Masih lagi di hari pertama..
KLONGHAE FLOATING MARKET
Aku anggap ni adalah trademark kalau sapa2 datang Hatyai wajib singgah sini untuk merasai kemeriahan pasar terapung ni.
Bas parking tepi jalan besar sebab so kena menapak untuk ke sana.
Berfoto kenangan.
Meriah tak? Tu kat bawah...kat atas jambatan ni pun meriah korang..ada live show..
Majoriti pengunjung kat sini aku rasa orang malaysia..rasa macam kat market malaysia dah.
Dia punya ramai tu ibarat nak kena selak orang baru nampak peniaga dan makanan kata kakak aku.
Harga kebanyakan murah2 je..20-100 baht camtu. Tapi nak membeli tu memerlukan kesabaran sebab terlalu ramai.
Gambar makanan pun x sempat nak ambik..terus ngap je masuk mulut.
Ini kat bahagian atas. Kat sini pun padat..jalan berselisih bahu. Kena pulak time tu hujan..dah macam anak ayam masing2 mencari tempat berteduh.
Sotong bakar ni harga 50 baht sekor..
Masa ni dah turun dengan lebatnya..
No plat kereta tulisan thai..tak sempat nak beli buat kenangan.
Setel sudah kat situ..destinasi seterusnya paling di nanti2 kan oleh semua..nak tau ke mana kita neyyy?
LEE GARDEN HOTEL
Seronok betul masing2 bila dapat masuk hotel akhirnya. Kalau ikutkan jadual trip kitorang sepatutnya check in hotel dulu kemudian baru ke Floating Market. Tapi atas persetujuan semua tukar plan sebab kalau dah masuk hotel dulu konfem2 makan masa nak bersiap keluar balik. So better setel semua dan last baru check in.
Lampu so malap..memang sesuai sangat nak tido sampai pagi.
Memang selesa sangat hotel ni..cuma wifi kat bilik tak sampai connection. Kalau nak free wifi sila lepak di lobi hotel.
Bilik macam aku cakap tadi memang selesa rasa macam nak tido je. Tapi takkan kita nak mensia-siakan malam kita kat sana. Ekceli malam dah kira aktiviti bebas..so terpulang masing2 nak kemana.
Kami follow tourleader kami ke Lee Garden Market
LEE GARDEN MARKET
Dari hotel ke Lee Garden kami berjalan kaki..agak jauh tapi takpelah bukan selalu kan.
Kalau sapa stay kat LEE GARDEN PLAZA memang sangat untung sebab market tu bawah hotel je..
Hotel kami tu jauh sikit..tapi so far okay je..
Ole2 pun banyak jual kat sini..harga paling murah yang aku nampak 80 baht utk satu set keychain/fm.
Terbeli la jugak sebundle dua bag kecik hatyai kat sini..
Ini kat area jual makanan.
Dia punya sesak kat gerai ni memang tahap tolak berhimpit..orang nak membeli sama ramai dengan orang yang nak ambik gamba..hehe
Udang viral ni harga dia 300 - 450 baht. Kalau yang paling besar tu sekor je dah 400 baht. Kitorang ambik yang kat dalam polisterin tu je..300 baht..jadi lah kan..
Customade passport holder ni 100 baht je..untuk satu case..nama dan satu logo.
Aku beli wrislet jelah..sama jugak 100 baht.
Kitorang just beli set udang galah ni 300 baht (6 ekor) dan nasik khoumok 100 baht.
At least merasa la jugak udang viral ni..yelah nanti dah balik Malaysia takdelah dok teringat. Dah la gambar udang ni asyik keluar je kat fb..
Tamat sudah kisah di hari pertama kami di bandar Hatyai..
Sambung di next entry untuk kisah hari kedua..
ehehehe gambar2 makanan kat sana kan buat rasa nak pergi tuu.. dapnye udang tu !!
ReplyDeletememang ramai sungguh nampak tu. sampai kena selak2 hehe..
Sila la repeat huhu
ReplyDelete