Wednesday, 25 June 2014

WW :: Majlis Sambutan Ramadhan..

Tajuk kemain lagi Majlis Sambutan Ramadhan tapi post gambar makanan...camno tu haa?? hehehe

Potluck tapi menu utama Nasi Beriani Gam ditaja oleh kelab berwajib..alhamdulillah =)


Lagi 03 hari...yeyy

Monday, 23 June 2014

Kisah di EH EH BAZAAR 2014..

Excited kuar rumah awal, kami gerak dari Nilai ke Serdang pukul 7.30 pagi, sekali dah tersalah simpang masa otw tu..huhuhu. Malas nak stori lah pasal tu..buat senak perut je..hehehe.

Akhirnya kami sampai jua disini..

sumber dari google
Kami park kereta dekat dengan betul2 dewan Maeps tu. Parking memang banyak walaupun kami agak lewat sket dari peniaga yang lain.



Shuttle bas disediakan secara percuma untuk para pengunjung dari kawasan parking orang ramai terus ke depan dewan. Hari kedua kami naik shuttle ni sebab dah takleh masuk ke parking vendor. Ekceli kami memang datang sebagai pengunjung pun..datang tengok2 apa yg menarik & berbaloi untuk di borong di hari terakhir bazaar.


Layout untuk panduan pengunjung.


Para artis yang turut serta memeriahkan bazaar & mempromosikan produk masing2. Jumpa ramai jugak artis haritu, tapi takdelah nak berselfie dengan dorang pun.


Dah macam rupa dewan exam dah..

SEBELUM

sumber dari google

Jom layan gambar semasa hari kejadian..dua hari (Sabtu & Ahad)

SELEPAS




Macam mana aku snap gambar kat bawah ni? Hahaha...tulah gunanya monopod..hulur tinggi2 pastu snap..



Terjebak beli sambal hijau kat gerai kak leha lepas tengok duta produk (Datuk JH) dok promo kt atas stage. Kebetulan member opis kirim tolong belikan kalau ada nampak produk keluaran Heritage ni..




Mencuba nasib untuk cabutan bertuah, tapi tak berapa nak lucky. Ramai yang bertuah tapi ada yang tak menyahut, agaknya ada yang dah balik kot. Sementara tunggu next lucky draw kami lepak je depan stage tu tengok artis perform.

Ramai jugak artis yang perform & promosi booth dorang tapi aku takdelah sempat nak snap semuanya. Dorang2 ni jelah yang bertuah sebab mampu menjadi mangsa bidikan kamera henfon aku..heheh


Heliza Helmi sedang men"demo" kan cara mengayakan shawl dari booth beliau. Cantik sangat beliau bila tengok depan2..(mata besar macam watak anime). Pastu kelakar mengalahkan raja lawak dah..hihi



Hafiz Hamidun ni kecik je orangnya.. #sesuaisangatdenganheliza...heheh.

Hmm...tapi kan, ada orang tu siap dapat lunch dengan Hafiz lagi secara tak sengaja..bikin panas je tau. Dah la kitorang tengah lapar time tu... cc : IRFA


Tengok tangan mc tu dah macam gaya Mr Karam Singh Walia dah..

Kalau ada sumur di ladang..boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi..
Rasa sayang ehh..ehh..ehhh


Amirika dengan produk sabun pencuci keluaran company beliau. "Amir, betul ke pencuci pakaian anda boleh mencuci beribu pakaian dari Malaysia merentasi Singapore??  =P


Tu je cerita kami di EH EH BAZAAR weekend haritu. So far, aku rasa lagi ramai peniaga daripada pengunjung sebabnya belum gaji kot..stress kejap. Tapi memang meriah giler bak hang...ramai jugak yang datang cuci2 mata saja bawak anak2 jenjalan kat situ.

Penutup cerita, terimalah gambar selfie kami dengan tema Ada Apa di Atas yaww...


 ^ ^

Friday, 20 June 2014

Jom ke EH EH BAZAAR 2014 di MAEPS, Serdang..

Assalamualaikum...

Jika anda berkelapangan weekend ni, jom bersama memeriahkan jualan EH EH BAZAAR pada 21 & 22 JUNE (Sabtu / Ahad) yang diadakan di Dewan MAEPS, Serdang.

Jom support IRFA @ HAJAR CLOSET dan bisnes partner beliau ni booth RH 12.

Ada ramai artis katanya, so jangan lupa bawak monopod sekali tau..heheh


Jumpa anda disana ye..terima kasih ^ ^

Thursday, 19 June 2014

Sarapan..

Dah lama kot aku tak post gambar sarapan. Dulu kan hari2 aku post cerita pasal makanan, sampai adik aku pon perli, takde la cite lain ko nak stori  kan asik2 pasal makanan je...huhu

Pagi ni singgah beli nasik kerabu paru & telur masin. Kos sarapan harini RM4.50.


Okay tu je nak cerita harini...boleh gitu??? hahah
cc: adik-adikku

Tuesday, 17 June 2014

Selepas 100 hari..

Selepas 100 hari misi pencarian pesawat MH370 yang dikatakan hilang & berakhir di Lautan Hindi pada 8hb Mac lalu, aku masih lagi berharap semoga ada keajaiban yang berlaku..inshaaallah



Monday, 16 June 2014

Anti sosialkah aku??

Sebelum2 ni aku cuma ada grup whatsapp utk adik beradik je...situlah tempat kitorang nak share hal2 semasa. Tapi kalau berkaitan isu2 sensitif terpaksa lah PM..nanti ada yang sentap la pulop...ngeeee


Baru2 ni aku telah di'invite' masuk ke grup wassap ex-schoolmate masa form 6. Mula2 ok laa...aku layan je sembang2 kosong kt situ. Tapi lama2 aku rasa agak rimas bila ada sesetengah individu yang suka post2 gambar yg tak membantu sel2 otak berhubung..#whatthefish

Pastu berborak sampai notification naik sampai ratus2..mmglah aku x baca pun..tak kuasa mak nak =(
Mana tak banyak, budak kelas lain berborak sama classmate dorang kat situ jugak, dahla aku tak geng dgn dorang dulu...mmg takleh masuk korum lah.

Haritu ada sorang hamba Allah ni dh left grup, dah jadik issue pulak, sapa yg left tu, apasal dia left...blablabla. Nak je aku reply, yelah, mamat tu quit sebab dia bizi nak memikerkan hal negara dari melayan borak kosong korang tu...

Aku pun rasa besok2, lau aku left grup ni...konfem aku pulak jadik bahan sembang dalam tu kot...

#perlukeadagrupwassapni???
#padapendapatanakugrupwassapnibanyakmerapuje
#itupendapatanakupendapatankorangakutaktaulah
#masingmasingpunyapendapatan...

Thursday, 12 June 2014

Dan PEMENANG GIVEAWAY IST by CIKVIVA adalah...

Terima kasih banyak2 kepada yang sudi nak join GA by CIKVIVA last week. Harini kita cabut undi ye kawan2..


Sebelum tu CV nak share link kawan2 yg join..anda super comel lah.. =)
  1. http://penceritamaya.blogspot.com
  2. http://kopiolimauice.blogspot.com
  3. http://www.eidashazana.blogspot.com
  4. http://syawalsimpsons.blogspot.com
  5. http://therainbowjourney.blogspot.com
  6. http://ladybermimpi.blogspot.com
  7. http://zakiepurvit.blogspot.com
  8. http://jarimanistravel.blogspot.com
  9. http://catzcafe1.blogspot.com
  10. http://chequesuechekgu.blogspot.com
  11. http://nolyzulkeply.blogspot.com
  12. http://jnjikita.blogspot.com
  13. http://cempakabiru-nieda.blogspot.com
  14. http://happyirfa.blogspot.com  (penyertaan tak valid sbb ada unsur2 sedara mara..heheh)
==============================================
(Pemenang telah di pilih berdasarkan random.org)

So, pemenang top 5 untuk GIVEAWAY IST adalah no 2, 12, 1, 4, 11
  1. http://kopiolimauice.blogspot.com
  2. http://jnjikita.blogspot.com
  3. http://penceritamaya.blogspot.com
  4. http://syawalsimpsons.blogspot.com
  5. http://nolyzulkeply.blogspot.com


Tapi oleh kerana CV pun baru balik dari  HO CHI MINH CITY, maka mereka yang tak dapat gift dari ISTANBUL akan dapat gift jugak tapi dari HCMC nanti...okay takk??

Jadi, diharap semua pemilik blog @ peserta giveaway diatas boleh meng"email' kan alamat anda kepada saya di vivalove83@gmail.com secepat mungkin..

Akhir kata, terima kasih untuk semua...love u olls..

Tuesday, 10 June 2014

Saigon @ HCMC...aku datang lagi..

Misi kali ni selepas setahun tak kesana..(kumpul duit banyak dulu..hehe) adalah nak mencarik baju kurung siap dalam sekodi camtu hah..bukan nak berniaga tapi nak pakai pegi keje hari2. Dah bosan dengan koleksi baju kurung cotton yang sedia ada (macamlah banyak sangat pun selama ni..huhh)

Bukannya takde jual kat sini, tapi rasa macam harga sedikit mahal berbanding kat sana. Yelah, kalau nak dikirakan tiket flight memang la rasa tak berbaloi kot. Rasanya harga tiket return dah boleh beli 10 pasang baju ..hehe, tapi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke Saigon jugak tahun ni...ada aku kesahh


Currency rate (6hb June 2014)

1 USD = RM3.26
10000 VND = RM1.50 (Aku tukar RM10 je, so dapatlah 60000 VND.

Flight kami pukul 9.05 pagi (8hb June 2014).  Aku pergi bertiga, dengan Irfa dan kawan beliau (kak ani). Penerbangan MH750 berjalan lancar, kami disajikan dengan Chicken Sandwich pagi tu, i tot dapat nasik lemak udam, rupanya dah tukar menu..huhu


Ceria sebab masih pagi..semua excited nak memborong katanya. Sampai airport sana kami terus je carik bus stand nak ke Ben Thanh. Boleh je naik teksi Vinasun tu tapi apa salahnya berjimat sket sebab masih awal lagi. Trolley bag pun kosong lagi, senang nak hangkut naik turun bas..takde masalah.

Kalau sapa2 nak naik bas, senang je. Korang keluar je dari arrival hall tu. terus pergi ke sebelah kiri dan jalan terus ke sampai nampak bas yg bernombor 152..kat depan bas tu ada tulis destinasi BEN THANH.


Tambang sorang 5000 VND. Trolley bag pun dia caj 5000 VND jugak. Takpelah baru berapa berapa ringgit duit kita berbanding nak bayar tambang teksi tu. So, happy kan je diri naik bas awam ni..just enjoy the view..hehe

Bas ni akan berenti kat stesen bas Ben Thanh, so kena usaha sket lah tarik bag nak seberang jalan untuk ke dereten hotel2 yang ada kat situ. Cross je jalan tu bila nampak jalan agak clear, inshaallah dorang takkan langgar kita sebab dari jauh lagi dorang akan bunyikan hon kuat2..so cepat2lah melintas..

Kami memilih untuk stay kat Kim Huong Hotel, betul2 mengadap pasar Ben Thanh. Kami ambik bilik yang agak besar sket sebab itu je pilihan yang ada..sebab hotel lain penuh & demand. Takkan nak pergi survey semua hotel yang ada kat situ kot..so pejam mata je..heheh


Misi pertama, carik baju cotton, jubah, telekong, kain ela dulu..




Suasana pasar malam Ben Thanh..meriah je macam selalu, tapi aku takde beli apa pon kat sini...just cuci2 mata je sebab aku borong baju cotton siap kat area depan Kedai Hjh Basiroh tu je. Kedai tu bukak waktu malam je..tokey dia melayu champa..


Macam goreng pisang panas dah baju2 cotton siap kat situ..berebut orang melayu nak carik saiz masing2. Aku punya size L tak banyak pilihan pun sebab dah banyak habis masa aku pegi tu, tapi boleh jugaklah aku borong penuh satu trolley bag tu...heheh.


Pasni sebulan aku pegi keje pakai baju baru je..jangan jeless ^ ^

Pagi besok kami sarapan kat hotel je sebab dapat free breakfast. Jangan risau inshaallah halal sebab takde pilihan dah..yang ada cuma roti kosong, telur rebus je dengan teh o je...


Lepas sarapan kami keluar lagi ke Ben Thanh nak mencarik apa2 yang patut. Aku dah rembat trolley bag Samsonite sebijik semalam sebab nak isi hasil tangkapan kat sana..hehe. Aku datang melenggang bawak sling bag je tapi balik bawak trolley bag & backpack..canerr?


Dulu dah penah borong kat kedai ni, tu yang rasa nak repeat order je kat sini. Sabar je auntie ni melayan karenah kami. Dah la mintak diskaun giler2..tapi yang bagusnya dia bagi ke tak bagi je, dia takde pon nak marah2 & maki macam peniaga muda2 kat situ. Tapi so far dia bagi je tapi korang kena wat muka kesian sket..(muka kesian dia sebalik bintang smile..hihi)

Oh ye...kedai bag auntie ni bernombor 627..kalau korang masuk ikut pintu 3 lagi senang nak jumpa..banyak jual bag Kipling..macam2 pattern.. #nanticakapsayapembacabelogcvmestidiabagidiskaun...hehehe

Sebelum balik ke airport kami sempat ke Kedai Hjh Basiroh sebab nak makan Pho Mee. Harga semangkuk RM10, Pepsi sebotol RM2. Dia punya cili...wowwww..pedas meletop


Lepas makan tengok ada lagi balance 30000 VND, tanya budak kopi cukup tak kalau nak beli kopi ais secawan? Dia cakap yess..enough..only 20000 VND iaitu bersamaan RM3.

Sedap giler kopi ice dia...kawkaw..hebat2 rasa kopi cukup rasa. Banyak kali jugak aku minum kopi ice ni haritu...sebab sedap sgt..


Belen lagi 10000 VND aku bagi kat budak comel si penjaja jalanan ni. Femes dh budak ni sebab dah masuk dalam blog brader M.A.S tu harini pasal kisah budak penjaja Vietnam yang boleh pandai cakap banyak bahasa tu. Dia tak habis2 dok pesan kat kitorang, jaga baik2 bag tu kakak, sini banyak orang pickpocket..terima kasih ye Lily.

Sekali lagi muka terpaksa diedit sebab aku tak ready masa tu..hihihi


Kami balik naik last flight pukul 7.30 malam tu..walaupun perjalanan singkat tapi dah cukup padat dah bagi kami..ada rezeki lebih boleh datang lagi..


Gud bye HCMC, tahun depan kita jumpa lagi..inshaa Allah..  =)

Friday, 6 June 2014

Cara-Cara Melipat Stoking..

Dah jumpa satu cara melipat stoking selain dari menggulung je. Aku rasa cara ni lebih efektif sebab mesti takkan ada masalah tak jumpa carik pasangan...(bukan pasangan hidup ye..hehe). Malah cara melipat ni nampak lebih kemas dari yang biasa. Sila cuba lipat stoking anak2 anda balik nanti..


Kredit untuk yang sudi share tutorial ni.. ^ ^

Wednesday, 4 June 2014

GA :: GIVEAWAY IST 2014 by CIKVIVA..

Assalamualaikum...

GA by cikviva dah kembali.. =)


Ekceli takdelah GA sangat pun, saja nak bagi kawan2 ada sedikit souvenier yang aku beli kat sana haritu. Tapi disebabkan hadiahnya limited edition, maka terpaksa lah aku mengadakan giveaway ni..heheh

Cara nak join senang je..semudah ABC

1 )Taip SAYA NAK & tinggalkan LINK BLOG ANDA  di ruangan komen.
2) 5 pemenang yang bertuah akan dipilih secara random.

Tarikh luput : 11hb June 2014

Terima kasih, sudi2kanlah menjoinkan diri ye...

Yang Ikhlas 
CV  ^^

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 6 (LAST DAY + MH31 IST/KUL)

Hari terakhir kami di bumi TURKI..

19 May 2014 (Isnin)

Sarapan nasik lemak bersama2 kat atas rooftop lagi pagi Isnin tu. Walaupun sambal tu semua dalam tin punya..sedap giler rasa time tu..


Kami check out macam biasa pukul 12 tgh hari, tapi sempat lagi pagi tu dorang ni keluar ke bazaar area Sultanahmet tu nak shoping last minute. Balik rumah ngam2 je dengan transport datang nak pikap. Mulalah kelam kabut nak mengangkut bag dari tingkat satu turun ke bawah..

Airport dia tak macam KLIA, kita masuk je terminal dia terus kena scan bag..pastu barulah boleh pegi check in. Flight kami berlepas pukul 3 lebih waktu sanaa & dijangka sampai ke Malaysia pukul 6 pagi (waktu Malaysia).





Lepak makan bekalan dulu sementara nak masuk ke dalam balai berlepas.



Selamat tinggal Istanbul, ada rezeki kami datang lagi..

2 perkataan yang kami belajar kat sana..

Giris - Masuk
Cikis - Keluar


Hidangan dalam kapal terbang aku haritu dengan tema no nasik untuk makan malam.. tapi harus pilih nasik lemak untuk sarapan..becoz we are Malaysian..hahah


Selamat pulang ke MALAYSIA...rindunya kat kamoo..


Terima kasih sebab sudi membaca kisah perjalanan CV ke ISTANBU..semoga anda happy... ^ ^

Nota kaki : Dah takde idea nak tulis..tepek gambar je.. peaceee!!