Hari terakhir untuk kami berjalan2 di
ISTANBUL & juga hari terakhir untuk menghabiskan sisa2 matawang
LIRA yang ada..jadi destinasi seterusnya adalah
SPICE BAZAAR & GRAND BAZAAR.
18hb May 2014 (Ahad)
SPICE BAZAAR
SULTANAHMET => EMINONU = TRAM (Tiket -1.95TL)
Kami jalan kaki je ke
SPICE BAZAAR sebab ada orang sentap taknak topup kad I
STANBULKART.. hahah. Tak kesah pun sebab jalan kaki pun seronok sebab boleh cuci mata sepanjang jalan kesana tu. Kami singgah sarapan kat restoren kebab ni..
Inilah pintu masuk
SPICE BAZAAR. Nampak usang je kan bangunan dia. Tapi kat dalam tu wooow... meriah uolss..
Ramai peniaga kat sana yang tegur, pastu cuba cakap melayu bila tau kitorang dari Malaysia. Ayat standard dorang adalah.."Malaysia?? Selamat Datang, Apa Khabar, Sama-sama, murah2 dan Terima kasih".
Lorong luar ni banyak jual kekacang dan bahan mentah...
Tu diaa...sempat kakak ni berdiskusi kat tengah2 jalan tu..ko masuk lorong kiri, aku masuk lorong kanan, tengok sapa yang paling cepat jumpa jalan keluar...heheh
Sini pulak banyak jual peralatan dapur, teko, periuk & gelas comel2 je.
Shawl pun ada..lembut & halus buatan dia..
Kakak tu beli teko yang bortingkek-tingkek ala Turki kat sini & mesin pemerah jus. Aku beli souvenir je nak bagi adik beradik. Dah tak tau nak beli apa dah, rambang mata den..ntah pape.
On the way balik singgah lagi sekali kedai kebab yang pagi tadi tu, macam ler sedap benor. Tapi rasanya kedai tu yang paling sedap kebab dia setakat yang kami makan selama seminggu ni..
Aku ambik menu ni, kononnya nak try nasik la pulak. Kat bawah hirisan daging ayam tu ada nasik, tapi nasik dia macam nasik pulut, tak kena dengan selera aku..
GRAND BAZAAR
GRAND BAZAAR adalah bazar terbesar & tertua di
ISTANBUL. Tapi dorang cakap barang2 kat sini agak mahal berbanding kat luar. Tapi orang cakap kalau dah sampai ke Istanbul tapi tak sampai kat sini kira tak macam tak sah lah..
Grand Bazaar ni
TUTUP pada hari
AHAD.
.jpg) |
| Pinjam dari gugel =) |
Tengoklah betapa crowded nya orang kat area
GULHANE.
Tengah kami otw tu, ada sorang mamat ni bagitau yang
Grand Bazar tutup pada hari Ahad, so apa kata kitorang singgah kat kedai dia dulu. Cewahh..menangguk di air yang keruh dia ni...heheheh
Kami pun ambik hati singgahlah, padahal ada niat lain jugak...iaitu nak tumpang pakai toilet dia. Mana taknya kalau 10 orang masuk toilet dah untung
10TL kot..dasarr penjimat..hahahh
Jadi ceritanya aku tak merasalah nak ke
GRAND BAZAAR tu..sebab besok nak balik MALAYSIA dah..mane sempat..huhu
Aktiviti di malam hari..
Sempena malam terakhir kami kat
ISTANBUL, kami makan malam kat atas rooftop hotel. Masak pastu bawak naik atas. Malam tu makan spagheti je. Stok makanan ada satu bag lagi campur jajan nak kena habiskan selagi sempat..
Besok nak balik dah, jadik balik malam tu kenalah kemas apa2 yang patut. Bag aku dah kurang berat sikit sebab makanan semua aku dah aku let go kat kakak tu...legaa
SELAMAT MALAM ISTANBUL...