Monday 8 December 2014

LGK Trip 2014 :: DATARAN LANG + MH1447..

Hari Ketiga (AHAD / 30NOV14)

Last entri untuk LGK trip akhirnya. Last tempat yang wajib singgah adalah DATARAN LANG. Kalau tak datang  & pose kat sini tak LANGKAWI lah namanya...heheh

Pepagi aku dah mengerah ahli rombongan kesana dengan alasan..nanti kalau lambat2 orang dah ramai, panas & susah parking (motif nak parking free je). Kitorang kemas bag siap2 tapi belum checkout lagi sebab standby takut ada yang nak terkucil pulak nanti..boleh menyinggah dulu.

Pukul 8 pagi camtu kami dah terpacak kat sini....matahari pun baru nak senyum time nih...

Ehh...MIRROR LAKE...puii


Welcome...dari jauh ku berlari mengejar mimpi2....


Punyelah stress nak ambik gambar sebab silau dia buatkan gambar jadik gelap..tak cantik langsung...



Dataran Lang ni dirasmikan oleh TUN MAHATHIR..




Singgah sarapan dulu kat kedai yang sama dengan pesanan makan pagi ni untuk tengah hari terus tau, so makan banyak2 pun takpe sebab bajet dah kering nih...heheh

Singgah hotel ambik bag & terus drive pergi airport....zasss



Yeyyy..berjaya menukar ke flight yang lebih awal..kalau ikutkan flight asal kami depart pukul 3.45 petang. Jenuh jugak kot nak menunggu kat situ beberapa jam, yelah airport dia kecik comel je kan.

Kalau besar macam KLIA @ KLIA2 kena stranded lama2 pun takpe..i loikee...hahahah


Check jangan tak check...oh ye..jgn cuba2 untuk seludup set pisau seramik atau sebagainya dalam bag hand carry ye. Aku tengok banyak je benda2 camtu kat dalam kotak display tu..barang rampasan barangkali..huhu


Boarding already...zzzzz


SELAMANYA...SELAMANYA..SELAMANYAAAA...HARIMAU MALAYA... 

Pstt...kepada pasukan HARIMAU MALAYA, jangan stress sebab kalah dengan VIETNAM 2-1 malam tadi. Kita ada satu lagi peluang untuk membalas serangan khamis ni jadik kita kasik sengaat ok!!! Takmo gadoh2 ok?? GO!! GO!!


Take off....


Bye LANGKAWI...ada rezeki lebih kita jumpa lagi naa....okbai ^ ^

LGK Trip 2014 :: MAKAM MAHSURI + KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP..

Destinasi seterusnya adalah ke MAKAM MAHSURI. Ramai jugak orang time ni..


Harga tiket pun dah jadik RM10 seorang untuk dewasa.


Para2 dayang yang menyambut kedatangan kami...hehehe



Masuk2 je terus jumpa kedai souvenier...cuci mata dulu...


Welcome..welcome..


Ni makam MAHSURI tu...alfatihah


Ada kisah pasal pinggan neh..sadisss + geram.. stori kat bawah ni...hehehe


Cerita dia camni....tarik nafasss hembusss

Pinggan bergambar ni harga dia RM10 je..lagi murah dari kat UNDERWATER WORLD tadi. Aku pun ambik lah satu untuk mak. Mula2 kena ambik gambar pastu staff tu cakap dalam 10-15 minit baru siap jadik dia sarankan kami pegi jalan2 dulu nanti datang balik collect.

Kami pun merayaulah...posing sana..posing sini..klikklikklik. Tup2 bateri henfon adik aku mati time tu sebab banyak sangat ambik gambar, dia pun takde mood lah kebetulan sebab kabel power bank tertinggal dalam keta pulak. So keadaan dah jadik panas + cuaca pun panas pulak time tu. Bertambah membara lah hati dia..hahah

Pastu masa nak balik aku tanya "GAMBAR" dah ambik ke?? Adik aku jawab dengan konfidennya "Dah ambik dah". Oklah fine..kami pun terus lah balik ke KUAH.

Dah balik hotel, tanya mak mana pinggan bergambar yang kat MAKAM MAHSURI tadi saja nak tengok. Mak aku cakap mana ada ambik. Rupanya adik aku dah salah faham masa aku tanya gambar dah ambik ke belum tu maklumlah jawab dengan hati yang marah..grrrr

Chessss...maknanya pinggan tu tinggal kenangan jelah kat sana...huhuh

Moral of the stori dengar soalan baik2 dulu baru jawab ok....huhuhu



Ramai orang cuci muka dengan air dari TELAGA MAHSURI ni..sejuk katanya..



Ada jugak jual air yang telah diproses dari TELAGA MAHSURI ni sebagai air minuman. Harga RM2. Mak aku beli air ni nak bagi kat nenek aku...aku piker lepas ke nak handcarry masa balik nanti..hmmm


Ni pulak rumah MAHSURI. Mak aku suka yang part beranda dapur tu..mak kata sebijik macam umah nenek dulu2 sebab ado JEMOGHE...hehehhe


Bahagian dapur rumah.


Potret Mahsuri disatu sudut rumah..




Ni pulak rumah tok penghulu pada zaman MAHSURI tu..



Ni potret Wan Aishah yang merupakan dari keturunan MAHSURI. Cantik kan??


Adik aku tengah mencuba permainan TENGTENG ni. Kalau masa kecik2 aku panggil game ni DEKCOK KO...heheh



Ayah aku beli minyak gamat 3 dozen nak bagi kat kawan2 masjid beliau...nak bagi kat JKKKKK.



Balik dari sini, kami terus ke BANDAR KUAH sebab mak aku nak beli kain batik katanya. So aku bawak pegi KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP @ KOMPLEKS HIG.  Memang gah tersergam lah kompleks ni kat tengah2 bandar KUAH tu.


Yang bestnya sebelah kompleks ni adalah HOTEL HIG. So sapa2 yang dok hotel ni bestla kan...turun bawah je kalau nak nyoping..











IRFA kirim belikan pemanggang ajaib nih..sebab katanya kat LGK ni murah kan.  Mula2 aku nak belikan yang saiz besar sekali ni sebab harga dia baru RM99. Aku kol Irfa banyak kali nak reconfirm tapi malangnya talian tak dapat dicapai. Check wassap pun offline..dah kenapa???

Mak cakap takpe, kita balik hotel dulu. Nanti dah konfem nak size yang mana baru datang balik beli periuk ni. Dah balik hotel baru dapat tau yang IRFA offline sebab rumah dia banjir kilat. Lagi sket air nak masuk dalam rumah. Tu sebab line takde coverage kat area perumahan dia. Bertabahlah ye bila tengok selipar kasut terapung depan rumah ...huhu


Pagi besoknya kami datang balik HIG group semata-mata nak beli pemanggang IRFA ni. Dah takde brand lain selain HIG & Vantage kat situ, so aku ambik brand HIG jelah sebab memadai dengan bajet yang IRFA peruntukkan..hehe. Kalau tak silap harga dia RM50 ++


Habih dah kisah kami di hari kedua...besok nak balik KUL dah...okbai

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...