Pagi tu TL ajak sarapan bersama di restoren halal berdekatan hotel..katanya nasik kerabu daging bakar dia padu. Tapi sebab ramai sangat nak kena beratur so aku decide tak join. Besoknya baru kitorang merasa..
MAGIC MUSEUM & 3D
First destinasi adalah Magic Museum. Kat sini ada 3D museum dan Magic Show.
Tiket combo 400 baht sahaja..kalau beli asing jadi lagi mahal. Tapi bagi aku museum 3D tu kalau korang taknak masuk pun takpe sebab kita boleh dan selalu jumpa benda kat banyak tempat di Malaysia..tapi magic show tu wajib tengok tau sebab memang best.
3D museum lebih kurang camni lah..aku tak ambik gambar sangat dalam tu sebab tak pandai nak posing maut. Lagipun tempat tu agak crowded.
Sis lanje mana yang sempat je.
Secara ringkas pasal magic show ni ada beberapa slot contohnya ada part clown..magic trick dan magic show yang level potong2 badan tu. Aku agak teruja lah sebab biasa tengok magic show ni kat dalam tv je..so bila tgk live ni feel lain sket lah..
Ini magician Black Crystal tu..ensem kan? Salah satu daya penarik jugak ni..haha
Sempat jugak bergambar dengan cik adik manis dayang magician
Last sekali macam biasa wajib ada family photo dengan ahli trip.
TANG KUAN HILL / SAMILA BEACH
Kami singgah di Tang Kuan Hill untuk merasa Aiskrim kelapa je..sebelum terus ke Samila Beach
Aiskrim kelapa yang sedap ni harga dia 35 baht je..
Masa ni dah start gerimis dan hujan rintik2 jadi nak berjalan tak berapa syok dah..just turun ambik gambar ramai2 je sebagai kenangan.
Kat Samila pun sama hujan..dah malas nak menapak mencarik cik duyung ni..
Mungkin lain kali kalau ada rezeki lebih kita datang balik melawat awak ye cik duyung..
CHANG PUAK CAMP
Kat sini pun aku hanya sekadar menjadi pemerhati je. Ramai sangat orang sampai ada ahli grup kami yang nak sangat merasa bawak anak2 naik gajah pun tak berkesempatan sebab baru lepas hujan mood gajah tak berapa baik..sejuk..
ALIFF STEAMBOAT & HOTPOT
Restoren persinggahan hari kedua kami yang di atur oleh pihak agen berkonsepkan steamboat "eat all you can"
Harga seorang 230 baht
Ada pelbagai seafood kat sini..walaupun takdelah semeriah kat Klonghae tu..tapi alhamdulillah yang ni pun dah tak tau nak cedok yang mana..
Masing2 dah lapar dari pagi tak makan nasik..
Hotpot macam ni aku tak biasa pakai so agak kekok.
Kat sini ada disediakan tandas dan surau jugak ye. Jadi boleh setelkan apa yang perlu sebab kami akan singgah di Asean Night Market pulak lepas ni.
ASEAN NIGHT MARKET
Masa ni hujan dan makin lebat..boleh dikatakan cuaca tak berapa baik dari tengah hari sampai malam. Memang nak ke tak nak terpaksa redah jugak hujan tu.
Asean Plaza ni ada dua bahagian. Kat bawah tu bazar yang menjual pelbagai jenis barangan macam uptown gitu.
Memang besar kawasan ni..jenuh nak pusing satu market.
Antara barangan yang ada..bag rotan viral..
Hantu casing macam adik memang suka sangat tempat ni..
Kat bahagian atas market ni pulak ada medan selera yang jual banyak sangat makanan dan semuanya nampak sedap. Perut kami masih kenyang lagi dengan buffet seafood tadi jadi kami sekadar beli untuk rasa2 jelah.
Telur sotong ni sayur je banyak..hmm
Ingat pegi Jepun ke nak makan sushi..huhu
Dari sini kami perlu naik tuktuk untuk balik ke hotel. Sempatlah merasa naik tuktuk. Tuktuk kami kecik molek jadi memang menyenget dia bawak kami malam tu.
Contoh tuktuk |
Tambang tuktuk seorang 20 baht. Satu tuktuk boleh naik 8-10 orang bergantung kepada saiz tuktuk dan jugak saiz orang.
Tuktuk tak bergerak ni kat Chang Puak Camp td..sis tumpang bergambar je..
Selesai sudah aktiviti di hari kedua. Jom kita balik hotel kira baki duit pulak.
Jumpa di next entri ye..
rasanya tahun ni ramai sungguh kawan2 share pasal Hatyai. tergoda jugaklah da tengok makanan macam2 kan. tapi kembali takut dengan kes bom. aduhaaai.. kena sentiasa berhati2..
ReplyDeleteRinduuuuuuu
ReplyDelete