Thursday, 14 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: JALAN-JALAN KE MERCU TANDA KOTA LONDON..

Selesai makan, kami mula bergerak ke LONDON CENTRAL

Jalan kaki dari rumah ke bus stop EDGWARE ROAD, boleh naik bas yang bernombor 98 untuk ke MARBLE ARCH. Guna OYSTER KAD tadi je touch kat bas scanner...tettt


Tu dia...landmark yang menjadi kegilaan ramai orang...PRIMARK. Misi kami nak terjah PRIMARK ni dulu sebab nak memborong shopping bag yang macam IRFA beli haritu..murah giler 1.50 GBP je satu. Tapi sayang masa kami pegi bag camtu dah xde stok dah..huhuu


Comel2 je keychain dia...tapi aku tak beli pon...nyesal ahh..


Okay jap...meh sini aku nak kenalkan minah kedai souvenier ni. Dia sambut kami dengan meriahnya masa kami berjalan melintas jalan turun dari bas.

Terus dia cakap "HOLAA...MALAYSIAN...WELCOME!! I AM ROSMAH... motiff???
Pastu pandai pulak dia cakap melayu tuh..sebok lah dok suruh kami beli souvenier..harga murah2 dia kata boleh nego..


Oklah..kita lupakan memori itu sekejap.

Ini lah dia MARBLE ARCH. Sejarah?? Emm..i donno. Just nak bgtau yang je yang kami dah sampai sini...hehe. 

Jalan ke depan sket sebab kami kena naik bas tu kat area HYDE PARK.


Ok, ni HYDE PARK. Masa ni tak ramai lagi orang bersantai dan beriadah sebab masih awal pagi. IRFA cakap taman ni happening bila petang2...


Disini aku kenalkan ahkak2 opis aku...senior aku ni semua ni, keja dah nak masuk 30 tahun dah masing2 kat airline ni tapi nilah kali pertama dapat jejak kaki ke LONDON ni..


Naik je BIGBUS tu terus capai headset & raincoat, ambik banyak2 sket...standby di masa akan datang...ngeeee

Kami hanya lalu di PICCADILLY CIRCUS ni, tak turun pun. Tengok ramai giler orang kat sini..wahhh happening uu..


First hentian kami di TRAFALGAR SQUARE. Selfie kasut itu wajib k..


Selfie termahal kami...masa ni aku rasa sangat berbaloi2 sebab tak lupa bawak MONOPOD ni. Mana2 view yang aku rasa menarik terus aku halakan batang monopod ni, sampaikan mat saleh semua jeles tengok aku time tu...hihihi


Aku selalu cakap apa laa matsaleh ni..tempat dia pon sebok je nak bersesak2 dgn tourist mcm kita. Walhal aku lupa yang matsaleh itu bukan smuanya duduk london oii. Dorang tu datang dari serata dunia...muka je matsaleh..huhuu


Ni artis jalanan yang ada kat situ. Mula2 tengok macam pelik & hairan camana dorang boleh stay duduk camtu. Ni aku lakaran selepas aku scan baju dorang...hehe


Kitorang jalan2 kat situ sambil membeli belah di kedai souvenier lagi. Aduhaii..kakak2 ku sekalian..berapa lama daaa dorang ni nak menyinggah..hmmm tarik nafasss

Singgah makan roti dulu sementara jalan2 mencarik hentian BIGBUS HOHO yang seterusnya..

Beskal kat sini cam best je...agak2 Malaysia kalau buat servis camni..ok tak??


Ok, jumpa dah LONDON EYE ni. Kami memang takde naik mana2 yang ada entrance fee..maklumlah trip bajet je katanya..hukhukk



LONDON EYE & BIG BEN HOUSE OF PARLIAMENT.





Merentasi LONDON BRIDGE is FALLING DOWN..FALLING DOWN..



Sejuk giler masa ni..tapi kami gigih jugak duduk kat seat atas. Bayangkan kalau kami datang sini musim salji..lagi parah kan...hehehe

sumber dari google
BAYSWATER

Last destinasi untuk hari pertama adalah ke BAYSWATER ROAD. Ramai orang advise kalau nak carik souvenier murah2 sila ke BAYSWATER sebab ia lebih murah daripada kita beli kat central tu. Blogger pun ada cakap camtu..seriusss....


Memang murah kot sebab contohnya kat sini TS london tu (bagi aku lah) boleh dapat dengan harga 9GBP untuk 2 helai. Aku ingat lagi masa pegi PARIS last year..haramm nak jumpa selai T'S dengan harga 10Euro.

So kalau sapa tersampai ke area sini, aku sarankan korang  try pegi kedai ni. Nama kedai QUEENSWAY BOUTIQUES. Kedai dia kat sebelah kiri jalan sebelah metro station.

Bag London tu pon kami dapat 4 bijik dengan harga 10 GBP. Masing2 memborong sampai habih stok kat kedai tu..hahah.Yelah ahkak2 kan suka bag camtu leh isi barang2 pasar @ kelas mengaji.


Masa dah nak balik tu tetiba hujan pulak. Last2 terpaksa ambik tren ke MARBLE ARCH & pastu naik pulak untuk balik ke CHURCH STREET. Penat jugaklah sebab kena menapak sambil mengangkut hasil borongan masing2..huhu

Bersambung.....

Tuesday, 12 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: MH2 KUL/LHR + UMI LONDON HOMESTAY..

Alhamdulillah...dah seminggu kami kembali ke tanah airku yg tercinta ni..harini baru aku sempat nak mengarang serba sedikit kisah perjalanan aku & 5 lagi sahabat ke bumi Eropah pada awal May haritu. Almaklumlah aku masih lagi ada dalam mood JETLAG....heheheh

Kami ber ENAM berangkat ke LONDON pada malam 01 hb May (Jumaat) bersamaan cuti Hari Pekerja..jadi kami punya banyak masa sebelum ke KLIA malam tu.


Ekceli aku tak reti sangat nak bawak bekalan makanan yg macam mana..so aku bawak jelah yang aku rasa patut. Nasik segera pun aku bawak jugak, beli kat kedai Airport tu je.

Penerbangan kami kesana menaiki pesawat A380..tapi kami terpaksa dok asing sebab aku saja bagi can akak2 lain merasa duduk kat seat upper deck. Macam biasa keja lah, melayan movie lah keje aku selama penerbangan tu selain tido.

Best cite ni 99 CAHAYA DI LANGIT EROPA..saje ambik feel Eropah gitu. Selain dari cite WILD..perempuan yang berbekpekes sebab nak rawat kesedihan hatinya...


Inflight meal yang menjadi pilihan aku semestinya NASIK walaupun malam tu aku dah dinner dengan Nasik putih, Tomyam Campur, Telur dadar & Sambal belacan kat kedai tomyam area rumah aku...heheh


Sarapan NASI LEMAK + SAMBAL UDANG


Selepas menempuhi penerbangan selama 12 jam aku rasa akhirnya kami selamat sampai kesini..alhamdulillah...


Angin sejuk Kota London terus menampar pipi aku....sejukk suhu berapa ntah..


Mula2 kami kena carik stesen underground dulu & topup OYSTER KAD sebelum naik public transport dorang. Kami decided untuk topup kredit sebanyak 2O GBP sorang, nanti kalau tak habis guna boleh refund. Oh ye kad Oyster kosong tu berharga 5GBP.

Tapi kami dah beli siap2 masa kat Malaysia kebetulan ada colleague yang tak sempat nak refund masa beliau kesini bulan lepas. Kami beli dengan harga RM25 satu.

Kad ni tak boleh share macam ISTANBULKART tu. Haritu kitorang tengok drebar bas tu tak bagi 2 orang mamat Turki ni naik bas sebab dorang nak touch kad tu 2 kali untuk 2 orang.


Tanya direction nak ke EDGWARE ROAD sebab kami sewa bilik kat sana. Direction senang sangat tapi kami je yang agak pening..maklumlah kat negara orang...huhu

 .
Dari Heathrow ambik PICCADILLY BLUE LINE --> EARL COURT --> tukar tren ke --> EDGWARE ROAD 


Keluar dari stesen tube EDGWARE ROAD tu kami carik direction ke BLACKWATER HOUSE, CHURCH STREET. 


Jalan straight je sampai jumpa signboard besar ni...CHURCH STREET MARKET. Kat situ ada pasar tani..ada macam2 dorang jual kat situ..kitorang beli stroberi je...


Kami sewa bilik di rumah UMI LONDON kat BLACKWATER HOUSE. Betul2 berhadapan pasar tani tadi..sama tempat dengan bilik yang IRFA duduk masa dorang pegi sana haritu. Oh ye..kat sini banyak restoren halal arab. Jadi tak susah untuk carik makanan halal. Aku harap kami sempatlah nak merasa kebab kat sana..hehe


Rumah ni ada 4 bilik tido, 2 bilik air dan dapur. So pandai2lah bawak diri ye. Kami dapat bilik yang sama dengan bilik IRFA haritu. Masa kami pergi..jumpa ramai Malaysian yang stay kat situ. Bilik tu kecik je jadi dengan kami berENAM yang size COMEL tu...ngam2 jelah..hahah.

Tapi yang penting sebab boleh masak2. Yelah kami kena habiskan makanan dalam tin kami tu..berat nak mengangkut ke AMSTERDAM pulak lepas ni..


Sebelum memulakan perjalanan, kena isi perut dulu. Next plan adalah carik kat mana ada hentian BIGBUS HOP&HOPOFF LONDON tu sebab kami dah beli online tiket dia haritu. Pass untuk 2 hari pakej sekali dengan THAMES RIVER CRUISE. Harap2 sempatlah kami nak merasa semua tu, sebab petang besoknya kami dah kena bertolak ke AMSTERDAM.


Okay kita makan dulu...nanti kita sambung lagi...zzzz

Tuesday, 21 April 2015

VIETNAM Trip 2015 :: HARD ROCK CAFE HCMC..

Tak tau nape aku kena tulis ni sebagai tajuk entri...huhu

Okay, kisah kami di pagi Sabtu (18Apr15). Bilik kitorang yang xde tingkap jadik tak sedar yang hari dah cerah. Tengok jam dah pukul 7 lebih. Alamak...kite kena cepat ni sebab petang dah nak balik Malaysia. Masa itu EMAS sangat kat sana.

Hotel ni provide breakfast kat cafe roof top. Kami ambik set yang light2 jelah. Roti keras kosong + telur separuh masak + stroberi jem + butter + teh o panas.


Destinasi seterusnya sebelum BEN THANH MARKET di bukak adalah ke HARD ROCK CAFE HO CHI MINH dulu. Tambang 50000 VND (RM8) untuk satu taxi, naik ler ramai2...heheh

HARD ROCK CAFE pun x bukak lagi sebab kami tersampai awal sangat. So lepak2 ambik gambar dulu kat depan kedai. Yang best tu sebab ada free wifi kat depan tu, so lepas selfie boleh terus upload FB..hahaa


Dorang beli selai sorang baju HRC ni. Tapi yang tak best sebab dorang tak accept RM. Dorang hanya nak USD @ VND je. Terpaksa lah aku dgn adik mencarik money changer kat area situ.

Apapun ada baiknya jugak aku kena carik MONEY CHANGER tu sebabnya jalan punya jalan akhirnya aku sampai jugak kat bangunan bersejarah POST OFFICE dorang tu. Alaaa.... yg selalu ada dalam travelog kalau ke VIETNAM tu. Dekat je dengan HRC tu rupanya..seberang jalan je..


Dah siap sesi soping menyoping kat situ. Tahan teksi untuk balik ke BEN THANH. Merayau lah kami serata pelusuk dalam market tu carik barang masing2.

Singgah makan lunch kat restoren AMIN HALAL ni dulu. Rasa seram pulak nak masuk restoren yang ada aircond ni selepas malam tadi..tu yang kami pilih kedai ni. Ramai je Malaysian makan kat situ. Lokasi di hadapan RESTOREN HAJAH BASIROH.


Kami akhirnya berpecah...check point terakhir kat hotel. Tapi sebelum balik...harus pekena KOPI AIS kaww ni untuk kali yang kesepuluh....hmmmm


Balik hotel untuk final packing..bag makin beranak-pinak..heheh


Kami gerak ke airport dalam pukul 2 lebih sementara menunggu flight kami MH759 yang akan berlepas pukul 4.40 petang..


Doa banyak supaya beg kami tak kena tahan dengan pihak airport sana tu. Lagipun bukan banyak sangat kami borong haritu, orang kata just nice je....tapi dalam hati risau gak..hehehe


Okbai....

Monday, 20 April 2015

VIETNAM Trip 2015 :: CU CHI TUNNEL TOUR..

Alhamdulillah..perjalanan singkat kami @ 03 Musketeers ke BANDAR HO CHI MINH, VIETNAM jumaat lepas berjalan seperti yang dirancang. Aku, IRFA & adik lelaki kami merangkap bodiguard abam sado berlepas ke HCMC dengan menaiki flight MH750 di pagi Jumaat itu.


Ekceli ni adalah trip pertama adik aku ke obersi katanya, tu pon selepas IRFA berjaya mempengaruhi beliau untuk buat pasport haritu. Adik aku cakap sepatutnya first trip untuk seorang backpakers adalah KRABI dulu. Tapi takpe, kami bawak pegi nyoping kat Vietnam dulu ye dik...hahahah


Sesampai je kami ke HCMC, terus carik bas ke BEN THANH. Tiket bas seorang masih lagi 5000 VND. Campur bagasi semua..total tiket kami adalah 30000 VND.

Trademark bulatan kuda di BEN THANH dah takde..teringat sebab penah bergambar kenangan kat situ dulu. Tapi yang penting...kite pekena KOPI AIS dia dulu......terbaik!!!


Okay, perkara pertama yang kami plan adalah...carik hotel & tour ke CHU CHI TUNNEL. Aku & IRFA tak pernah berpeluang ke sana sebelum ni sebab trip kami hanya mampu STUCK di dalam @ kedai2 disekitar BEN THANH sahaja...hahaha

Tapi kali ni atas permintaan adik aku, kami realisasikan jugak hajat beliau.

Kami ambik bilik untuk 3 orang kat KIM HUONG HOTEL. Kenapa hotel ni yang jadik pilihan? Ntahlah masing2 punya keselesaan. Kami dah 3 kali dok sini..so far OK JER..


Oh ye..berbalik pada kisah TOUR CHU CHI TUNNEL kami tadi. Kami ambik tour tu melalui hotel sahaja dengan kos 14USD seorang termasuk tiket masuk. Tour hanya  ni mengambil masa setengah hari (1PM - 5PM) tidak termasuk perjalanan pergi balik dalam masa 2-3 jam yang bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Apa kami buat dalam bas..adalah ZZZZZZ

Bas akan berhenti rehat & rawat di kilang membuat kraftangan ni dulu dalam masa 15 minit. Sambil rehat boleh cuci mata kat showroom dia...cantik2 semua handmade kraftangan dorang. Tekun betul dorang nak belek satu2 semua tu..

Contohnya ni yang di buat dari kulit telur..


Selepas 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai kat sini...terletak dalam kawasan kebun getah. Kena menapak jugak untuk ke kawasan tunnel tu. Tapi seronok dapat tengok keadaan sebenar & kesusahan para VC (VIET COM) di zaman perang dorang.



Lebih kurang macam nilah rupa tunnel tu..



Aku tak masuk pon dalam tunnel tu...ishh tak sanggup aku. Bukan apa takut tetiba sesak napeh pulak, lagi susah semua orang..ni semua pic acah2 saje...heheheh


Balik dari tour, masing dah kelaparan sebab tengah hari tu tak sempat nak makan dulu. So kami pilih lah untuk dinner kat RESTOREN SERAI ni sebab kebetulan bas kami berhenti betul2 depan restoren ni.

Review : SEDAP sebab memang tengah lapar giler..ngeeee


Ekceli kami tak pernah try makan kat restoren kat sana pun sebelum ni. Almaklumlah, kadang tu kami bawak bekal je & lagipun pernahlah jugak terjadi kes terlupa nak makan bila dah bizi menyoping..hehehe..

Adik aku belanja kami dinner malam tu. Celik sket mata beliau bila tengok bil malam tu...hahahah..

Lepas makan balik hotel dulu, mandi rehat dulu sebelum keluar balik untuk ke BEN THANH NIGHT MARKET @ PASAR MALAM BEN THANH...barulah HAVOC..HAVOC...



Okay, kita sambung besok pulak...

Malam tu kami ditemani dengkuran masing2 yang sudah kepenatan terlampau....krohhkrohh....

Salam 2025

Salam 2025 Alhamdulillah selepas 05 tahun baru berpeluang datang balik ke dunia tipu-tipu ni sebagai tanda empunya diri masih lagi bernafas....