Wednesday 16 January 2013

SEHARI di BANDAR HO CHI MINH, VIETNAM (Part 2)

---continued---

Perjalanan dari airport ke STATION BAS BEN THANH ambik masa setengah jam jugak sebab keadaan trafik yang agak sesak tu..Kat sini ade lagi yang unik selain trafik iaitu WAYAR KABEL LETRIK dorang yang sangat berserabut tu. Serius masa mula2 tengok memang aku pelik, macammane la staff  TNB dia nak handle tu agaknye...haha

Mula2 sekali kami terjah pasar BEN THANH tu carik kain ela, aku punya target of course kain cotton, bagpack, kain telekung dan sedikit souvenier..

 
Beli borong lagi murah kot, kat pasar tu memang kita akan jumpa orang Malaysia je kat mane2 je tengah sakan bershopping terutama peniaga2 online yang datang ambik stok. Sebab tulah jugak dorang tu boleh paham dan cakap bahasa melayu. Ayat standard "Kakak...banyak murah...cantik2". 


Dorang letak harga gila2 tapi last2 kita boleh dapat separuh harga lepas bargain tu tapi kena pandai la sebab dorang pun lagi bijak..takut nanti kita tertipu tanpa disedari...huhu

Aku dapat semua barang kecuali kain telekung tapi ingat nak pergi BUTIK MINH @ HO ANH je. Tapi sebelum tu pergi carik makan dulu..kitorang menjamu selera di KEDAI MAKAN HAJAH BASIROH yang betul2 di hadapan HOTEL SAIGON PINK tu. .



Kat area situ ramai PENJAJA yang nak menjual barang niaga mereka. Macam dorang jual contoh macam wallet, spek hitam, souvenier, kacang rebus dan sebagainya. Aku tengok kesian sebab berat tu dorang nak bawak benda tu..boleh senget bahu. Kadang tu kesian punya pasal beli jugak. Tapi yang aku tak tahan tu, dia dah nampak kita beli dengan kawan dia tadi tapi dia nak jugak suruh kita beli dengan dia..agak2 la kan, dahla jual barang yang sama pulak tu..

Layan gambar kejap..





Kami balik ke airport pukul 5 (waktu sana) sebab flight balik KLIA depart pukul 6.55 petang. Sementara menunggu tailor kedai kain tadi datang hantar baju jubah yang akak tu tempah. Hebat kan, boleh siap kan 5 helai jubah dalam masa satu hari. Kakak tu terus senyum sampai ke telinga lepas dapat jubah2 tu..risau jugak takut tak sempat..takkan nak datang balik kot..



Sampai Klia pukul 10 malam...penat sangat dan aku rasa ni lah kali pertama dan terakhir aku buat keje giler nih. Paling tidak pun kalau pegi sana memang kena tido semalam kat sana barula tak penat. Lagipun kalau stay sana malam tu boleh cuci mata pergi PASAR MALAM BEN THANH tu...lagi syokk..hahah

Oh ye..lagi satu nak cerita...masa kami sampai kat arrival hall tu agak saspen jugak sebab orang ramai sama macam kat Vietnam tadi..siap sepanduk dan poster bagai...bila aku baca dia tulis... "Welcome to Malaysia  SHINee... Sapekah mereka itu??? Ohh..retis KPOP rupanya...k fine.


Ni jelah yang aku sempat beli kat sana...


Sekiannn..

SEHARI di BANDAR HO CHI MINH, VIETNAM (Part 1)

Actually ini 2nd time aku pegi sana (1st time on March12 tapi mase aku belum ade blog...huhu). Time tu kami sempat jugak la one night stay tapi trip kali pergi balik hari je. So this is called DAY TRIP TO HCMC with CIKVIVA....hehe


Penerbangan dari KLIA ke Tan Son Nhat International Terminal, Vietnam hanya mengambil masa lebih kurang tolak campur dalam 02 jam jugak la. ...


Kami sampai sana pukul 11 pagi tapi waktu dia baru pukul 10 sebab jam dia lewat sejam dari kita. So kita dah jimat sejam. Airport dia takdela sebesar KLIA dan pegawai imi dan kastam dia semuanya serius...tarak senyum punya olang maa....

Kalau yang pertama kali sampai airport ni mesti terkejut sebab korang akan tengok betapa ramai manusia kat arrival hall tu macam nak sambut menteri datang je...tetibe rasa diri ini macam artis lalu karpet merah...serius ramai...


Yang paling aku tak gemar adalah airport toilet dia yang takde paip tu, kena tadah air kat sinki jadi botol air mineral sangat diperlukan di sini..hehe. Biasalah aku sebagai rakyat malaysia haruslah tak selesa sebab toilet kat negara kita kan sangat kaya dan mewah dengan air kadang2 tu sampai takleh tutup..otomatik je air tu flushing...hehe...

Kali ni kitorang try pergi BEN THANH MARKET naik public bas pulak. Kami terjah je naik bas tu sebab ada tulis nama2 tempat termasuk Ben Thanh kat cermin bas tu. Tambang bas kesana cuma VND5000 bersamaan Rm1 je rasanya...kalau naik airport cab pun baru VND127k..takpelah sesekali nak merasa naik public transport kat negara orang..


Aku rasa kat sana motor lagi banyak dari kereta kot sebab banyak giler orang naik moto terutama skuter, tapi yang buat menarik sebab dorang punya helmet tu macam2 pesen. Semuanya comel2 pastu siap pakai mask dan handguard lagi..

Yang aku kagum sebab dorang bawak kenderaan ni tak kisahla motor ke,kereta ke, bas ke, semua sangat bertolak ansur di jalan raya..dorang bagi amaran pakai hon je. Bunyi hon melantun je sepanjang jalan. Trafik agak sesak tapi kalau tengok dari belakang sebijik macam pegi konvoi motor. Tapi yang best sebab masing2 tau bila nak slow dan bila nak laju. Aku tengok ade je yang selamba tukar lane or cross jalan gitu je...tak pulak kena langgar...


Sepanjang jalan tu tengok macam2 dorang jual..ade yang jual kasut, baju, helmet, makanan dan lain2...pendek kata semua orang nak berniagalah..

--- to be continued---

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...