Tuesday, 10 June 2014

Saigon @ HCMC...aku datang lagi..

Misi kali ni selepas setahun tak kesana..(kumpul duit banyak dulu..hehe) adalah nak mencarik baju kurung siap dalam sekodi camtu hah..bukan nak berniaga tapi nak pakai pegi keje hari2. Dah bosan dengan koleksi baju kurung cotton yang sedia ada (macamlah banyak sangat pun selama ni..huhh)

Bukannya takde jual kat sini, tapi rasa macam harga sedikit mahal berbanding kat sana. Yelah, kalau nak dikirakan tiket flight memang la rasa tak berbaloi kot. Rasanya harga tiket return dah boleh beli 10 pasang baju ..hehe, tapi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke Saigon jugak tahun ni...ada aku kesahh


Currency rate (6hb June 2014)

1 USD = RM3.26
10000 VND = RM1.50 (Aku tukar RM10 je, so dapatlah 60000 VND.

Flight kami pukul 9.05 pagi (8hb June 2014).  Aku pergi bertiga, dengan Irfa dan kawan beliau (kak ani). Penerbangan MH750 berjalan lancar, kami disajikan dengan Chicken Sandwich pagi tu, i tot dapat nasik lemak udam, rupanya dah tukar menu..huhu


Ceria sebab masih pagi..semua excited nak memborong katanya. Sampai airport sana kami terus je carik bus stand nak ke Ben Thanh. Boleh je naik teksi Vinasun tu tapi apa salahnya berjimat sket sebab masih awal lagi. Trolley bag pun kosong lagi, senang nak hangkut naik turun bas..takde masalah.

Kalau sapa2 nak naik bas, senang je. Korang keluar je dari arrival hall tu. terus pergi ke sebelah kiri dan jalan terus ke sampai nampak bas yg bernombor 152..kat depan bas tu ada tulis destinasi BEN THANH.


Tambang sorang 5000 VND. Trolley bag pun dia caj 5000 VND jugak. Takpelah baru berapa berapa ringgit duit kita berbanding nak bayar tambang teksi tu. So, happy kan je diri naik bas awam ni..just enjoy the view..hehe

Bas ni akan berenti kat stesen bas Ben Thanh, so kena usaha sket lah tarik bag nak seberang jalan untuk ke dereten hotel2 yang ada kat situ. Cross je jalan tu bila nampak jalan agak clear, inshaallah dorang takkan langgar kita sebab dari jauh lagi dorang akan bunyikan hon kuat2..so cepat2lah melintas..

Kami memilih untuk stay kat Kim Huong Hotel, betul2 mengadap pasar Ben Thanh. Kami ambik bilik yang agak besar sket sebab itu je pilihan yang ada..sebab hotel lain penuh & demand. Takkan nak pergi survey semua hotel yang ada kat situ kot..so pejam mata je..heheh


Misi pertama, carik baju cotton, jubah, telekong, kain ela dulu..




Suasana pasar malam Ben Thanh..meriah je macam selalu, tapi aku takde beli apa pon kat sini...just cuci2 mata je sebab aku borong baju cotton siap kat area depan Kedai Hjh Basiroh tu je. Kedai tu bukak waktu malam je..tokey dia melayu champa..


Macam goreng pisang panas dah baju2 cotton siap kat situ..berebut orang melayu nak carik saiz masing2. Aku punya size L tak banyak pilihan pun sebab dah banyak habis masa aku pegi tu, tapi boleh jugaklah aku borong penuh satu trolley bag tu...heheh.


Pasni sebulan aku pegi keje pakai baju baru je..jangan jeless ^ ^

Pagi besok kami sarapan kat hotel je sebab dapat free breakfast. Jangan risau inshaallah halal sebab takde pilihan dah..yang ada cuma roti kosong, telur rebus je dengan teh o je...


Lepas sarapan kami keluar lagi ke Ben Thanh nak mencarik apa2 yang patut. Aku dah rembat trolley bag Samsonite sebijik semalam sebab nak isi hasil tangkapan kat sana..hehe. Aku datang melenggang bawak sling bag je tapi balik bawak trolley bag & backpack..canerr?


Dulu dah penah borong kat kedai ni, tu yang rasa nak repeat order je kat sini. Sabar je auntie ni melayan karenah kami. Dah la mintak diskaun giler2..tapi yang bagusnya dia bagi ke tak bagi je, dia takde pon nak marah2 & maki macam peniaga muda2 kat situ. Tapi so far dia bagi je tapi korang kena wat muka kesian sket..(muka kesian dia sebalik bintang smile..hihi)

Oh ye...kedai bag auntie ni bernombor 627..kalau korang masuk ikut pintu 3 lagi senang nak jumpa..banyak jual bag Kipling..macam2 pattern.. #nanticakapsayapembacabelogcvmestidiabagidiskaun...hehehe

Sebelum balik ke airport kami sempat ke Kedai Hjh Basiroh sebab nak makan Pho Mee. Harga semangkuk RM10, Pepsi sebotol RM2. Dia punya cili...wowwww..pedas meletop


Lepas makan tengok ada lagi balance 30000 VND, tanya budak kopi cukup tak kalau nak beli kopi ais secawan? Dia cakap yess..enough..only 20000 VND iaitu bersamaan RM3.

Sedap giler kopi ice dia...kawkaw..hebat2 rasa kopi cukup rasa. Banyak kali jugak aku minum kopi ice ni haritu...sebab sedap sgt..


Belen lagi 10000 VND aku bagi kat budak comel si penjaja jalanan ni. Femes dh budak ni sebab dah masuk dalam blog brader M.A.S tu harini pasal kisah budak penjaja Vietnam yang boleh pandai cakap banyak bahasa tu. Dia tak habis2 dok pesan kat kitorang, jaga baik2 bag tu kakak, sini banyak orang pickpocket..terima kasih ye Lily.

Sekali lagi muka terpaksa diedit sebab aku tak ready masa tu..hihihi


Kami balik naik last flight pukul 7.30 malam tu..walaupun perjalanan singkat tapi dah cukup padat dah bagi kami..ada rezeki lebih boleh datang lagi..


Gud bye HCMC, tahun depan kita jumpa lagi..inshaa Allah..  =)

9 comments:

  1. so i tak yah tulis dah, copu link kat u punya blog je
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Wowww...pegi naik MAS tu...mmg betul2 shopping ni..ulang alik ke bent than je :-)

    pakej baju utk raya sekali lah tu heee

    ReplyDelete
  3. Banyaknya cv beli baju pi keje

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat borong baju kerja + baju raya

    ReplyDelete
  5. Kalau dah kata tiap hari tukar baju baru utk sebulan sah pasti sendatlah beg masa balik. Belum masuk barang lain lagi..

    ReplyDelete
  6. betul la kopi tu mmng sedap terbaikkk! ni betul2 nk dtg shopping ek 2h1m je ;p

    ReplyDelete
  7. wah... bestnya memborong. Lepas ni baju baru sesaja la ya.

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...