Wednesday, 16 July 2014

Kisah berpuasa di HCMC..

Weekend lepas kami HCMC lagi. Tak pernah pulak aku berjalan-jalan time bulan puasa ni..dah la time tu tak berapa sihat, tekak perit je sepanjang hari. Jadik takdelah merasa minum kopi ais vietnam yang sedap di tengah2 hari yang panas terik tu..


Masa kat dalam balai berlepas KLIA tu, sempat berkenalan dengan seorang hamba ALLAH ni. Kakak tu baik betul sebab dia tak lokek pun berkongsi pengalaman berniaga. Dia ajak kitorang terus pegi ke rumah peniaga champa tu sebab boleh borong banyak dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai2 area Ben Thanh tu.

Lagipun ramai orang cakap kalau bulan puasa, area Ben Thanh tu dah tak semeriah hari2 biasa sebabnya ramai peniaga islam champa yang cuti berniaga. Maklumlah bulan puasa kan, ramai yg pergi teraweh kot..alhamdulillah.

Meh nak belanja sket suasana kat rumah pemborong tu..heheh


Rumah dia bortingkek-tingkek..penuh dengan stok baju bajan. Sebelum kitorang datang kemas elok je rumah dia, bila kitorang dah start memunggah tu terus rumah dia macam kena tsunami..heheh.

Selesa sangat sepanjang kami berada kat sana. Aku paling suka surau dia..besar & selesa, rasa nak lelap je dalam tu..heheh. Kami solat Jamak terus kat situ sebab takut tak sempat pulak sebab belum carik hotel lagi.

Dah sampai Ben Thanh, kami stay kat Hotel Kim Huong je sebab dekat dengan market. Malam tu berbuka kat hotel tapi cuma alas perut dengan roti sandwich tuna/ayam yang kami tapau dari dalam flight pagi tu je. Nasib baik elok lagi..heheh


Lepas solat maghrib, barulah keluar ke pasar malam sambil mencari makan sekali tapi singgah sekejap di rumah Hajah Maridam sebab kakak aku nak tukar stock baju jubah dia.

Hajah menjemput kami makan makanan ala vietnam gitu. Menurut blogger kak mulan, menu ni dipanggil Banh Uot. Rupa macam kuetiew kering dengan sos ikan, pastu ada daging & cendawan/ tauge. Tak tau nak describe camane rasa dia..hihih


Kami makan jelah sebab memang dah lapar pun time tu, yelah lagipun kami kan berbuka makan roti sandwich je tadi. Baru plan nak makan Pho Mee tapi takpelah takde rezeki malam tu..huhu

Kami balik keesokan harinya, dengan flight MH759 SGN/KUL. Dorang baca doa banyak2 masa kat kaunter check-in tu semoga semua urusan dipermudahkan...hahah. Alhamdulillah ALLAH SWT mendengar doa kami..


17 comments:

  1. Replies
    1. Idzwa,
      Rindu apa ye? Kopi atau bunyi bising hon kenderaan dorang...hehe

      Delete
  2. kempunan nak makan pho, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,
      tulah, kedai basiroh tutup lah, renovate

      Delete
  3. mcm baik kampung dah HCM dgn CV

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknieda,
      heheh..takde rupa orang sana pon sebenarnya...mcm rohingya mungkin..heheh

      Delete
  4. Wowww..CV ....pergi 2 hari 1 mm je..mmg betul2 g shopping je nih..kat mana rumah champa yg kakak tu bawak...rezeki CV tu tak perlu berpanas di Ben Than..nik dah boleh gelar HCM kg ke dua CV sbb ada tu Seoul kg ke dua mereka heee

    Byk pasang lah raya tahun nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Kita tetap nk pg korea..tapi kalau pg pon rasannya sekali tu jelah kot..heheh

      Delete
  5. wowwwwww gi shopping ke HCM......
    buat jual ke CV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZANA..
      saya yang menjual, hihi

      Delete
    2. kakzana,
      Ha ah..sy saje je menyebok gak ikot irfa pg sana..hihi

      Delete
    3. ohhhhh, online ker or ada bukak booth???

      Delete
    4. DEAR ZANA..
      online je
      cer jenguk hajarcloset.blogspot.com

      Delete
  6. Kat kaunter di sana tu yang selalunya cuak kan? Sebab kerap benar pegawai imegresen buat hal nak paw orang kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,
      Tulah, selalu airport security dia yng suka ngepau..saje nk carik duit ngeteh,,heheh

      Delete
  7. mcm balik kg je ek ke hcmc tu ;p best la shopping sana telekung murah bju pon murah

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺