Thursday, 16 October 2014

PARIS Trip 2014 :: EIFFEL TOWER + RIVER CRUISE

Dari Terminal 2 CDG Airport, kami plan terus ke EIFFEL TOWER tapi terpaksa transit di stesen Chatelet Les Halles kononnya nak carik tempat untuk simpan bagasi sebab apartment kami jauh dari town, tapi takde. Jadik kami terpaksa tumpang letak bagasi kat satu butik Aldo ni atas pelawaan staffnya yang begitu prihatin tengok kami dengan bag2 tu semua. Tapi dengan syarat kena datang balik sebelum pukul 4 petang sebab dia dah habis shift..ok boss


Mula2 kakak aku was2 lah jugak nak tinggal bagasi kat situ, yelah mana lah kita tau maklumlah negara orang kan..(bukan berprasangka buruk cuma sekadar berhati2 je). Tapi sebab dah takde pilihan maka kami tawakal jelah, bawak apa yang penting je..bag baju & makanan semua kami tinggal je kat situ.

Maka perjalanan diteruskan seperti dalam itinerary..


Dari Chatelet Des Halles kami terus ke stesen Bier Hakeim untuk ke EIFFEL TOWER. Ekceli sebelum nak sampai ke sana tu banyak jugak kesahnya tapi biarlah aku simpan dalam kocek baju je..hahahah.



Sampai2 sana je nampak banyak je kedai souvenier ni..macam2 aku rasa nak beli tapi Irfa cakap kat bawah tower tu nanti ada banyak lagi orang jual2 lah..tak yah beli situ..baik puann





Toilet awam jugak disediakan, jangan risau..kalau rasa nak terkucil tu boleh ler singgah tapi diingatkan supaya bawak botol mineral siap2 tau. Aku simpan bahan buangan sampai balik hotel je...huhuhu


First picture with EIFFEL TOWER...BONJOURRR




Ramai orang bersidai kat bawah ni ye. Nak amik gambar yang cantik kena jalan jauh sebab kalau snap dari dekat nampak kaki menara tu je..



Q punyalah panjang beratur nak naik menara besi ni. Hajat di hati nak lah jugak naik sebab alang2 dah sampai sini kan, nak datang lagi tak tau bile. Tapi kalau ada rezeki lebih pun, baik aku pegi tempat lain pulak kan...hehehe



Tapi disebabkan tak sanggup beratur & kesuntukan masa jadik kami decide untuk naik cruise je. Tak dapat naik menara, dapat naik cruise pun jadiklah...best sebab dia bawak pusing sungai tu, segar pemandangan...


Oh ye..kalau rasa beli keychain Eiffel tu banyak2 nak bagi kawan2 opis tu, baiklah korang beli je dengan abam2 penjaja kat sekitar kawasan tu je sebab harga boleh kawtim..beli banyak dapat harga spesel..


Contoh kalau kat kedai souvenier tu, satu keychain tu dia jual dengan harga 0.50 euro - 2 euro seketul. Tapi kalau beli dengan dorang ni boleh dapat 5 ketul keychain dengan harga 1 euro. Aku beli sket je masa tu, pastu balik hotel menyesal tak beli banyak2 sebab lepas tu dah tak jumpa orang jual semurah ni...uwaaaa


Ok jom kita naik cruise pulak..










Inilah dia jambatan yang ada banyak2 padlock cinta tu..



Gigih tau tulis nama IAMCIKVIVA kat kertas konon nak cakap I WAS HERE @ CHECK IN.. ^ ^



Ni kat ruang bawah cruise..ala2 kafe gitu..


Kat jeti tu pon banyak jugak jual souvenier, standby duit je kalau rasa nak beli tu..


Gambar yang paling rare bila aku aka CIKVIVA & IRFA bergabung meletop bergambar dengan berlatar belakang kan EIFFEL TOWER..yeeehaa


Jumpa segugus mangga kat tergantung kat tepi tangga tu..mana ntah sesat benda ni sampai kesitu..agaknya dah tak muat kot nak gantung kat pagar jambatan tu...hihih


Okay..tu saje kisah kami kat EIFFEL TOWER..kejap sangat sebab nak kena balik  sebelum pukul 4 ptg. Rushing sampai tak sempat pun nak sampai dan bergambar kat LOUVRE MUSEUM ni..

Gambar hiasan semata-mata

Kena cepat2 balik sebab nak pergi ARC DE TRIOMPHE & CHAMPS ELYSEES pulak...byee


^ ^

9 comments:

  1. Bestny Cik viva... Jeles tgk org pegi vacation oversee

    ReplyDelete
  2. uols pun dah sampai eiffel tower..iols?ntah dlm mimpi je kut haha

    ReplyDelete
  3. bestnyeeeeee..walaupun pegi 3h2m je kan tp sgtttt berbaloi3..janji boleh jejak kaki kat sana..

    Kite pun dh belajar dr pengalaman..jgn pegi tmpt org yg kite dh pegi utk kali kedua,,,serious rugi sbb bende sama,..hehe

    ReplyDelete
  4. Express betul makan angin macam ini. Tapi kalau cergas sihat pantas tak ada masalah. Masih sempat pergi mana yg dah dirancang..

    ReplyDelete
  5. x puas lah pulak bila terkejar dgn masa ... dah ada kenangan kat eiffel tower lah dia ...

    ReplyDelete
  6. alaaa nape tak naik T.T orang rmai eh.. hurm.. so gamaknya kalau CT pegi nak kena spend at least 1 day lah eh disini sana sebab nak kena que dengan tabahnya. hurm jap.. hahaha bila nak smpai tah :P

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺