Monday 18 May 2015

LONDON AMSTERDAM 2015 :: HOTEL CONTINENTAL + CLOG & CHEESE FACTORY + VOLENDAM + ZAANSE SCHANS WINDMILL..

Jom kita mulakan kisah hari pertama kami di bandar Amsterdam. Dari AMSTERDAM CENTRAL, kami hanya jalan kaki je ke HOTEL CONTINENTAL yang terletak di jalan besar DAMRAK


Masih awal pagi, lengang lagi jalan ni.


Aku book hotel ni kat dalam BOOKING.COM. Kami ambik bilik dorm yang ada 3 katil double decker & yang penting ada bilik air dalam bilik. Boleh tahan mencekik jugak harga dia...bila divide 6 orang, harga 70 Euro sorang untuk dua malam termasuk GST..huhu



Tapi takpelah, yang penting tengah2 bandar, dekat dengan AMSTERDAM CENTRAL senang untuk kami kemana2 nanti.


Disebabkan kami sampai hotel terlalu awal, jadik tak boleh check in bilik lagi. So terpaksa mintak pihak hotel simpankan bagasi kami kat situ dulu sementara kami keluar berjalan-jalan.


Plan awal kitorang nak ambik tour kat opis TOUR & TICKET tu je, tapi tak jadi sebab last minit dah terambik tour dengan sorang uncle ni yang juga merupakan kenalan officemate kami. Nama beliau PAK JUSUF yang berasal dari Medan, Indonesia tapi dah menetap kat AMSTERDAM ni dah lebih dari 30 tahun.

Disini aku gunakan panggilan UNCLE ye..hehe. Uncle ni pikap kami kat hotel pagi tu. Kami semua dibawa ke rumah beliau untuk makan brunch la lebih kurang. Sempat berkenalan dengan isteri & anak2 beliau.


Rumah uncle ni penuh dengan gambar..dah macam galeri aku tengok. Sementara kami makan, sempat lagi dia upload semua gambar kami kat AMSTERDAM tadi.


Mula2 kami dibawa ke tempat membuat CHEESE & CLOG.

View sepanjang perjalanan kami kesana.. damai & cantik sangat. Kat AMSTERDAM ni banyak terusan. Uncle tu cakap daratan AMSTERDAM ni berada dibawah paras laut.



CLOG & CHEESE FACTORY

Ok, dah sampai dah..



Gadis belanda & keju. Beliau sedang menerangkan cara2 membuat cheese & jenis2 cheese yang terdapat kat situ.


Nampak tak entiti sebelah tu, tengah mengambil gambar kami...hahahah

Itulah keje beliau...dah la takde cakap action ke apa..main snap je..dalam kiraan 2 saat je katanya.


Gambar ni paling kelakar..bila tengok muka masing2..hahah


Yang ni pulak, demo membuat CLOG @ KASUT TEROMPAH. Sambil bercakap...potpetpotpet, beliau dah berjaya menyiapkan sepasang kasut terompah tu. Dulu susah dia cakap sebab kena buat manual, sekarang ni kejap je sebab dah pakai mesin.


Ada banyak jual kat sini. Tapi kami tak beli pun sebab nak beli kat VOLENDAM. Orang cakap souvenier kat situ murah-murah.


VOLENDAM

Ni pulak masa kami ontheway kat VOLENDAM. Aku memang kagum la tengok sebab rumah2 dorang ni cantik2 lah..seriuss



Okay, sampai dah.

Gaya jalan JAMES BOND sangat akak sebelah tu...heheh


Its me...



Ni kedai untuk sapa2 yang nak merasa pakai baju tradisional Belanda ala2 DUTCH LADY gitu. Tapi kami tak masuk pun.


Sebab kami lebih tertarik nak masuk kedai souvenier ni...hehehe


Dorang dah start menyoping souvenier. So far, bagi aku agak murah jugak kot harga souvenier kat sini sebab kami pun belum sempat lagi nak menyinggah mana2 kedai souvenier kat area DAMRAK tadi sebab kedai pun masih tutup lagi.


Aku & pakcik nelayan. Tapi beliau si tanggang yang dah kena sumpah jadik batu...huhu


ZAANSE SCHANS 

Next destinasi adalah ke ZAANSE SCHANS untuk melihat HOLLAND WINDMILL.




Tengoklah betapa cantik & indahnya pemandangan kat sini....




Rumah2 ibarat lukisan kat atas kanvas...sejuk mata memandang.


Finally WE are here..yeyyyyy


Ekceli ada banyak sangat gambar kat sini, tapi susah aku nak transfer ke dalam pc ni. Jadi ini jelah yang mampu aku kongsikan untuk tatapan kawan2 semua..


Jauh...terbawa lukisan hatimu..
Hilang mencari di mana kau pergi..
Tinggal aku menahan luka ini..
Sampai harus pergi..


Next entry kisah kami ke ladang TULIP pulak. Masa IRFA & FAMILIA kesini haritu, ladang tulip tu belum dibukak lagi. Mungkin baru tengah membaja agaknya..heheh

27 comments:

  1. oh mahal jugak lah hotel tu kalau 70euro sorang
    sbb kami duk damrak in 1 malam utk 1 famiy euro86

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS,
      Seriusss...dah la bilik sempit nasib baik dapat katil sorang satu..huhhh

      Delete
  2. bestneee..bile la dpt smp kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falsya,
      Boleh je...insyaallah...best tau...

      Delete
  3. Pergh.....kalaubentang tikar, keluarkanbakul piknik rotan and santai2 sepanjang hari tepi sungai2 tu mesti marveles kan dik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.AZIELA,
      Tulah...dengan angin sejuk tu pulak...oh ye jangan lupa bawak batang pancing sekali..hehe

      Delete
  4. Subahanallah .. memang cantik semua gambar2 tu cikviva..
    Akak pun tumpang gembira tengok..
    Macam akak nak terbang jer pergi sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wpun dh lma berlalu...tp masih segar dlm ingatan kami....

      Delete
  5. Salam kenal cikviva...singgah sini n terus folow...

    Amboi mentang2 melawat negara homputeh jalan pn dh ala2 james bond ek...hee3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      James bond sbb jaket leather....bundle je...hehee

      Delete
  6. lawonya pemandangan ...rumah2 di tepi terusan .

    ReplyDelete
  7. siyes cantik bangunan dan pemandangan
    mmg menjadi tarikan sape2 nak pergi sini
    bila lahh nk pi sana huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakEL,
      Rasa x caya dh sampai sana jugak...

      Delete
    2. KakEL,
      Rasa x caya dh sampai sana jugak...

      Delete
  8. cik viva.... best nya...

    ada niat nak pergi lagi tak?
    nak itot plisss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ada niat lg nk g sana...tp tulah...huhuuu

      Delete
  9. cantik gilerssss pemandangan kt sana mmng mcm lukisan la....

    ReplyDelete
  10. rasanya lagi berbaloi uols ikut uncle tu.. tours n tikets sngt pack hehee.. kalo ikut uncle tu dia bawak ke tmpt yg mcm free n easy sket kan.. mcm lagi menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct,
      Uncle tu peramah sgt..smpai kita x segan n rasa cm dh lma kenal...sambil2 drive dia cite lah pasal negara tu... info free...hihi

      Delete
  11. Salam nk tnye kalau naik euroline. Kalau beg besar n byk ade xtra charge tak.
    N ade no pak yusof x utk tour Amsterdam. Sy akn me sana august in.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRBUSHIDO,
      Rasanya takde kot sbb takde pulak dia check bag kita ada berapa bijik..cuma dia akan bg satu luggage tag per boarding tiket.
      Pak Jusuf tu boleh dihubungi melalui fesbuk..inshaallah fast respond
      Fesbuk : Muhammad Jusuf Sokartara

      Delete
  12. Salam...saya nk tanya,masa you travel kt Amsterdam aritu,brp Pak Jusuh charge ye...tq

    ReplyDelete
  13. macamana arrangements dengan pak Jusof Sokartara tuh? ie bayaran bagai???

    ReplyDelete
  14. assalam..nak tanyer arrangement dengan Pak jusof Sokartara tuh camana..ie bayaran ,masa etc...

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...