18hb May 2014 (Ahad)
SPICE BAZAAR
SULTANAHMET => EMINONU = TRAM (Tiket -1.95TL)
Kami jalan kaki je ke SPICE BAZAAR sebab ada orang sentap taknak topup kad ISTANBULKART.. hahah. Tak kesah pun sebab jalan kaki pun seronok sebab boleh cuci mata sepanjang jalan kesana tu. Kami singgah sarapan kat restoren kebab ni..
Inilah pintu masuk SPICE BAZAAR. Nampak usang je kan bangunan dia. Tapi kat dalam tu wooow... meriah uolss..
Ramai peniaga kat sana yang tegur, pastu cuba cakap melayu bila tau kitorang dari Malaysia. Ayat standard dorang adalah.."Malaysia?? Selamat Datang, Apa Khabar, Sama-sama, murah2 dan Terima kasih".
Shawl pun ada..lembut & halus buatan dia..
Kakak tu beli teko yang bortingkek-tingkek ala Turki kat sini & mesin pemerah jus. Aku beli souvenir je nak bagi adik beradik. Dah tak tau nak beli apa dah, rambang mata den..ntah pape.
On the way balik singgah lagi sekali kedai kebab yang pagi tadi tu, macam ler sedap benor. Tapi rasanya kedai tu yang paling sedap kebab dia setakat yang kami makan selama seminggu ni..
Aku ambik menu ni, kononnya nak try nasik la pulak. Kat bawah hirisan daging ayam tu ada nasik, tapi nasik dia macam nasik pulut, tak kena dengan selera aku..
GRAND BAZAAR
GRAND BAZAAR adalah bazar terbesar & tertua di ISTANBUL. Tapi dorang cakap barang2 kat sini agak mahal berbanding kat luar. Tapi orang cakap kalau dah sampai ke Istanbul tapi tak sampai kat sini kira tak macam tak sah lah..
Grand Bazaar ni TUTUP pada hari AHAD.
Pinjam dari gugel =) |
Kami pun ambik hati singgahlah, padahal ada niat lain jugak...iaitu nak tumpang pakai toilet dia. Mana taknya kalau 10 orang masuk toilet dah untung 10TL kot..dasarr penjimat..hahahh
Jadi ceritanya aku tak merasalah nak ke GRAND BAZAAR tu..sebab besok nak balik MALAYSIA dah..mane sempat..huhu
Aktiviti di malam hari..
Sempena malam terakhir kami kat ISTANBUL, kami makan malam kat atas rooftop hotel. Masak pastu bawak naik atas. Malam tu makan spagheti je. Stok makanan ada satu bag lagi campur jajan nak kena habiskan selagi sempat..
Besok nak balik dah, jadik balik malam tu kenalah kemas apa2 yang patut. Bag aku dah kurang berat sikit sebab makanan semua aku dah aku let go kat kakak tu...legaa
SELAMAT MALAM ISTANBUL...
kalau baba g tempat shopping ni mmg heaven..sedia duit je kan
ReplyDeleteehh..5 hari 4 mlm je ke di Istanbul...
JM,
DeleteBiasalah..dengan konsep free & easy & destinasi bajet ni...camtu jelah kesahnya..hihihi
SPAGETI AKAK TU NAMPAK SGT SEDAP ;)
ReplyDeleteMINTAK RESEPI EK
Sis,
DeleteSila beli sos Prego ye..sama je tu dalam tin punya..
seronoknya dah sampai sini kan
ReplyDeleteSyawalsimpson,
DeleteDah penat tengok barang..saya dah seronok tengok orang pulak sebab dorang kebanyakan bergaya & cantik.
takde amek gamba kat pantai dia ke...tgok kt filem Istanbul aku datang mcm cantik je ;p
ReplyDeleteKopiolimauice,
DeleteMaaflah sebab tak jumpa pantai pun...rasanya Lisa tak dok area situ kot..