Semua ahli rombongan di minta berkumpul kat KL Sentral pukul 8-10 malam. Bas dijadualkan bertolak ke Hatyai pada pukul 10 malam.
So kami (my sis & my adik) bertolak dari Sepang agak awal. Kitorang ke KL Sentral naik Erl je..
RM 18.30 sehala/pax (Salak Tinggi - KL Sentral)
Konon2 backpackers lah bawak bag camni tapi ikhlas cakap sakit bahu oii..
Rombongan cikkiah ke Hatyai.
Ini Cik Ain..kitorang punya tour leader. Beliau tengah bagi briefing sebelum kami memulakan perjalanan.
Ok..ikhlas la aku cakap yang aku memang sangat mengharapkan bas ni macam bas ekspres yang biasa aku naik untuk balik kampung tu di mana kedudukan seat 1:2 macam ni.
Pinjam dari google |
Tapi apakan daya seat bas trip ni standard 2:2 je. So agak kurang selesa jugak bila kita yang bersaiz 'comel' nak mengadap perjalanan 7-8 jam tu. Nasib sebelah tu ada seat kosong sbb ada pax yang akan naik di RNR utara sana.
Naik bas jap je masing2 terus lena..
Kami transit untuk mandi & tukar baju di RnR Bukit Gantang dan singgah solat subuh di salah sebuah masjid kat Padang Besar.
15 DEC 2018 (SABTU)
Pukul 7 kami semua dah beratur kat imigresen Padang Besar/Hatyai.
Nampak signboard ni pun aku dah eksaited..tu belum sampai
Ramai family bercuti kat sini. Maklumlah hujung tahun cuti sekolah pulak tu..
White card ni kami dah siap2 isi dalam bas. So turun bas tu terus beratur.
Kami 3 beradik. Kakak aku jalan single kali ni tak bawak family..sesekali apa salahnya.
Okay..yang ni pulak tour guide kitorang..AbeMat nama diberi.AbeMat ni memang kelakar dan peramah sangat. Yelah kalau sombong berlagak camana nak keje tour guide kan..
First sekali kami singgah makan sarapan merangkap lunch kat kedai makan Kak Piah ni. Konsep dia nasik campur macam kat malaysia jugak..tapi sup daging dia not bad..sedap kena pulak dengan sambal belacan dia...paduu
Sedikit info :
Simkad ni harga dia 100 baht.. data unlimited. Kitorang pakai ni je kat sana..share hotspot..hehe
Sebelum terlupa aku nak share kadar tukaran wang myr - baht pada masa tu adalah
100 baht = 12.80 myr
Dan lagi satu pada yang tak tau waktu kat sini lewat satu jam dari Malaysia.
Selesai makan perjalanan diteruskan.
Misi hari pertama seperti berikut :
1- Bee Farm
2- Nora Plaza
3 - Ranu
4 - Kaysorn
5 - Klonghae Floating Market
6 - Lee Garden Market
BEE FARM
Kat sini kami diberi taklimat mengenai kebaikan madu dan produk2 berasaskan madu. Kira macam tempat wajib la untuk mana2 trip pakej kot sebab banyak bas stop kat sini dan agak padat dengan pengunjung.
Ini adalah contoh sticker yang ditampal oleh individu yang kurang sivik..habis dinding ditampal dengan sticker ni. Sticker ni akan ditampal kat baju bila kita datang.
Sedikit info, sticker ini adalah sebagai tanda survey untuk kerajaan tengok berapa ramai pelawat yang singgah di satu2 tempat tu. Bila dah ramai pelawat jadi kerajaan akan menyalurkan dana untuk memajukan lagi tempat tersebut.
Takde ambil gambar sangat kat sini..nak jimat kodak..hehee
NORA PLAZA & RANU
Nora Plaza adalah gedung menjual barangan kulit yang berkualiti. Tapi ada jual ole2 jugak.
Ranu pulak gedung menjual pelbagai jenis kacang dan produk thai seperti pes tomyam, megi siam dan sebagainya.
Sekadar singgah memenuhi jadual trip je bagi aku..tapi orang lain aku tengok sakan jugak menyoping berkotak2.
7 ELEVEN
Aku lagi berminat dengan kedai ni..katanya kedai ni berhantu kat sana..
Ini salah satu daripada berpuluh ribu cawangan 7E kat sana. Memang sangat menjadi tumpuan terutama rakyat malaysia.
Nak tau apa yang dorang carik kat sini?
Inilah dia yang menjadi kegilaan itu..susu pekat dalam bentuk tiub.
Harga mengikut brand. Contohnya untuk Teapot Coklat ni harga dia 25 baht je.
Yang ini pulak kopi segera Arabus. Harga 35 baht sahaja.
Susu Meiji ni kalau tak silap 25 baht satu.
Hasil tangkapan di hari pertama. Total kerugian kat sini je hampir 500 baht..huhu
Beli untuk kawan2 opis je ni.
KAYSORN
Ini pulak pusat menjual pelbagai barang ole2 seperti tshirt, bag, keychain,FM dan sebagainya. Memang rambang mata tengok..dah set konon taknak beli apa2 tapi akhirnya sis kalah jua. Terbeli tshirt kat sini sebab katanya beli 10 percuma 1.
Keychain
Sedikit info..pada yang nak membeli ole2 tu aku cadangkan korang beli kat area Samila Beach tu sebab lagi mur mur dan jugak dia terima kalau nak guna duit RM. Tapi satu jelah cuma mungkin design kat sana tu tak sebanyak kat sini.
Kisah Floating market aku sambung kat next entri..
hehe selalunya bab tanak membeli tapi terbeli tu memang normal. hehe akhirnya akan tewas juga. btw sedap ke yang teapot tu ? kita makan dengan roti ke ?
ReplyDelete