Monday 31 December 2018

HATYAI TRIP 2018 (The End)

17 DEC 2018 (Isnin)

Okay..kalau semalam tak sempat sarapan. Ini hari kita kasi jadi..pukul 7 jalan kaki pergi Tamrab Muslim Restoren. Sangat dekat dengan hotel kami.


Menu yang kitorang semestinya Nasi Kerabu Daging Bakar.


Nasik kerabu kat sini takde tumis macam biasa tu..
Sapa peminat nasik kerabu konfem tau macam mana beza nasik kerabu tumis dan tak.

Satu set nasik kerabu daging bakar - 60 baht


Daging bakar dia secukup rasa cicah pulak dengan sos thai tu..

Satu cucuk - 10 baht


Biasa kita tengok orang lepak makan Dimsum kat Chabura kan..kitorang lepak sini jelah..

I plate - 15 baht



Kami terus checkout hotel dan bertolak ke pekan Danok lebih kurang pukul 9 pagi.



Kami sampai di pekan Danok pukul 10 lebih. Kami diberi masa dalam 2 jam untuk jalan-jalan cuti mata @ nak bershopping menghabiskan baki Baht yang ada..




Pulut Ayam & Pulut Mangga


Kat Dannok ni aku tengok banyak jual produk2 kacang..kerepek yang enak dimakan begitu saja..


Kiranya ini last checkpoint yang korang boleh beli ole2 sebelum balik ke Malaysia..


Kudapan dalam perjalanan nanti..


Memang layan je makan benda ni..tau2 dah separuh plastik.



Dari sini kitorang kena jalan kaki ke bangunan imigresen Sadao.


Ramai tapi agak laju..


Dah lepas imigresen sini kami kena naik bas dulu untuk ke imigresen Bukit Kayu Hitam..kat sana nanti baru kita diminta untuk scan segala jenis bag yang ada.

Lepas dah setel semua tu maka bermulalah perjalanan balik kami ke KL Sentral yang dijangka akan sampai pada pukul 10 malam.


Kami berhenti makan & solat sekali lagi di RNR Bukit Gantang pada petang tu.

Pejam celik pejam celik..alhamdulillah kami selamat sampai di KL Sentral tepat pukul 10 malam. Terima kasih kepada mr pilot & assistant kerana membawa kami pulang ke tanahair dengan selamat.

Dari KL Sentral tu aku dengan adik dengan pantas ke ERL pulak nak balik Sepang. Kakak aku dah balik dulu sebab soulmate & kiddos datang pikap.

Akhir kata..ini adalah satu pengalaman baru untuk aku..inshaallah kalau ada peluang aku nak try jalan sendiri pulak ke sana.

**Besoknya sis keje pagi..zzzz

Sunday 30 December 2018

HATYAI TRIP 2018 (Part 3)

16 DEC 2018 (AHAD)

Pagi tu TL ajak sarapan bersama di restoren halal berdekatan hotel..katanya nasik kerabu daging bakar dia padu. Tapi sebab ramai sangat nak kena beratur so aku decide tak join. Besoknya baru kitorang merasa..

MAGIC MUSEUM & 3D

First destinasi adalah Magic Museum. Kat sini ada 3D museum dan Magic Show.


Tiket combo 400 baht sahaja..kalau beli asing jadi lagi mahal. Tapi bagi aku museum 3D tu kalau korang taknak masuk pun takpe sebab kita boleh dan selalu jumpa benda kat banyak tempat di Malaysia..tapi magic show tu wajib tengok tau sebab memang best.


3D museum lebih kurang camni lah..aku tak ambik gambar sangat dalam tu sebab tak pandai nak posing maut. Lagipun tempat tu agak crowded.

Sis lanje mana yang sempat je.


Secara ringkas pasal magic show ni ada beberapa slot contohnya ada part clown..magic trick dan magic show yang level potong2 badan tu. Aku agak teruja lah sebab biasa tengok magic show ni kat dalam tv je..so bila tgk live ni feel lain sket lah..


Ini magician Black Crystal tu..ensem kan? Salah satu daya penarik jugak ni..haha


Sempat jugak bergambar dengan cik adik manis dayang magician


Last sekali macam biasa wajib ada family photo dengan ahli trip.


TANG KUAN HILL / SAMILA BEACH

Kami singgah di Tang Kuan Hill untuk merasa Aiskrim kelapa je..sebelum terus ke Samila Beach


Aiskrim kelapa yang sedap ni harga dia 35 baht je..



Masa ni dah start gerimis dan hujan rintik2 jadi nak berjalan tak berapa syok dah..just turun ambik gambar ramai2 je sebagai kenangan.



Kat Samila pun sama hujan..dah malas nak menapak mencarik cik duyung ni..

Mungkin lain kali kalau ada rezeki lebih kita datang balik melawat awak ye cik duyung..


CHANG PUAK CAMP

Kat sini pun aku hanya sekadar menjadi pemerhati je. Ramai sangat orang sampai ada ahli grup kami yang nak sangat merasa bawak anak2 naik gajah pun tak berkesempatan sebab baru lepas hujan mood gajah tak berapa baik..sejuk..


ALIFF STEAMBOAT & HOTPOT

Restoren persinggahan hari kedua kami yang di atur oleh pihak agen berkonsepkan steamboat "eat all you can"

Harga seorang 230 baht


Ada pelbagai seafood kat sini..walaupun takdelah semeriah kat Klonghae tu..tapi alhamdulillah yang ni pun dah tak tau nak cedok yang mana..



Masing2 dah lapar dari pagi tak makan nasik..



Hotpot macam ni aku tak biasa pakai so agak kekok.

Kat sini ada disediakan tandas dan surau jugak ye. Jadi boleh setelkan apa yang perlu sebab kami akan singgah di Asean Night Market pulak lepas ni.

ASEAN NIGHT MARKET

Masa ni hujan dan makin lebat..boleh dikatakan cuaca tak berapa baik dari tengah hari sampai malam. Memang nak ke tak nak terpaksa redah jugak hujan tu.



Asean Plaza ni ada dua bahagian. Kat bawah tu bazar yang menjual pelbagai jenis barangan macam uptown gitu.

Memang besar kawasan ni..jenuh nak pusing satu market.



Antara barangan yang ada..bag rotan viral..



Hantu casing macam adik memang suka sangat tempat ni..


Kat bahagian atas market ni pulak ada medan selera yang jual banyak sangat makanan dan semuanya nampak sedap. Perut kami masih kenyang lagi dengan buffet seafood tadi jadi kami sekadar beli untuk rasa2 jelah.


Telur sotong ni sayur je banyak..hmm


Ingat pegi Jepun ke nak makan sushi..huhu


Dari sini kami perlu naik tuktuk untuk balik ke hotel. Sempatlah merasa naik tuktuk. Tuktuk kami kecik molek jadi memang menyenget dia bawak kami malam tu. 

Contoh tuktuk
Tambang tuktuk seorang 20 baht. Satu tuktuk boleh naik 8-10 orang bergantung kepada saiz tuktuk dan jugak saiz orang. 

Tuktuk tak bergerak ni kat Chang Puak Camp td..sis tumpang bergambar je..


Selesai sudah aktiviti di hari kedua. Jom kita balik hotel kira baki duit pulak.

Jumpa di next entri ye.. 

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...