Saturday 23 September 2017

SABAH TRIP 2017 :: KG LUANTI FISH SPA & SABAH TEA & PASAR FILIPINA & SEAFOOD

HARI KETIGA

Last day kami kat Kundasang Ranau.
Sebelum balik ke Bandar KK, kami sempat ke KG LUANTI FISH SPA

KG LUANTI FISH SPA

Tiket masuk RM5/ seorang



Aku masuk tengok gelagat orang je, kalau nak harapkan sendiri yang hulurkan kaki rendam dalam sekawanan ikan kelah tu memang taklah..geli campur takut..karang digigitnya kaki aku tak ke naya..hehe



Nasib baik member aku jenis yang berani mati, selamba je dorang masuk dalam air tu siap bagi ikan makan guna tangan direct ke mulut2 ikan tu..kalau aku idoklerr

SABAH TEA

Seterusnya kami ke ladang TEH SABAH.





Kena drive naik atas bukit jalan agak batu2.



Masuk free je, cuma kalau nak rasa lepak2 minum kat atas tu boleh lah...kami cuma lepak ambik gambar je.




Aku beli jugak teh sabah ni walaupun kat sini pun bersepah jual..hehe

JAMBATAN TAMPARULI

Sebelum ke hotel di KK kami singgah JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI yang sebenar..kat situ ada market jugak ye.


Yang ni bukan tau..ada lagi satu jambatan gantung laluan untuk pejalan kaki je..gayat jugak.



Last sekali kami check in di PROMENADE SERVICE APARTMENT KK.

Balik hotel, rehatkan badan dulu.
Dah petang baru kami jalan kaki ke PASAR FILIPINA yang femes tu.

Sedar tak sedar dah smpi ke malam kami dalam stuck dalam market tu. Mana taknya kalau dah hasil borongan seafood kering & keropok cincin/amplang pun dan dapat berkotak kotak.


Dah satu hal pulak nak angkut kotak yang berat tu bawak balik hotel...senget bahu sis..

So moral of the stori, bawak lah keta jika anda ke market...senang terus je loading dlm bonet

TANJUNG ARU MEDAN SELERA

Malam tu kami mencarik makanan seafood kat TANJUNG ARU.

Ramai yang bagi cadangan kalau nak makan sedap dan murah bolehla ke TG ARU atau ke TODAK WATERFRONT.


Masa kat hotel tu kami ada tanya kat pakcik guard tu kat mana makan sedap, so pakcik tu bagi suggestion ke TANJUNG ARU FOODCOURT tu bagus katanya..so kami follow lah cadangan beliau..


Alhamdulillah...kenyang kami malam tu melantak seafood...

HARI KEEMPAT

Masa untuk kemas2 barang, tinggalkan semua kenangan pahit manis kami kat selama 3 hari kat sana.

PASAR KRAFTANGAN/FILIPINA

Tapi sebelum kami ke Airport KK, misi menghabiskan sisa2 duit ringgit harus kami laksanakan di mana lagi kalau bukan di PASAR KRAFTANGAN/FILIPINA tu..


Hujan turun selebat lebatnya masa kami kat sana, nak meredah ke parking kereta semua dah kuyup. Alamatnya terpaksalah kami tukar baju ts I LOVE SABAH tu nanti kat airport..hehehe



Kalau nak beli atau borong souvenier brooch bolehla singgah kat kedai pakcik ni..murah2 je dia jual..



Alhamdulillah...kami sampai ke airport KK dgn selamat.



Flight delay sejam..so kita layan megi cup ler dulu..


Akhir kata, selamat tinggal SABAH, kalau ada rezeki lebih boleh kita jumpa lagi..

Kbai...

Friday 22 September 2017

SABAH TRIP 2017 :: DESA DAIRY FARM & WAR MEMORIAL & KINABALU PARK & HOT PORING..

Hi..kita jumpa lagi selepas 5 bulan cuti...fuhh. 1st entry update pasal trip ni masa bulan Apr sekarang dah nak masuk Oct dah baru aku sempat nak edit dan masukkan gambar sekali..nampak bz nya aku mengalahkan menteri..hehee

Okay kita sambung cerita okay..hepi reading..

HARI KEDUA

Terus je drive ke DESA DAIRY FARM. Otw ke sana tu kita akan jumpa banyak homestay. So next time kalau datang..try book sini pulak..

Subhanallah cantik sangat pemandangan kat sana macam lukisan...kita akan nampak kabus menutupi Gunung Kinabalu


Tinggi..tinggi Gunung Kinabalu..
Tinggi lagi sayang sama kamu..

Ni pintu masuk Desa Dairy Farm..kena bayar tiket terus kat sini



Tiket masuk Rm5/ seorang.


Cantiknya pemandangan kat sini..


Masing2 dah start snap sana snap sini, selfie boomerang semua bagai dah..hahaa



Orang cakap kalau datang kena rasa susu & aiskrim yogurt gelato dia...paduu


Konfem lah aku beli semangkuk..sejuk2 makan pulak aiskrim pehhh..kebas mulut..huhu




Member sempat ambik peluang bagi lembu minum susu botol tu..


Gambar terlampau banyak kat sini sampai bateri pun dah low..kalau ikotkan hati nak je aku tepek semua tapi apakan daya..ku simpan sahaja sebagai memori terindah seindah pemandangan kat sana.

WAR MEMORIAL KUNDASANG

Balik dari DESA DAIRY kami singgah sekejap di WAR MEMORIAL KUNDASANG yang terletak kat pekan kundasang tu je..


Tiket masuk RM2 sahaja.

Kat atas tu kira macam tempat memperingati para askar yang terkorban masa perang time tu.



Kat dinding tu ada terpahat nama2 mereka tentera yang terkorban masa tu..




Aku tak dapat ambik gambar sgt sebab masa ni bateri hp aku dah tinggal 50%..yelah korang bayangkanlah masa kat DESA DAIRY tadi tu penggunaan camera hp banyak mana..hahahah

KEPAK AYAM MADU

Kami singgah makan tengah hari di pekan Kundasang, lupa dah nama kedai tapi kat belakang kedai tu ada jual KEPAK AYAM MADU yang sedap..



Belakang kedai ada jugak street art..



KINABALU PARK

Next destinasi kami ke KINABALU PARK
Tiket masuk RM3/ seorang


Masa kat sini memang aku betul2 menghayati keindahan alam sekitar sebab bateri hp aku dah totally out..huhuu

Powerbank yang aku bawak tak membantu langsung..sebab usb buat hal pulak haritu..

Masa kat atas satu platform tu kami ada bergambar dengan satu grup auntie vogue dari China guna hp member aku, yang buat seronok tu pasal member aku memang pandai cakap cina..lagi lah auntie2 tu suka, dorang siap mintak tolong kami pakaikan dorang tudung sbb kebetulan masing2 pulak ada shawl kat leher..agaknya baru beli kot aku tengok sepesen je semua.

Tapi yang frustnya semua gambar kat sana missing in action...sedehh

KOLAM AIR PANAS PORING

Last sekali destinasi terakhir kami untuk haritu adalah KOLAM AIR PANAS PORING



Tiket masuk RM3 tapi untuk pengetahuan korang tiket KINABALU PARK tadi tu kita boleh guna balik..nasib baik dapat info awal2 jimat la sikit..hehe

Ramai je orang bermandi manda berendam kat sana, seronok pulak tengok kalau lah kami pun bawak baju salin...hmmm

Kami sempat rendam kaki je dalam air panas tu..

So, itu sahaja cerita untuk hari kedua kami kat kundasang..

Malam tu carik makan kat KFC jelah.

Oh ye..korang penah tak makan biskut GERY MALKIST SALUT yang perisa cheese & coklat tu yang viral kejap aritu?


Haa..kat sini murah tau..tak sampai RM3 pun satu pek..jadi kami ambik keputusan beli terus 2 karton boleh bawak balik sini...yelah aku pernah beli kat sini satu pek RM5..

Balik hotel tido sebab besok nak gerak balik KK dah..

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...