Trip kali ni aku pulak yang jadik tour leader...ishh first time ni diberi mandat selalunya jadik ahli rombongan je. Harap2 takde komplen dari ahli rombongan..heheh. Trip kami dianggotai oleh
MA, AYAH, ADIK-ADIKKU yang terchentaaa..
Jadik sebagai tour leader, aku dah siap print itinerary plan untuk trip 03 hari 02 malam kami kat sana tu..cayalah
GO CV..GO CV...
Hari pertama (JUMAAT / 28NOV14)
Ni dia...ahli rombongan
CIKVIVA & FAMILIA ke
LANGKAWI last week..jom kita
ENJOYYYY!!!
Penerbangan ke
LANGKAWI INTERNATIONAL AIRPORT hanya mengambil masa satu jam, jadik hanya sempat makan kacang sepaket & jus epal je. Oleh kerana masa tak mengizinkan maka kami tak sempat pon nak posing satu family sambil berlatarbelakang kan kapal terbang yang macam selalunya orang apdet bila dah sampai
LANGKAWI tu..heheh
YESS...LANGKAWI!!!! AKU DATANG LAGI... ^ ^
Sampai je balai ketibaan
LGK, terus aku contact owner keta sewa yang aku dah booking aritu. Biasalah musim cuti sekolah ni kan, takdelah dapat rate yang semurah hari biasa pun. Aku ambik kereta
MYVI jenis auto je untuk kami berlima...ngam2..
#untunglahsapayangdapathargamurahtu..hihi
Mula2 rasa nebes jugak nak drive...yelah kata tour leader kan. Rupanya senang je jalan kat LANGKAWI ni..pusing2 jumpa jugak sebab ada banyak signboard. Tak sesat pom. Psstt..adik aku cakap ayah puji aku cekap bawak keta walaupun banyak kali salah jalan....hahahaha
Destinasi seterusnya kami ke
ORIENTAL VILLAGE dengan satu tujuan iaitu untuk merasai kegayatan menaiki
CABLE CAR ke
GUNUNG MAT CHINCHANG tu.
Info : Ketinggian GUNUNG MAT CHINCHANG adalah setinggi 713 meter (2339 kaki)
Okay mari kita tengok apa yang ada kat sini...
Masa ni dah pukul dah pukul 1 tengah hari aku rasa, matahari dah kat atas kepala...kesian kat mak ayah aku..yelah dah kilauan emas kan..huhu
Banyak kedai souvenier kat
ORIENTAL VILLAGE ni...macam2 ada. Aku sempat rembat ni je untuk koleksi..
Adik2 aku nak pulak naik benda ni...lantak korang lah..jangan lemas sudah..
Extra lagi RM10 sebab print gamba jugak untuk kenang-kenangan..
Ramai giler orang time ni. Masing2 tengah tunggu waktu giliran nak masuk kedalam tempat menunggu..aku punya time kat tiket tu pukul 2.30 petang. Berapa jam pulak nak ambik masa untuk naik & turun tu.
Mak & ayah aku takmo naik kabel car ni..gayat kot. Takpelah..jangan dipaksa kang lain jadiknya. Tapi takkan taknak naik pulak sebab adik 2/2 orang tu nak naik.
So aku slow talk ngan mak, aku cakap proses nak naik kabel car ni memang makan masa sket sebab ramai orang, jadi sementara kami naik tu mak dengan ayah pegi lah jalan2 kat tasik/kedai kat bawah tu, kalau rasa dah panas & boring sangat tu pegilah duduk dalam keta bukak aircond tunggu sampai kami turun balik..
Tiket naik cable car
SKYCAB + DOME untuk seorang adalah RM20 untuk dewasa & RM15 untuk kanak-kanak. Tapi dengan syarat kena tunjuk
IC..
Bukti
SKY CAB + DOME
Kalau dulu kita terus je naik kabel car kan? Tapi sekarang ada
DOME pulak untuk kita transit sementara nak tunggu giliran naik kabel car tu.
Apa yang ada dalam
DOME ni ye? Ada show 3D kat dalam bilik tu yang konon2nya kita ni tengah naik roller coaster kat atas gunung mat chinchang, gayat jugak rasanya...
Dah keluar
DOME tu kena beratur balik untuk naik kabel car ni. Sapa nak sewa binokular @ teropong ni pon boleh murah je harga dia..tapi aku tak ambik pon..hehe
Okay, jom kita naik....bismillah
Bye mak ayah...doakan kami selamat naik & turun ye..
Kami transit kat platform pertama tu. Tak sangka ada
SURAU kat situ, rasanya dulu takde..(
atau aku yang tak perasan..huhu) terus kami ambik peluang solat Zohor kat situ...
Walaupun kipas tak function tapi takpelah sebab kat atas tu dah sejuk..
Plan asal nak singgah ke
MAKAM MAHSURI, tapi tengok dah masing2 dah kepenatan & kepanasan, jadik aku tukar plan terus ke bandar
KUAH carik hotel
CENTURY REST INN.
Aku book hotel bajet ni guna booking.com. Kira bolehlah...mampu milik. Cuti sekolah takyah nk dok hotel best2 nanti over the bajet..heheh
Masa aku book atas nama
LANGKAWI REST INN, dah sampai sini jadik
CENTURY REST INN pulak..
Ruang lobi yang selesa. Pastu receptionist dia ramah & sangat helpful..
Deko hotel sebijik cam tadika..sebab ceria sangat.
Aku ambik satu bilik katil queen & satu bilik 3 katil single. Kami 3 beradik dok bilik triple tulah..sorang dapat satu katil...baru adil. hahaha.
Bilik asal dua katil macam ni. Tapi bila kami bagitau yang aircond tak function terus staff tu bagi kami bilik yang triple tu.
Oleh kerana kebanyakan bilik2 kat sini kecik2 comel, jadik SURAU ada disediakan kat tingkat 2.
Nak dijadikan cerita malam tu adik lelaki aku demam pulak. Jenuh mencarik klinik satu bandar
KUAH tak jumpa, banyak yang tutup. Ayah aku dah membebel, kedai je banyak klinik takde..ye bukan semua klinik bukak 24 jam. Last2 jumpa jugak sebijik atas pertolongan staff farmasi kat situ..alhamdulillah..walaupun Q punya lama mungkin sebab tu satu2nya klinik yang bukak malam tu.
Balik tu singgah makan kat kedai tomyam depan hotel je..terbayang2 seafood masa tu...huhu
Okay, tu je kisah kami di
LANGKAWI untuk hari pertama...kita sambung esok pulak..okbai.