Monday, 2 June 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 4 (TAKSIM SQUARE + GALATA TOWER + USKUDAR)

Hari keempat kami kembali bergabung meletop..

17hb May 2014 (Sabtu)

TAKSIM SQUARE

Pagi tu kami sarapan nasik putih, kari ayam & telur dadar. Buah ceri & stroberi semalam dah kena lenyek jadi cekodok sebab dah lebam. Yang elok simpan dalam peti ais nak bawak balik Malaysia.


Plan hari tu nak ke Taksim. So kami kena naik tram dari Sirkeci ke Kabatas.

SIRKECI => KABATAS = TRAM
KABATAS => TAKSIM = UNDERGROUND TREN

Masa ni ada citer kelakar (bagi aku lah, kalau rasa tak kelakar takpelah..heheh). Dah sampai KABATAS, akak ni tanya lah kat sorang local ni camane nak pergi TAKSIM. Dia cakap boleh naik tren bawah tanah. Kalau nak jalan kaki berapa lama pulak? Aku pun x dengar dia jawab apa tapi kakak tu konfem balik, boleh jugak tapi dalam 15 minit kalau berjalan kaki.

So kami pun konfiden lah nak jalan kaki. Jalan punya jalan, tak sampai2 tengok dah nak masuk hiway aku rasa. Last sekali kami tahan bas ke sana. Rupanya jauh jugak, takde makna 15 minit...aku rasa orang tu tadi cakap 50 minit bukan 15 minit kot. Tak pasal2 exercise di pagi hari..


Akhirnya kami sampai jugak kesini. Tempat ni macam dataran je, tapi mari kita tengok apa yang ada disebalik bangunan kat situ. Ada ramai polis sedang berkawal kat area ni. Risau jugak kot2 lah jadik pape kat negara orang pulak tu.



Tetiba nampak tram ni atau lebih dikenali sebagai TAKSIM TUNNEL. Tambang 2TL je. Seat terhad, berdiri jelah sepanjang jalan tu. Tapi seronok sebab sepanjang jalan tu kedai2 je..konfem tak boring.


Nanti tren ni akan bawak kita round ke tengah BANDAR TAKSIM. Boleh balik ke dataran tu jalan kaki..sebab kat situ banyak giler kedai & butik berjenama. Sambil2 jalan boleh cuci mata.





Singgah beli jus oren ni, fresh lagi..macam air twister. Harga 1TL. Tapi kat sini aku tak perasan pulak orang jual jus delima. Dorang cakap jus delima fresh sedap giler babas..



Ada satu kedai ni jual kebab, korang tengok lah besar mana daging kebab dia..seram aku tengok. Agak2 lah berapa lama nak tunggu daging tu masak ye..


Kalau sapa yang perasan pasal berita tragedi lombong arang meletop kat Turki yang mengorbankan 230 pekerja haritu, sama tarikh dengan kitorang kat sana. Masa kami kat Taksim tu, tetiba bunyi bising macam tunjuk perasaan, member dah menggelabah suruh kitorang berkumpul sebab ada mogok katanya. Padahal takde papa pun, sebab aku tengok semua orang kat sana relak je. Mungkin dah biasa kot orang demo macam tu kat sana.


Seterusnya kitorang bergerak ke Galata Tower pulak.



GALATA TOWER

Galata Tower adalah sebuah menara yang paling tinggi & merupakan salah satu landmark untuk Istanbul. Pada zaman dahulu, menara ni digunakan sebagai tempat peninjau.

Dari Taksim kami naik tren bawah tanah terus ke Sishane untuk ke GALATA TOWER.

TAKSIM => SISHANE = UNDERGROUND TREN






Tiket masuk ke GALATA TOWER adalah 18TL.


Jumpa penyanyi MONOLOQUE kat sana tengah busking. Muke je nak sama tapi bukan dia..heheh


USKUDAR

SISHANE => YENIKAPI = UNDERGROUND TREN
YENIKAPI => USKUDAR = UNDERGROUND TREN/ BAWAH LAUT

Kisahnya  kenapa kami boleh sampai ke USKUDAR disebabkan ada seorang rakan sekerja kami yang dah ke Istanbul beberapa bulan lepas dok promote pasal USKUDAR. Dia cakap makanan kat sini best, sedap & murah & wajib pergi ke Uskudar tu.





Rasa sejuk je masa kat bawah laut tu.


Rombongan kaklimah, sorang takde sebab terpaksa jadik cameraman.



Seberang jalan jeti ni ada masjid besar, kami singgah solat zohor kat sini. Sebelum tu makan kebab lagi sebab itu je makanan yang ada kat sana. Perut dah lapar time tu sebab dah tengah hari.

Masing2 membebel sebab takde yang best pun macam kenalan tu cakap. Dahlah panas terik kat sana sebab tepi laut kan. Menyesal datang sini tapi atleast boleh merasa naik tren bawah laut, tu jelah.




Dah selesai berjalan2 sekitar jeti tu, tengok macam takde apa yang menarik pun, kami decide untuk balik ke SULTANAHMET je.

Kami masih lagi berjuang untuk berjalan kaki je balik ke rumah sebab saja nak menyinggah kedai2 souvenier lagi..hehe.

Dari stesen bawah tanah Sirkeci akan terus keluar kesini, mati2 aku ingatkan tempat ni showroom sebelum ni. Dorang pulak terus keluar ke SULTANAHMET. Pelik lah aku sistem pengangkutan dorang ni, bawah tanah ada, bawah laut ada, canggih betul. Pening nak mengingat.



On the way balik tu singgah beli gula-gula tarik ni. Ekceli bukan nak beli gula2 sangat pon, tapi sebab mamat yang jual tu manis macam gula tu yang terbeli...heheheh



Beli TURKISH DELIGHT kat sini, kira murah sebab yang size kecik baru 3TL pastu yang besar 5TL. Bolehlah setakat nak makan tu walaupun kualiti dia tak sama dengan yang mix & match tu.

BAKHLAVA dia pun sedap jugak. Aku beli jugak 4/5 kotak pastu sini bukak & campurkan semuanya, barulah bahagi2, so semua boleh merasa semua jenis perisa yang ada.


Balik rumah gantung kaki macam biasa. Besok last day kami plan ke SPICE BAZAAR & GRAND BAZAAR untuk habiskan sisa2 LIRA yang ada terselit.

Sapa taknak ikut boleh dok rumah je, tiada paksaan..PEACE!!

14 comments:

  1. hebak betoi pengangkutan depa ni ye..darat ada laut ada...nampak laut dia biru betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Mmg nampak cantik tapi panas..sebab tu dalam gambar nampak cantik..laut marmara tu

      Delete
  2. x tahu nak komen
    tp turkish delight tu mcm tak cukup je,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      Nak beli pun rasa seram tengok harga..caner lah nk beli banyak2..hahahah

      Delete
  3. kat istanbul just byk bangunan yg cantek2 je kan
    letih gak nak meround bagai
    kt situ xde pantai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakEL,
      Kat Istanbul ni banyak bangunan bersejarah je sebab tu dipanggil OLD CITY. Sapa suka subjek sejarah islam boleh la datang sini..

      Delete
  4. bestnyer ke istanbul.. teringat citer istanbul aku datang.. mg cantik view kat sna. lg2 bangunan dia.. sungguh cantik n unit..

    aduyai.. kalo jln kaki 50min.. patah laaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYA,
      Terdetik nk g IST ni pon sebab tgok filem tu lah..rasa cam best je tengok Lisa jalan2 kt sana tu..
      50minit...boleh basah ketiak..heheh

      Delete
  5. ahaahah...part salah dgr tu mmg kelakar..rasanya akak tu salah dgr between fifty dan fifteen minutes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Tulah, CV saspek gitulah...salah dengar tu..orang kat situ pon pelik, nak g mane lah dorang ni...hehehe

      Delete
  6. Salam kenal..
    Lawak la pasal jalan kaki ke taksim. Walhal dr kabatas turun tangga je naik underground tram tu. Hihihihi..tapi tak pe..semua tu pengalaman..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda,
      Salam kenal..
      Tu la pasal, ehh kononnya nak berjimat tambang tram lah, sekali sama jugak kena naik bas..heheh

      Delete
  7. sy nk pergi next week bawak group.. thankz for ur info.. eksaited gak la nk g.. agak2 duit belanje bajet bwk brape ek?*soalan feveret cstomer*..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Misz Anisz,
      Terima kasih singgah..
      Errr...brapa ek...sribu kot termasuk hotel...hihi

      Delete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...