Friday 10 October 2014

PARIS Trip 2014 :: MH20 KUL/CDG + A380 + CDG AIRPORT..

BONJOUR!!!

Ini adalah kisah perjalanan pendek aku & IRFA & FAMILIA ke Bandar PARIS minggu lepas. Trip pendek yang hanya mengambil masa 3 hari dua malam sahaja. Memang penat sket sebab rushing tapi oklah dapat jugak jejak kaki kesana.

Budak call centre tu pon terkejut sebab kejap sangat katanya..dia pulak yang risau cukup ke nak jalan2 dua hari tu..heheh


Flight ke Charles de Gaulle (CDG) Airport mengambil masa lebih kurang 13 jam penerbangan dengan menaiki pesawat A380. Konon nak booking seat yang kat upper deck, tapi tak dapat sebab dah penuh, terpaksalah duduk kat main deck tapi tak kesah pun sebenarnya asalkan dapat duduk sekali sebaris.

Kami depart dari KLIA pukul 1130 malam dan sampai ke CDG Airport lebih kurang pukul 7 pagi....magik tak?? hehe.



Ini kali pertama kami nak terbang dengan pesawat A380 ni, sebab buat masa sekarang destinasi bagi MH yang menggunakan pesawat ni hanyalah ke Kota London & Paris sahaja. Nak pegi London tak sempat pulak sebab cuti kami dah tinggal saki baki..kena jimat2..huhu

Dua jam penerbangan kami disajikan dengan makan malam..errr..dinner ke supper ni??..heheh. Makan sambil tengok movie pastu tido, bangun makan, tido balik...ish..ish



Ekceli waktu kat sana dengan Malaysia beza 06 jam, bermakna waktu Malaysia dah pukul 1 tgh hari bila kita sampai kat sana tu...patutla laparrr


Tengok lah betapa jauhnya perjalanan kami merentasi benua walaupun jauh disudut hati ada sedikit gentar bila nampak perkataan KIEV kat dalam map tu..ngeee



Yeyy..dah nak sampai dah. Tak sabar nak merasa angin sejuk kota Paris ni...walaupun sebenarnya tak berapa nak sejuk pun...huhu


Okay..akhirnya kami selamat mendarat..syukrann. Sakit pinggang oii...



Jom kita tengok camana rupa CDG airport ni. Adakah secantik KLIA2..hihi



Tudia..bersimpang siur dia punya laluan. Unik jugak aku rasa sebab laluan dia menggunakan tube2 macam ni..dah macam kat angkasa lepas pulak..


 Ini pulak laluan tren untuk ke terminal 2 & 3.


Okay ambik bag dulu ye..baru boleh meneruskan perjuangan..

 

Nampak tak bag FROZEN itteww?? Nak jugak sikecik tu bawak trolley bag..


Ini pulak masa kat TERMINAL 2. Kena beli tiket tren kat sini dulu, korang boleh beli kat kaunter atau pon guna mesin hijau ni. Jangan risau sebab ada staff yang boleh assist anda cara nak beli tiket guna mesin tu..bonjourr



Ni dia tren pass untuk satu hari perjalanan, tak kesah nak turun naik kat mana sekali pon..belasah je. Sesuai sangat jika ada berlaku kesesatan atau tersalah naik tren..hihi


Tengok map sket....ngeeee...haram aku tak paham..


Next entry untuk kisah perjalanan kami ke EIFFEL TOWER & ARC DE TRIOMPHE..

21 comments:

  1. wahhh bestnyeee..3 hari 2 mlm????...serioussss???..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falsya,
      Tulah..kejap sangat kan..macam pg LGK je kaedahnya..huhu

      Delete
  2. Sempat juga dlm masa singkat ke Eiffel Tower
    Tapi mesti kenangan mesti manis cuma penatlah sikit
    Hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      Manis bak gula melaka..tapi kejap sangat..byk lagi tempat tak sempat nak cover..

      Delete
  3. wow..seronoknye walaupon percutian yg pantas

    ReplyDelete
  4. Bestnya..... walaupun singkat percutiannya.

    ReplyDelete
  5. betul gak tu ... dlm kapal pun dah lebih 10 jam . janji dpt tgk paris kan ...

    ReplyDelete
  6. Paris??? Meleleh air liur weh... entah bila nk g jugak nih...

    ReplyDelete
  7. wah mcm balik kampung kekdahnya

    ReplyDelete
  8. uols pergi paris ke?
    bestnyeeeeeee even 3h je pung
    cite skit pasal harga

    ReplyDelete
  9. yg penting dah sampaiii Paris kan syokkk nya....

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. syieda,
      Tulah..sy pom kompius kenapa kejap sangatt...huhu

      Delete
  11. rindunya parissss wawawawawaaaa

    ReplyDelete
  12. wah, dah sampai paris..jeles2..huhu
    berapa harga tiket untuk sorang pegi sana?

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dpat tengok tempat orang kan? Nice trip :)

    ReplyDelete
  14. sekejapnya..??! kalau CT p sekejap itu balik malaysia meroyan jadinya hahaha

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...