Friday, 30 May 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 3 (BURSA lagi..)

Sambungan kisah kami ke BURSA semalam..

16hb May 2014 (Jumaat)

BURSA

Kami semua tido nyenyak sangat malam tu..letih sangat berjalan turun naik public transport untuk sampai ke BURSA ni. Pukul 8 pagi kitorang turun bawah untuk sarapan. Hotel ni bersebelahan dengan satu restoren, aku rasa sama owner kot, sebab nama dorang lebih kurang sama.

Voucher breakfast tu kena ambik kat kaunter hotel. Takdelah spesel mana pun breakfast yang dia bagi, tapi boleh lah mengenyangkan untuk kitorang yang tengah lapar pagi tu.



Bergambar kenangan kat depan Hotel Kayapali...emm cantik suar akak kaler oren gitu..(beli kat pasar malam malam tadi). Aku maintain baju sama, takpe...takde orang kenal pun...heheh



Kami terus check out pagi tu sebab senang nak terus balik ISTANBUL lepas merayau. Kami pun tak tau nak pergi mana sebenarnya, orang2 tempatan kat sini pun tak banyak membantu.

Map ada sebesar alam, tapi salah baca kedudukan pulak. Jalan kaki dah sebatu. Last2 jumpa taxi stand, tanya dia kat mana HEYKEL. Cerita punya cerita, akhirnya kami naik je teksi dia ke sana. Tambang satu teksi adalah 10TL.


Otw dalam teksi tu, aku perasan jauh rupanya kami berjalan kaki malam tadi tu..timur ke barat selatan ke utara kami redah. Driver tu turunkan kami kat sini betul2 depan shoping complex ZAFER PLAZA

Aku ingat lagi pompuan yang guide kitorang aritu cakap, kat Zafer Plaza ni mahal sikit barangan dia berbanding bazar kat Heykel. Ala..standard lah kan, dah nama shopping complex mestilah harga beza dengan yang jual kat bazar2 ni..macam kat Malaysia jugak..


Masa ni bateri kamera aku masih lagi boleh bertahan, aku snap mana yang sempat je. Dorang semua tensen sebab bateri hp dah kong. 

Masih awal pagi, penjual baru nak bukak kedai, susun barang tapi kami dah ukur jalan kat situ..heheh


Banyak bangunan lama kat area sini. Aku tengok macam benteng2 kota lama je. Agaknya dulu kota lama kot tapi dah diubah suai mengikut kegunaan di zaman moden. Aku masuk jugak tengok kat dalam bangunan tu sebab kebetulan nak carik toilet (WC). Aku tengok ada dah jadik cafe & jugak yang dah jadik bazar.


Tram versi Bursa..slow je tak laju macam kat Istanbul. Orang tu cakap tram ni hanya pusing2 kat area tu je.


Kami jalan je mengikut jalan tram kat situ. Lepas satu bazar, masuk lagi bazar yang lain. Memang tempat ni besar giler babas. Ada jugak bazar kat bawah tanah, tapi kebanyakannya jual pakaian je.






Tudung Turki semua lawa2..tapi lembut & licin kainnya caner nak pakai. Dorang takpelah cantik2, pakai camana pun tetap lawa gak.


Aku singgah beli TURKISH DELIGHT kat sini. Ada yang dah packing dan jugak untuk konsep mix & match. Pada pendapat aku lah, kalau nak yang murah beli yang dah packing tapi kalau nak yang sedap beli yang timbang kilo tu lah, pastu selalunya pe jual akan bagi kita tester dulu. 

Tapi paham2 jelah, bila dah timbang harga memang cekik darah sikit tapi korang kena pandai lah masa nak mix & match tu. Jangan main tunjuk je bila nampak macam sedap & banyak kekacang tu..karang nyesal masa nak bayar (macam aku)..hehehe


Kami merayau kat dalam bazar tu adalah dalam 2/3 jam agaknya. Singgah dari bazar pakaian kepada kepada pasar buah-buahan pulak. Kat sini banyak ceri, plum, peach, stroberi & blackberi. Harga ada yang murah, ada yang mahal bergantung kepada kualiti & saiz.





Jam dah nak pukul 12 tengah hari, kami buat keputusan nak balik ke ISTANBUL je sebab dah tak cukup masa. Kakak tu cakap kami kena nak datang balik ke BURSA ni on the next trip sebab banyak lagi tempat menarik nak kena pergi cth tempat main snow tu.. 

Trip kali hanya sebagai sesi pengenalan je. Bajet macam banyak nau duit datang sampai 2/3 kali...aku tarik diri kot..huhu

Naik bas kuning ni untuk ke stesen bas besar BURSA. Jangan lupa topup dulu kad BUKART anda sebelum naik ye.


Stesen Bas Bursa


Stesen bas ni betul2 mengadap pasaraya CARREFOUR & IKEA. Ishh..nasib baik kami dah kesuntukan masa nak balik, kalau tak harus aku nak merayau dalam IKEA tu..heheh





 

Punya la banyak kompeni bas kat sini, jadik rambang mata nak pilih mana satu yang menawarkan servis terbaik. Akhirnya kami memilih untuk naik coach bas GUVEN ni.

Ejen tu cakap bas ni akan sampai terus ke Istanbul & kat sana nanti akan ada shuttle bas untuk balik ke SULTANAHMET.  Ok la tu kan, at least takde nak kena naik turun bas & takde nak mabuk laut lagi.


Tiket sorang 20TL. Bas bertolak pukul 1.30 petang, mungkin dalam pukul 5 petang dah boleh sampai Istanbul. Banyak barang nak hangkut ni, ceri & stroberi pun dah naik lebam dah..


15 minit pertama dalam bas semua hepi, bergelak ketawa. Masing2 teruja sebab tak penah naik bas yang ada tv macam ni. Pastu siap ada cabin crew yang bapak ensem pulak nak serve minuman & jajan kat kitorang..kelass ko mariaa..


Setengah jam kemudian kami semua dah hanyut.. sedar2 je dah sampai kat jeti. Dah kenapa pulak ni? Rupanya bas yang kami naik tu ni pun kena nak feri daa...ala yang macam kat Penang tu. Ingat dah tak payah nak lalu atas laut lagi, tapi kali ni takde pulak yang mabuk..tetibaa..


Kami semua turun ambik angin kat atas deck. Masa ni happy lagi, pasni semua muka macam cencorot sebab berlakunya satu kejadian yang tak disangka-sangka..huhu


Kisahnya begini....

Dah sampai seberang lautan, sambung lagi perjalanan dalam bas tu. Lebih kurang sejam perjalanan, sekali lagi bas ni transit kat JETI HAREM. Pastu tetiba mamat crew tadi bagitau yang kitorang kena turun kat situ. Dah kenapa?? Bukan ke tadi ejen yang kat stesen Bursa tu cakap kami akan sampai terus ISTANBUL.

Cite banyak pun tak guna, semua nak lepas tangan je. Staff kat jeti tu cakap kalau nak balik ke SIRKECI memang kena naik jelah feri tu. Dia pun tak boleh buat apa dah.

Ekceli aku pon tak pasti memang ada unsur penipuan disitu atau ada salah faham masa urusan jual beli tiket tadi..sebab masing2 pun cakap macam ayam & itik kan..

Oklah kami pasrah, yang kami kena naik feri lagi sekali dari JETI HAREM tu untuk balik ke JETI SIRKECI. Tiket feri untuk sorang 2LT rasanya. Dari Sirkeci naik tram untuk balik ke SULTANAHMET sebab dah tak larat nak jalan kaki...


Ekceli perjalanan aku ke Bursa tu semua ditanggung. Aku tak keluar duit pun untuk transport & accomodation sebab susah nak kira. Tapi lepas balik ke apartment barulah aku bukak buku bajet & kira balik satu persatu berapa puluh LIRA yang aku nak kena bayar balik kat kakak tu.

Walaupun nampak macam takde hasil apa2 kami ke Bursa, tapi takpe, bagi aku pengalaman tu yang penting macammana rasa bila berada kat tempat orang..(walaupun kena tipu..heheh)

Next entri untuk hari ke-4, kami ke TAKSIM, GALATA TOWER & USKUDAR pulak ^ ^

Wednesday, 28 May 2014

ISTANBUL Trip 2014 :: Day 2 (BURSA)

Tu dia..ke BURSA kita tapi last minute plan satu apa pun tak bawak, kami pergi sehelai sepinggang je..

15 May 2014 (Khamis)

Mula2 kami ke JETI EMINONU konon nak ambik feri dari situ untuk ke BURSA. Tapi bila tanya kat staff INFORMATION CENTRE tu, dia cakap kitorang kena naik tram ke stesen KABATAS dulu kemudian ambik feri untuk ke BURSA.

Kami memilih untuk naik tram dari stesen SIRKECI sebab ia dekat dengan jeti EMINONU. Tapi sebelum tu beli kad ISTANBULKART ni dulu yang berharga 7TL & topup kredit 50TL. Kad ni boleh guna untuk semua public transport di ISTANBUL tapi tak termasuk teksi.


Harga tiket dari stesen SIRKECI ke KABATAS adalah 1.95 TL seorang. Agak sesak kat sini rasanya sebab dia centre kot. Depan tu ada stesen keretaapi bawah tanah.


Perjalanan ke KABATAS tu dah lupa berapa minit, rasanya kejap je dalam 15 minit je. Oh ye, dari kat EMINONU pun ada stesen tram jugak tapi kena cross jalan & dekat dengan SPICE BAZAAR. Takpelah naik kat mana2 pun tak kesah, harga tiket sama je.


Kami sampai di JETI KABATAS dah tengah hari. Matahari terik tengah memancorr kat atas kepala time tu sampai tak boleh nak celik mata. Tapi panas dia kita tak berpeluh, dia panas tapi sejuk berangin.

Aku merayau kat area situ nampak ramai penjaja yang jual air, jagung bakar, aiskrim, tiram fresh perah lemon & roti kebab ofkos.




Kami terus ke kaunter tiket, tapi staff tu cakap next feri gerak pukul 3.30 petang dan perjalanan ke sana ambik masa 2 jam jugak. Bincang punya bincang, ok proceed. Kalau tak sempat nak balik maybe kena overnight kat sana..harap2 sempat balik (aku doa dalam hati..huhu)


Tiket dewasa (22TL)
Kanak-kanak (18 TL)

Aku beli benda ni, tak tau nak cakap apa nama makanan ni tapi rasanya dia manis ya amat..macam roti tapi disira dengan air gula.


Nak dijadikan cerita, sebab bizi sangat nak ambik gambar, aku kepit la pouchbag kat bawah ketiak..dalam tu ada 70TL nak buat belanja perjalanan. Tak perasan bila masa pouchbag tu jatuh, masa tu aku dah nak aku nak masuk ke gate jeti tu. Aku pusing belakang takde, tetiba nampak sorang pompuan Turki ni berlari-lari anak nak pulangkan pouchbag tu. Ya ALLAH..rasa macam syukur sangat...cuai betul. Dah la cantik, baik hati pulak tu..

Nilah dia feri kami..cantik ke idok??





Tiket no lain jadik kami terpaksa dok asing2..ingat tak penuh so dengan harapan boleh dok dekat2 dengan dorang tapi hampeh..full house. Aku ambik peluang ni untuk rehatkan mata sekejap. Budak2 ni semua pucat nak muntah sebab mabuk laut, nasib baik aku okay je..heheh





Setelah 2 jam perjalanan di atas laut, maka kami sampailah disini..JETI MUDANYA. Cess..aku ingatkan terus sampai town BURSA. Tengok jam dah pukul 5.30 ptg, konfem lah kena tido sini sebab kita tak tau jarak dari jeti nak ke town tu berapa lama pulak.


Singgah makan kat kedai kebab ni, kena isi perut dulu sebelum jalan. Walaupun dah bosan makan kebab tapi terpaksa jugak makan. Kebab kat sini murah sikit 2.5TL seketul. Bekal nasik himpit & daging dendeng dah habis kitorang kenduri masa kat JETI KABATAS tadi.



Carik toilet siap2. Kalau korang nak tau kat TURKI ni toilet dia dipanggil WC. Lelaki BAY, pompuan BAYAN.. emmm shortform untuk nenek kebayan kah?? hehehh.

Nak masuk toilet standard kena bayar 1TL. Siap kena lalu palang besi macam kat stesen komuter tu. Tapi aku okay je sebab toilet dia bersih & yang penting ada cebok walaupun takde hos. Aku paling tak berkenan toilet yang pakai sistem air pancut tu...was2 je rasa tiap kali guna. Selalunya toilet canggih camtu kat airport & shopping mall je & ofkos yang tu free.



Staff kat kedai kebab tu bagitau kalau nak ke BURSA kena naik bas. Terus carik bus stop, tapi kami tak naik bas pon, kami naik van yang ala2 mpv tu.. selesa dari bas. Jauh jugak perjalanan dia, tengok view kiri kanan nampak ladang, rumah2 & rasa lain dengan pemandangan di ISTANBUL.









Tiba2 driver bas tu berenti kat sini STESEN ORGANIZE SANAYI, aku tengok macam stesen komuter je. Dia pon tak pandai cakap omputeh bila aku tanya, dia cuma jawab Bursa & dia tunjuk tren tu. Owh..maksud dia nak pergi town BURSA kena naik tren tu pulak.





Aku perasan kebanyakan orang2 kat sini tak faham bila kita cakap omputeh. Tak pasti samaada memang tak pandai cakap/faham atau malas nak melayan tourist sesat macam kami ni...huhu.

Staff kaunter tiket tren dia pun sama, rasa macam ayam & itik je bercakap. Tapi nasib kami baik sebab ada sorang pompuan TURKI ni baik hati nak tolong kami dan dibantu oleh security tu. Dia siap bagitau mana tempat yang biasa orang pegi kalau ke BURSA. Mintak pen & kertas nak tulis direction.



Nilah antara hasil kerja tangan beliau dalam misi menunjuk arah kepada kami.


Ok, maknanya amik tren ke stesen SEHREKUSTU. Tiket sorang 2.5 TL. Pompuan tu cakap kalau nak lagi jimat kena beli kad jugak macam Istanbulkart tu. Tapi ni untuk pakai untuk semua public transport semasa kat BURSA je.


Perjalanan dalam 15 minit jugak. Ini tren bawah tanah jadik tak nampak pemandangan pun.







BURSA

Dah sampai ke Stesen Sehrekustu, singgah pekena kopi dulu. Sebenarnya nak pakai wifi kedai dia..nak wassap kakak A yang kami dah tersampai ke Bursa. Maklumlah aku takde internet roaming. Bateri kamera & tablet pulak dah tinggal suku nyawa dah..canerr???





Keluar dari stesen tren bawah tanah tu dah nak pukul 7 malam, nampak banyak bangunan2. Ada masjid ULUCAMI dekat je dengan stesen tu, ok bagus boleh solat terus.


Tapi sebelum tu tengok ramai je orang kat area depan masjid tu, ingat ada apa..rupanya ada pasar malam. Aku rasa kelakar bila tengok pasar malam dorang tapi yang jual macam kat Malaysia jugak.



Dah siap solat semua, misi mencari hotel diteruskan. Plan memang nak ambik 2 bilik pun tapi hotel 3/4 bintang ni tak bagi masuk ramai2 dalam satu bilik, dorang suruh ambik 3 bilik. Dahla harga satu bilik tu mahal padahal dah kira late check in..apa salahnya bagi diskaun sikit kot ye pun.




Carik punya carik, akhirnya jumpalah jugak hotel bajet. Nama hotel OTEL KAYAPALI. Unik sangat nama hotel tu kan, rasa macam kat India pulak. Hotel ni terletak betul2 mengadap shopping complex KENT MEYDANI.

Kami ambik dua bilik, satu bilik ada 4 katil..memang ngam-ngam dengan kami berlapan ni. Harga 2 bilik tu selepas rundingan adalah 250TL untuk bilik & sarapan. Yeyy...best giler bila akhirnya dapat satu katil sorang, kat sana aritu tido berhimpit..heheh


Okay, kami nak tido dulu ye. Apapun Nora bagi 2 bintang untuk bilik ni..sebab takde aircond, tapi wifi ada pulak... =P