ni yang di buat dari kulit telur..
Selepas 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai kat sini...terletak dalam kawasan kebun getah. Kena menapak jugak untuk ke kawasan tunnel tu. Tapi seronok dapat tengok keadaan sebenar & kesusahan para
VC (VIET COM) di zaman perang dorang.
Lebih kurang macam nilah rupa tunnel tu..
Aku tak masuk pon dalam tunnel tu...ishh tak sanggup aku. Bukan apa takut tetiba sesak napeh pulak, lagi susah semua orang..ni semua pic acah2 saje...heheheh
Balik dari tour, masing dah kelaparan sebab tengah hari tu tak sempat nak makan dulu. So kami pilih lah untuk dinner kat
RESTOREN SERAI ni sebab kebetulan bas kami berhenti betul2 depan restoren ni.
Review :
SEDAP sebab memang tengah lapar giler..ngeeee
Ekceli kami tak pernah try makan kat restoren kat sana pun sebelum ni. Almaklumlah, kadang tu kami bawak bekal je & lagipun pernahlah jugak terjadi kes terlupa nak makan bila dah bizi menyoping..hehehe..
Adik aku belanja kami dinner malam tu. Celik sket mata beliau bila tengok bil malam tu...hahahah..
Lepas makan balik hotel dulu, mandi rehat dulu sebelum keluar balik untuk ke
BEN THANH NIGHT MARKET @ PASAR MALAM BEN THANH...barulah
HAVOC..HAVOC...
Okay, kita sambung besok pulak...
Malam tu kami ditemani dengkuran masing2 yang sudah kepenatan terlampau....krohhkrohh....