Monday, 12 October 2015

SUKARELAWAN DI HARI SUKAN NEGARA 2015..

Kisah bermula bila salah seorang dari kakak ex opismate aku wassap tanya free tak weekend haritu..sebab beliau nak ajak aku join team sukarelawan untuk satu event sempena HARI SUKAN NEGARA. 



Memang free sangat la kak oii...huhu. Makan tido je aku sebulan dua ni..ngeee.

Khamis & Jumaat kena jaga kaunter kat bangunan KBS @ PUTRAJAYA untuk para peserta aktiviti KAYUHAN @ BERBASIKAL datang collect goodies bag untuk event tersebut. Dalam goodies tu ada plat no, tshirt event & vitamin dari pihak sponsor..


 Di antara senarai nama peserta event..


Penat jugak buat benda ni rupanya..naik cramp pinggang aku dok situ dari pagi sampai ke malam sampai aku rasa dah give up masa first day tu...huhu


Ada beberapa kategori macam 10km, 40km & 120km. Medal finisher tu kami kena distribute masa hari event...sebagai tanda penghargaan kepada para peserta sebab berjaya menghabiskan cabaran.


HARI SUKAN NEGARA ni disambut di seluruh negara. Ada bermacam acara yang berlangsung di lain2 tempat.

Patutlah aku tak nampak kelibat YB KJ haritu...huhu


Peserta untuk kategori 40km dah bersiap sedia di garisan. Yang kategori 120 km aku tak sempat nak tengok sebab dorang start awal sangat pukul 6.30 pagi.


Sediaa...ke garisan...MULAAAA....fewittttt

Nampak tak sebelah tu bekas pelumba basikal negara M KUMARESAN. Masa kecik2 dulu selalu dengar nama beliau..tak sangka event ni rupanya anjuran dari kompeni beliau..


Event ni berlangsung betul2 depan pejabat M.O.F @ PUTRAJAYA.


Panas betul masa ni sampai lengan aku dah jadik 2 tone...huhu

Ada persembahan dari artis juga..iaitu Saleem (Iklim) & salah seorang dari peserta KILAUAN EMAS. Lupa dh nama beliau.


Lucky draw untuk mereka2 yang bertuah...hadiah pun not bad.. antaranya IPONGSIK @ KAMERA GOPRO, LAPTOP, BASIKAL & blablablaaa

Akhir kata...majulah sukan untuk negara...


Tetiba rasa nak beli beskal pulak sebijik...huhuu

5 comments:

  1. heheee kita pun berhari sukan negara jugak. tapi yang daerah Sepang punya.
    Meriah sngt, sampai demam ke diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MK,
      tengok haritu masa otw balik dari pjaya...ramai orng kat iktbn tu..nampak banner hari sukan negara..

      Delete
  2. vitamin tu xnak kasi lah kat kite

    ReplyDelete
  3. kalu minat msti rasa seronok je... tp mlm tu compom rasa nk patah pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..tak penah2 ada pengalaman buat aktiviti camni...tu yg rasa rasa lain macam dia punya penat tu..hehe

      Delete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...