Monday, 29 December 2014

SELEPAS BAH @ BANJIR MELANDA..

Sabtu pagi dapat kol dari MAK aku...yahoooo. Akhirnya terjawab persoalan kami setelah 2/3 hari lost contact ni. Mak cakap famili semua OKAY, tapi air dah naik paras lutut kat dapur rumah. Ayah dah pindahkan semua barang2 penting cth ke bahagian hall rumah. Tawakal je kalau air naik lagi. Adik aku cerita lagi 3cm air nak melimpah ke hall masa tu...

Adik aku balik kampung haritu nak jenguk mak ayah & tolong apa yg patut. Ekceli ayah tak bagi adik aku balik sebab bahaya jalanraya tak sempurna & ada jalan runtuh di sesetengah kawasan. Tapi adik aku tetap jugak balik konvoi dengan sepupu2 kami. Hilux sepupu penuh dengan barang2 keperluan banjir.


ALHAMDULILLAH..sekarang banjir dah surut..tapi keadaan belum stabil, masih ramai yang belum dibenarkan balik kerumah masing2 lagi..sebab takut mungkin ada gelombang seterusnya. Mintak2 dah musim banjir dah berakhir..


Ramai orang share gambar2 keadaan kampung selepas banjir surut. Memang amat menyedihkan...ibarat TSUNAMI melanda. Ada yang hilang nyawa, harta benda & rumah juga. Lagi menyedihkan bila ada yang hanya dapat melihat tapak rumah sahaja berikutan rumah mereka dah hanyut dibawa arus.


Ni rumah pakcik aku, sebelah tu sepatutnya rumah lama atok..tapi rumah tu dah hilang. Adik aku cakap dah kena hentam dengan balak2 yang hanyut. Rumah kenangan tu dah tinggal kenangan betul...walaupun dah takde sapa dok situ (tak pasti ada penyewa ke tak sekarang) tapi still jugak sayang kot..yelah, rumah yang banyak meninggalkan kenangan untuk kami semua..

Tetapi ada baiknya jugak MUSIBAH ni..dari sudut lain sebab secara tak langsung dapat merapatkan silaturrahim yang dah lama terpisah, masa nilah baru masing2 nak mencari contact sebab nak bertanya khabar. Yang lagi best tetiba IRFA jadik admin grup wassap untuk SEPUPU SEPAPAT..hehehe

Friday, 26 December 2014

FIKIR YG BAIK2 SAJA..MOHON YG BAIK2 SAJA..

Last dapat cakap dengan mak pagi RABU haritu..suara MAK sebak sangat menahan air mata..
Rumah kami tak pernah kena banjir selama ni..ALHAMDULILLAH.

TAPI TAHUN 2014 NI, ALLAH SWT NAK UJI SEMUA UMATNYA..ALLAHUAKBAR.

Bekalan elektrik kena potong...bahaya sebab air dah makin tinggi..
Kami tak dapat mesej/ kol & bercakap dengan MAK/AYAH.
Itu yang HATI kami adik beradik tak KERUAN / BIMBANG..

Dapat info dari kenalan adik cakap mak dah pindah ke kawasan lebih tinggi..
Mungkin yg dapat online sebab cas henpon guna charger keta..
Arghh..kenapa tak terpiker nak bagi mak segala gadjet (powerbank/chargerketa) selama ni....kenapa???

Tapi hati tetap tertanya2 air dah naik kat rumah kami ke & dah sampai paras mana agaknya??

YA ALLAH....
JASAD DI PERANTAUAN..
HATI DI KELANTAN..
JIKA KEADAAN MENGIZINKAN..
KAMI MEMANG NAK BALIK SANGAT2 NAK RINGANKAN BEBAN..
HUHUHUHU..

Wednesday, 24 December 2014

FM HATYAI dari KAK CEMPAKA BIRU..

Terima kasih kak CEMPAKA BIRU untuk FM yang comel itu...baru terima petang semalam...tenQ


Time kasih =)

Tuesday, 23 December 2014

BANJIR...OH...BANJIR..

Kelantan dilanda banjir teruk tahun ni seperti yang kita tahu. Paling ramai mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir. Haritu aku baca dalam paper mangsa banjir dah melebihi 20k. Jadik ramai jugaklah kawan2 yang share gambar2 suasana banjir kat sana. Kami di sini hanya mampu berdoa semoga BANJIR kat sana tak bertambah buruk..huhu


Antara gambar terbaru suasana banjir di sekitar daerah KUALA KRAI..







Tadi pun mak wassap cakap air dah naik kat kawasan belakang rumah kami. Risau sangat & harap2 air tak naik lagi dah, tapi sepanjang hidup aku selama ni rumah kami tak pernah lagi dinaiki BANJIR.. ALHAMDULILLAH..

Kalau dulu masa kecik2, rumah kitorang tulah tempat berkumpul sepupu-sepapat bila datang musim banjir. Seronok sangat time tu sebab dapat berkumpul ramai2. Yelah masa tu kecik takde nak risau apa pun, tau seronok main air hujan je...hehehe

Plan kitorang nak balik kampung cuti Krismas (Khamis) ni terpaksa dibatalkan berikutan banyak jalan2 ditutup. Mak aku pun dah cakap awal2 takyah sebok nak balik dulu..nanti keadaan dah reda barulah balik..huhuh

JOM... ramai2 kita pakat baca doa ni..



Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kita..aminn

LESEN TERBANG KAH??

Biarlah gambar berbicara...
v
v
v
v
v
v
v
v


Sabor jelah parking sampai dua petak...heheh

Thursday, 18 December 2014

Ohh...MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA..

Semalam..dikala peminat bola sepak sedang fokus menonton siaran live perlawanan bola sepak PIALA SUZUKI AFF diantara MALAYSIA VS THAILAND, kami pulak sedang bergelak ketawa dan terkadang menitiskan ayer mata dalam panggung sebab menonton cite MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA lakonan FAZURA (IFTI LIYANA) & SHAHEIZY SAM (NAZMI)... so suweet..

#berangankalauakulahiftiliyana..puii


Aku x nak cite sinopsis sebab movie ni dari adaptasi novel MANISNYA CINTA (Anis Ayuni). Jadi sapa yang pernah baca konfem tau camana jalan cerita filem ni..ahakss

Haritu dah janji dengan adik nak pegi sama2 tengok movie ni, pastu korang tau boleh pulak dalam senyap2 dia dah pergi tengok dulu dengan kawan2 dia..hangin aku kejap. Dia ingat aku taktau, padahal aku memang dah saspek kot sebab dia cakap kuar pegi ALAMANDA. Dah tu konfem2 lah tengok wayang sekali..chess

Aku booking online je sebab malas nak beratur, so sempatlah kuar rumah lepas magrib semalam. Aku ingat taknak bawak dia dah sebab dia melanggar perjanjian dua beradik, tapi dia tetap nak follow jugak (sambil hentak2 kaki) sebab katanya cite ni sweet giler..

Opkoss lah suweet sebab aku dah baca novel MANISNYA CINTA ni dua tahun lepas kot, ada kakak opis bagi pinjam..


Aku cakap oklah tapi dengan syarat jangan jadik PENCERITA TAK BERTAULIAH pulak dalam wayang tu nanti mentang2 dia dah tengok .....muahahaha

Dari dulu aku teruja nak tengok sebab dorang shoot kat Turki pastu naik belon panas kat CAPPADOCIA tu. Sebelum kami tersampai ke ISTANBUL,TURKI dulu, aku adalah jugak survey jugak pasal CAPPADOCIA ni, berapa kos nak kesana & tiket naik belon tu...hukhukhukk.

Kalau aku sorang boleh lagi pejam mata nak kuarkan bajet, tapi ni dah segerombolan camni...camaner?? Parah bajet...so simpan jelah niat tu dalam hati....huhuhu


Pastu nak dijadikan cerita, masa kat dalam wayang tu, aku bukaklah fesbuk kejap. Pastu tengok ada orang post pasal BELON PANAS TERHEMPAS di TURKI semalam. Ya ALLAH...mengucap panjang aku masa tu..hmmm


Kami baru je berangan bestnya kalau dapat naik belon panas kat sana tu..tapi tulah benda nak jadik tak kira tak mana dalam negeri ke, luar negeri ke, sama je...kita hanya merancang tapi ALLAH SWT yang menentukan..

Apapon semoga mereka yang terlibat dalam kemalangan tu beransur baik. Jangan pulak serik nak kesana untuk kaki2 travel yang punya bajet lebih..bestt wooo...heheh

Wednesday, 17 December 2014

NOVEL & DRAMA :: BILA HATI BERBICARA

Sapa layan cite nih??? Adess..why so slow...penat dah menunggu bila nak habih ni. Tak sabar nak tunggu NEXT DRAMA pulak sebab hero dia ensem 200% katanya....lalalalala


Member bawakkan NOVEL ni kat opis. Aku terus ambik baca bab yang hujung2 tu je sebab nak tau caner ending...hehehe


KEJUTAN BIRTHDAY DI PAGI HARI..

Hari ni kami ada buat SURPRISE BIRTHDAY untuk BOSS sekaligus bersempena sambutan JAMUAN AKHIR TAHUN office kecik kamiIdea datang tetiba petang semalam, kelam kabut dorang ni plan MENU, carik GAMBAR nak buat handmade KAD BIRTHDAY..


Sapa ada nampak pic aku kat situ?? heheheh

CV kat mana....CV...CV kat mana????

Tuesday, 16 December 2014

MAGGI KETAM @ RESTOREN CHOLEQ, KAJANG..

Okay ni ekceli kisah selepas kami balik dari FESTIVAL LAMPU PUTRAJAYA sabtu lepas. Masa tu kami dah on the way balik ke NILAI. Tetiba adik lelaki wassap ajak pg makan kat area BANGI/KAJANG pulak. Aku ni takdelah PRO sangat pasal GPS ni, tapi takpelah redah je sebab memikirkan ahh...bukan selalu ko nak merayap kan...hihihi

So, aku terus divert ke KAJANG. Otw tu memang dia guide lah kami untuk sampai ke RESTOREN CHOLEQ, JALAN REKO.

RESTOREN CHOLEQ ni kat belakang PETRONAS, JALAN REKO, maybe senang kot sapa2 nak carik..


Kat satu sudut restoren tu aku perhatikan ada sekumpulan anak muda sedang berlatih untuk persembahan DIKIR BARAT. Pehh..rasa macam dok kat KELANTAN pulak..krikkrikkrikk


Baru aku tau yang restoren ni pernah keluar TV3 rupanya...NLKO & JJCM.




Aku baru nak order macam2, sekali staff dia bagitau "MAAF YE..YANG SEKARANG ADA CUMA MAGGI KETAM & CHOLEK BEBOLA IKAN JE"...

Adik lelaki aku pulak dah lesap pegi tapau NASIK KERABU kat kedai2 area situ jugak sebab dia memang nak carik nasik. Tapi saje lah ajak lepak situ sebab nak belanja kami makan MAGGI KETAM katanya..


Aku pulak first time makan MAGGI KETAM ni. Jadik aku pun tak tau rasa MAGGI KETAM yang sepatutnya camana. Yang aku tau MAGGI tu dimasak kuah kari yang pekat dengan hirisan SOTONG & dua ekor KETAM didalamnya..


Maaf ye, kualiti gambar memang sangat tak memuaskan....huhuhu

Monday, 15 December 2014

Festival LAMPU PUTRAJAYA 2014..


Sapa yang pegi sini weekend haritu?? Mesti ada yang selisih dengan aku kan?? heheheh

Aku pergi berdua dgn adik..saje memeriahkan majlis kebetulan dia offday haritu. Sebenarnya nak jugak share gambar2 menarik kat sana tapi memandangkan henpon kami hanyalah cap ayam, maka simpan jelah niat murni kami tu..hukhukhuk

Kalau suasana malap2 gitu, kamera fon kami memang takmo bekerjasama langsung. Lainlah kalau kami ni pengguna tegar hp IPONG, OPAH, SAMSENG atau sebagainya..konfem lah gambo cantik walau dalam gua kelam...hehehe

Apa2 pun, ni adalah satu2nya gambar BUKTI kami berada kat sini malam sabtu lepas..peaceee!!!


L.A.M.P.U bermaksud LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA.

Friday, 12 December 2014

Buku CATATAN MAT LUTHFI..

Harutu adik aku ada beli buku CATATAN MAT LUTHFI. Ada carik kat bookstore tapi takde so terpaksalah beli online..laris bak goreng pisang panas nampaknya. Aku baru baca separuh, tak sempat nak habiskan lagi...sebab ada tulis dalam omputeh jugak so slow2 eh...heheh


Housemate aku yang sikaki novel tu tanya.."Akak, buku cerita pasal apa ek? Macam novel ke atau cerpen?"..hmmm.

Ntahlah aku pun tak pasti nak klasifikasikan camana...yang aku tau ni adalah CATATAN ringkas dari seorang student Malaysia di Australia yang bernama MAT LUTHFI.


Sapa MAT LUTHFI tu?? Nak tau carik Mr GOOGLE atau YOUTUBE...hehehe


Selamat membaca... #SARCASM

Tuesday, 9 December 2014

KEEP CALM & SABAR..

Dah lama tak tengok wayang sebenarnya. Ahad lepas asalnya IRFA ajak kitorang tengok movie LELAKI HARAPAN DUNIA sebab adik lelaki cakap cite tu lawak + kelakar katanyaa.. #faktakeauta

Rupanya dah habis tayangan untuk cerita tu. So, demi memenuhi permintaan penonton kecik jadik kami semua pakat tengok cite kartun ni..layan jelah..

PENGUINS of MADAGASCAR


Cerita dia kelakar sangat..walaupun aku tak tengok pun cite MADAGASCAR sebelum ni...heheh. Tapi kitorang gelak je tengok gelagat SKIPPER, KOWALSKI, RICO & PRIVATE yang comel tuh..

Nak dijadikan cerita, kami sangat BERTUAH pada hari tu sebab satu panggung dengan pengulas filem yang tak bertauliah duduk kat seat betul2 belakang kami. Sampai lah habih satu movie kami terpaksa dengar beliau mengulas dari satu scene ke satu scene...huhuhu. Cerita selanjutnya di SINI

Moral of the stori.... 


CARA MUDAH BUAT VIDEO SLIDE GUNA VIVA VIDEO..

Haritu aku ada belajar cara nak buat video untuk aku punya album CIKVIVA JALAN-JALAN...=P

Ternyata sangat MUDAH, SENANG, FRIENDLY USER...blablablaaa

Jadi nak share dengan kawan2 yang mungkin ada yang BARU nak belajar macam aku jugak...hehehe

Mula2 sekali anda perlu DOWNLOAD APPS VIVA VIDEO dari PLAYSTORE ke henfon ANDROID anda..


Pilih CREATE VIDEO


Pilih PHOTO MOVIE & PILIH GAMBAR-GAMBAR yang anda rasa menarik dari GALERI HP anda untuk dimasukkan dalam VIDEO tersebut.


PILIH BACKGROUND MUSIC dari MUZIK PLAYLIST anda sendiri & juga anda boleh cut bahagian MUZIK/LAGU yang anda rasa MENARIK & SESUAI dengan KONSEP VIDEO anda..


Pilih SLIDE & namakan TAJUK SLIDE / VIDEO anda..

Okay..siap dah...


Selamat mencuba... ^ ^

Monday, 8 December 2014

LGK Trip 2014 :: DATARAN LANG + MH1447..

Hari Ketiga (AHAD / 30NOV14)

Last entri untuk LGK trip akhirnya. Last tempat yang wajib singgah adalah DATARAN LANG. Kalau tak datang  & pose kat sini tak LANGKAWI lah namanya...heheh

Pepagi aku dah mengerah ahli rombongan kesana dengan alasan..nanti kalau lambat2 orang dah ramai, panas & susah parking (motif nak parking free je). Kitorang kemas bag siap2 tapi belum checkout lagi sebab standby takut ada yang nak terkucil pulak nanti..boleh menyinggah dulu.

Pukul 8 pagi camtu kami dah terpacak kat sini....matahari pun baru nak senyum time nih...

Ehh...MIRROR LAKE...puii


Welcome...dari jauh ku berlari mengejar mimpi2....


Punyelah stress nak ambik gambar sebab silau dia buatkan gambar jadik gelap..tak cantik langsung...



Dataran Lang ni dirasmikan oleh TUN MAHATHIR..




Singgah sarapan dulu kat kedai yang sama dengan pesanan makan pagi ni untuk tengah hari terus tau, so makan banyak2 pun takpe sebab bajet dah kering nih...heheh

Singgah hotel ambik bag & terus drive pergi airport....zasss



Yeyyy..berjaya menukar ke flight yang lebih awal..kalau ikutkan flight asal kami depart pukul 3.45 petang. Jenuh jugak kot nak menunggu kat situ beberapa jam, yelah airport dia kecik comel je kan.

Kalau besar macam KLIA @ KLIA2 kena stranded lama2 pun takpe..i loikee...hahahah


Check jangan tak check...oh ye..jgn cuba2 untuk seludup set pisau seramik atau sebagainya dalam bag hand carry ye. Aku tengok banyak je benda2 camtu kat dalam kotak display tu..barang rampasan barangkali..huhu


Boarding already...zzzzz


SELAMANYA...SELAMANYA..SELAMANYAAAA...HARIMAU MALAYA... 

Pstt...kepada pasukan HARIMAU MALAYA, jangan stress sebab kalah dengan VIETNAM 2-1 malam tadi. Kita ada satu lagi peluang untuk membalas serangan khamis ni jadik kita kasik sengaat ok!!! Takmo gadoh2 ok?? GO!! GO!!


Take off....


Bye LANGKAWI...ada rezeki lebih kita jumpa lagi naa....okbai ^ ^