Wednesday 3 December 2014

LGK Trip 2014 :: MH1438 + ORIENTAL VILLAGE + CABLE CAR + CENTURY REST INN..

Trip kali ni aku pulak yang jadik tour leader...ishh first time ni diberi mandat selalunya jadik ahli rombongan je. Harap2 takde komplen dari ahli rombongan..heheh. Trip kami dianggotai oleh MA, AYAH, ADIK-ADIKKU yang terchentaaa..

Jadik sebagai tour leader, aku dah siap print itinerary plan untuk trip 03 hari 02 malam kami kat sana tu..cayalah GO CV..GO CV...


Hari pertama (JUMAAT / 28NOV14)

Ni dia...ahli rombongan CIKVIVA & FAMILIA ke LANGKAWI last week..jom kita ENJOYYYY!!!


Penerbangan ke LANGKAWI INTERNATIONAL AIRPORT hanya mengambil masa satu jam, jadik hanya sempat makan kacang sepaket & jus epal je. Oleh kerana masa tak mengizinkan maka kami tak sempat pon nak posing satu family sambil berlatarbelakang kan kapal terbang yang macam selalunya orang apdet bila dah sampai LANGKAWI tu..heheh

YESS...LANGKAWI!!!! AKU DATANG LAGI... ^ ^


Sampai je balai ketibaan LGK, terus aku contact owner keta sewa yang aku dah booking aritu. Biasalah musim cuti sekolah ni kan, takdelah dapat rate yang semurah hari biasa pun. Aku ambik kereta MYVI jenis auto je untuk kami berlima...ngam2..  #untunglahsapayangdapathargamurahtu..hihi



Mula2 rasa nebes jugak nak drive...yelah kata tour leader kan. Rupanya senang je jalan kat LANGKAWI ni..pusing2 jumpa jugak sebab ada banyak signboard. Tak sesat pom. Psstt..adik aku cakap ayah puji aku cekap bawak keta walaupun banyak kali salah jalan....hahahaha


Destinasi seterusnya kami ke ORIENTAL VILLAGE dengan satu tujuan iaitu untuk merasai kegayatan menaiki CABLE CAR ke GUNUNG MAT CHINCHANG tu.

Info : Ketinggian GUNUNG MAT CHINCHANG adalah setinggi 713 meter (2339 kaki)



Okay mari kita tengok apa yang ada kat sini...


Masa ni dah pukul dah pukul 1 tengah hari aku rasa, matahari dah kat atas kepala...kesian kat mak ayah aku..yelah dah kilauan emas kan..huhu




Banyak kedai souvenier kat ORIENTAL VILLAGE ni...macam2 ada. Aku sempat rembat ni je untuk koleksi..




Adik2 aku nak pulak naik benda ni...lantak korang lah..jangan lemas sudah..


Extra lagi RM10 sebab print gamba jugak untuk kenang-kenangan..



Ramai giler orang time ni. Masing2 tengah tunggu waktu giliran nak masuk kedalam tempat menunggu..aku punya time kat tiket tu pukul 2.30 petang. Berapa jam pulak nak ambik masa untuk naik & turun tu.


Mak & ayah aku takmo naik kabel car ni..gayat kot. Takpelah..jangan dipaksa kang lain jadiknya. Tapi takkan taknak naik pulak sebab adik 2/2 orang tu nak naik.

So aku slow talk ngan mak, aku cakap proses nak naik kabel car ni memang makan masa sket sebab ramai orang, jadi sementara kami naik tu mak dengan ayah pegi lah jalan2 kat tasik/kedai kat bawah tu, kalau rasa dah panas & boring sangat tu pegilah duduk dalam keta bukak aircond tunggu sampai kami turun balik..





Tiket naik cable car SKYCAB + DOME untuk seorang adalah RM20 untuk dewasa & RM15 untuk kanak-kanak. Tapi dengan syarat kena tunjuk IC..


Bukti SKY CAB  + DOME



Kalau dulu kita terus je naik kabel car kan? Tapi sekarang ada DOME pulak untuk kita transit sementara nak tunggu giliran naik kabel car tu.


Apa yang ada dalam DOME ni ye? Ada show 3D kat dalam bilik tu yang konon2nya kita ni tengah naik roller coaster kat atas gunung mat chinchang, gayat jugak rasanya...


Dah keluar DOME tu kena beratur balik untuk naik kabel car ni. Sapa nak sewa binokular @ teropong ni pon boleh murah je harga dia..tapi aku tak ambik pon..hehe



Okay, jom kita naik....bismillah



Bye mak ayah...doakan kami selamat naik & turun ye..


Kami transit kat platform pertama tu. Tak sangka ada SURAU kat situ, rasanya dulu takde..(atau aku yang tak perasan..huhu) terus kami ambik peluang solat Zohor kat situ...


Walaupun kipas tak function tapi takpelah sebab kat atas tu dah sejuk..











Plan asal nak singgah ke MAKAM MAHSURI, tapi tengok dah masing2 dah kepenatan & kepanasan, jadik aku tukar plan terus ke bandar KUAH carik hotel CENTURY REST INN.

Aku book hotel bajet ni guna booking.com. Kira bolehlah...mampu milik. Cuti sekolah takyah nk dok hotel best2 nanti over the bajet..heheh

Masa aku book atas nama LANGKAWI REST INN, dah sampai sini jadik CENTURY REST INN pulak..


Ruang lobi yang selesa. Pastu receptionist dia ramah & sangat helpful..


Deko hotel sebijik cam tadika..sebab ceria sangat.


Aku ambik satu bilik katil queen & satu bilik 3 katil single. Kami 3 beradik dok bilik triple tulah..sorang dapat satu katil...baru adil. hahaha.

Bilik asal dua katil macam ni. Tapi bila kami bagitau yang aircond tak function terus staff tu bagi kami bilik yang triple tu.


Oleh kerana kebanyakan bilik2 kat sini kecik2 comel, jadik SURAU ada disediakan kat tingkat 2.


Nak dijadikan cerita malam tu adik lelaki aku demam pulak. Jenuh mencarik klinik satu bandar KUAH tak jumpa, banyak yang tutup. Ayah aku dah membebel, kedai je banyak klinik takde..ye bukan semua klinik bukak 24 jam. Last2 jumpa jugak sebijik atas pertolongan staff farmasi kat situ..alhamdulillah..walaupun Q punya lama mungkin sebab tu satu2nya klinik yang bukak malam tu.

Balik tu singgah makan kat kedai tomyam depan hotel je..terbayang2 seafood masa tu...huhu

Okay, tu je kisah kami di LANGKAWI untuk hari pertama...kita sambung esok pulak..okbai.

19 comments:

  1. Replies
    1. ANUM,
      SERONOK SEBAB DAPAT BAWAK MAK AYAH PG JENJALAN..

      Delete
  2. emm ada potensi nak jd tour guide
    cik, bila ada trip lagi ye?
    sy nak booking utk 5 orang, nak rega kasih sayang tau
    sila pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS,
      NEXT YEAR ADA BUAT TRIP KE SEOUL..SILA PM REGA ...SERIBU PERHEAD...=P

      Delete
    2. emm yelah tu
      mana2 destinasi semua rm1000
      untung ler

      Delete
  3. la..cmane boleh demam?sebab sejuk naik cable car kot(sendiri tanya sendiri jawab)..sy tak pernah lagi naik cable car gunung mat cincang ni..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAL,
      DEMAM SEBAB PERUBAHAN CUACA BARANGKALI..CEWAH.. NANTI KALAU PG LANGKAWI TRY LAH NAIK..GAYAT JUGAK MASA DLM KABEL CAR TU...

      Delete
  4. brapa hrga hotel tue...
    byk dh improve cabel car tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZARULFARHANA,
      MURAH JE...BELOW SERATUS...BOLEH LA KAN...HIHI

      Delete
  5. bila sampai langkawi harus naik cable car .

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKNIEDA,
      SY TIAP KALI PEGI MESTI NAIK KABEL CAR NI..PADAHAL SAMA JE..HEHEH

      Delete
  6. OK jugalah jadi tour guide adik-adik dan mak-ayah.
    Cakap ayah tu betul juga kedai banyak klinik satu - payahlah jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKZAKIE,
      BETUL KAK...HARI MINGGU KOT, TU YANG KLINIK BANYAK TUTUP..

      Delete
  7. Replies
    1. KAKZANA,
      CUTI2 MALAYSIA PULAK KITA KALI NI..PENUTUP 2014..HEHEH

      Delete
  8. Ahahhaha..teringat time bercuti ke sini dgn family dulu..takot gila kot naik cable car tuh..tinggi..ila dia berenti...goyang2 sbb angin kuat..rasa nak turun time tu jugak..tp eh...camn..redhoo je...
    abah i siap tutup muka dgn topi..ekekkekee..now nampak dah lain di situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CATZ,
      MULA2 PAKSA JUGAK SUH MAKAYAH NAIK TU..SEBAB NAK SUH DORANG MERASAI SEJUK KAT ATAS PUNCAK GUNUNG TU..TAPI DAH TAKNAK..TAK BERANI. TU YANG KITORANG TERPAKSA TINGGAL KAT BAWAH TU...RASA GAK BERSALAH SEBENARNYA..HEHEHE

      Delete
  9. cantik view dr atas tu ... terpesona jap ...

    ReplyDelete
  10. bila dpt bwk mak ayah bejalan sonok nye la hati kan dpt mengembiran kan hati mereka

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...