Wednesday, 20 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: KEUKENHOF TULIP + MANNEKEN PIS, BRUSSEL..

Masih lagi di hari pertama kami di AMSTERDAM. Memang padat giler aktiviti kami haritu. Sampaikan bila kami balik hotel pukul 3 pagi, staff hotel terkejut sebab kami belum sempat masuk ke bilik lagi haritu. Nasib baik dia dah siap2 hantar bag kami ke bilik sebelum kami balik. 

TULIP @ KEUKENHOF

Pada mulanya kami memang berhajat ke ladang KEUKENHOF, tapi setelah diracun pemikiran aka dipengaruh oleh PAK JUSUF tadi dengan janji yang beliau akan membawa kami ke ladang tulip jugak tapi bukan di KEUKENHOF..jadi kami OK jelah.

Arghh..tak kesahlah, janji tulipnya sama tapi FREE gituu...ngeeee



Keterujaan masing2 terserlah bila tengok ladang tulip yang berkembang mekar cantik tu...aaaa terus histeria..



Putih..putih melati
Merah..merah delima..
Siapa yang baik hati pasti ku terima..
lalalalaa.....




Jadik artis bollywood kejap..


Seterusnya kami ke BRUSSEL. Tapi sebelum tu singgah balik ke rumah PAK JUSUF dulu untuk solat sebelum memulakan perjalanan kesana.

Tapi sebelum tu kami singgah beli STROOPWAFEL ni kat satu pasaraya kat sana. Sebelum tu kakak opis aku beli STROOPWAFEL ni kat depan KEUKENHOF tu dengan harga 3 paket 10 Euro.


Pastu uncle tu marah kenapa beli kat situ & tak tanya dia dulu, tu sebab yang dia bawak kami singgah kejap kat pasaraya dekat rumah dia. Harga sepaket stroopwafel tu cuma 85 sen Euro sahaja...what the fishh...

BRUSSEL, BELGIUM

Perjalanan kami kesana mengambil masa lebih kurang 2 jam. Macam biasalah, aku terlelap dalam perjalanan kesana.


Ini adalah GRAND PALACE BRUSSEL. Tapi kami tak sempat sampai sini..huhu

GOOOOGLE
Kami sampai ke bandar BRUSSEL dalam pukul 9 malam. Tapi alhamdulillah masih lagi cerah. Jadi sempatlah kami ke ATOMIUM BRUSSEL.

ATOMIUM BRUSSEL


Ni gambar bukti kami dah sampai sini...


MANNEKEN PIS

Yang ni pulak patung budak kecik kencing yang di panggil MANNEKEN PIS tu. Aku pun tak tau sejarah asal patung ni & kenapa dia boleh shishi di khalayak gitu..biaseee dia tuh..hehehe

Ingatkan besar sangat patung ni..rupanya kecik je..



Singgah makan BELGIUM FRIES yang dikatakan sedap tu. Ekceli rasa kentang tu sama je bagi aku..huhu


Tapi waffles ni memang sedap, kenyang sebab size dia besar. Harga seketul 1 Euro je, tapi kalau yang ada topping meriah macam gambar kat bawah tu lain la harga dia..


4 ketul untuk 10 Euro..pilih sampai juling bijik mata. Aku beli FM tu je..yang toyol shishi takde lah aku beli..harommm..


BRUSSEL dalam kenangan. Tak sangka sempat jugak kami kesini...


Perjalanan balik kami ke AMSTERDAM agak mencabar sebab hujan lebat sepanjang perjalanan ditambah pulak dengan lewat malam.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel pada pukul 3 pagi. Ngam2 waktu subuh (kat sini subuh awal) jadik lepas solat terus tido sampai matahari naik..heheh

20 comments:

  1. waaaaaaaaa bestnyer.... tang tulip tuh... alahai rasa cam nk mintak keje kutip bunga tulip lak....

    stroopwafel tu rasa dia camne? sodap sgt ke? nsb lah pakcik tu baik kalu tak tertipu korang ngn harga 3 ketul 10 euro sedangkan blh dpt banyak lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NORHIDANA,
      Stroopwafel tu macam biskut wafel..dalam tu ada honey, karamel atau jem..sedap makan dengan kopi o..
      Tulah, kami dah terbeli..memang sepanjang jalan kena kutuk dgn uncle tu...heheh

      Delete
  2. meremang bulu roma tengok ladang tulips

    ReplyDelete
    Replies
    1. K/SERI,
      Alamak kalau rasa meremang tu bunga harum sundal malam kak...hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. CHEQDA,
      Merasa la jugak kesini..walaupun kejap je..

      Delete
  4. Akak rasa nak golek-golek, baring-baring kat ladang tulip tu cikviva.. geram tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAHAYA HIDUPKU,
      Cantik sis....merah kuning pepel smua ada...tapi takde bau kot...hehe

      Delete
  5. bila lah nak sampai europe ni...
    nanges... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. NNHAS,
      Takpe..mane tau ada rezeki nanti..hihi

      Delete
  6. boleh tahu tak anggaran kos ? tolak tiket flight je.

    sebab macam best sangat baca cerita ni.

    pak jusuf tu memang boleh dihubungi atau hanya kenalan terdekat je ?

    terima kasih. hepi je dia jalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM IZZUDIN,
      Pak Jusuf tu aktif kat facebook..so awk boleh pm beliau..Tq
      Facebook :: MUHAMMAD JUSUF SOKARTARA

      Delete
  7. lawa ....boleh sesat dalam ladang tulip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. K/NIEDA,
      heheh...takdelah kak, sebab kawasan dia lapang..tpi kalau dalam ladang tulip KEUKENHOF tu mungkin kot...

      Delete
  8. Salam.. mcm mana kemudahan untuk solat di tempat public ? Insha allah kami akan ke sana jumaat ni 6 june ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. AM !,
      Hi..kami singgah di rumah tour guide untuk solat jamak dahulu.

      Delete
  9. kalo p time spring mmg kena p la ke kokenkof tu kan.. kalo dak mmg rugi. time CT p autumn.. xde la tulips.. tulip
    kayu je ada hehe..

    manneken pis tu xyah p xpe.. lol..!! toyol shishi je haahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT,
      Mula2 mmg plan nk g Keukenhof, tapi last2 tak jadik...tu yg pg ladang tulip je tu..
      toyol tu tak senonoh tau..shishi kat khalayak..hahaha

      Delete
  10. Salam,

    Tour to Brussels tu by Pak Jusuf jugak ke? Berapa Kos ya?

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...