Thursday 14 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: JALAN-JALAN KE MERCU TANDA KOTA LONDON..

Selesai makan, kami mula bergerak ke LONDON CENTRAL

Jalan kaki dari rumah ke bus stop EDGWARE ROAD, boleh naik bas yang bernombor 98 untuk ke MARBLE ARCH. Guna OYSTER KAD tadi je touch kat bas scanner...tettt


Tu dia...landmark yang menjadi kegilaan ramai orang...PRIMARK. Misi kami nak terjah PRIMARK ni dulu sebab nak memborong shopping bag yang macam IRFA beli haritu..murah giler 1.50 GBP je satu. Tapi sayang masa kami pegi bag camtu dah xde stok dah..huhuu


Comel2 je keychain dia...tapi aku tak beli pon...nyesal ahh..


Okay jap...meh sini aku nak kenalkan minah kedai souvenier ni. Dia sambut kami dengan meriahnya masa kami berjalan melintas jalan turun dari bas.

Terus dia cakap "HOLAA...MALAYSIAN...WELCOME!! I AM ROSMAH... motiff???
Pastu pandai pulak dia cakap melayu tuh..sebok lah dok suruh kami beli souvenier..harga murah2 dia kata boleh nego..


Oklah..kita lupakan memori itu sekejap.

Ini lah dia MARBLE ARCH. Sejarah?? Emm..i donno. Just nak bgtau yang je yang kami dah sampai sini...hehe. 

Jalan ke depan sket sebab kami kena naik bas tu kat area HYDE PARK.


Ok, ni HYDE PARK. Masa ni tak ramai lagi orang bersantai dan beriadah sebab masih awal pagi. IRFA cakap taman ni happening bila petang2...


Disini aku kenalkan ahkak2 opis aku...senior aku ni semua ni, keja dah nak masuk 30 tahun dah masing2 kat airline ni tapi nilah kali pertama dapat jejak kaki ke LONDON ni..


Naik je BIGBUS tu terus capai headset & raincoat, ambik banyak2 sket...standby di masa akan datang...ngeeee

Kami hanya lalu di PICCADILLY CIRCUS ni, tak turun pun. Tengok ramai giler orang kat sini..wahhh happening uu..


First hentian kami di TRAFALGAR SQUARE. Selfie kasut itu wajib k..


Selfie termahal kami...masa ni aku rasa sangat berbaloi2 sebab tak lupa bawak MONOPOD ni. Mana2 view yang aku rasa menarik terus aku halakan batang monopod ni, sampaikan mat saleh semua jeles tengok aku time tu...hihihi


Aku selalu cakap apa laa matsaleh ni..tempat dia pon sebok je nak bersesak2 dgn tourist mcm kita. Walhal aku lupa yang matsaleh itu bukan smuanya duduk london oii. Dorang tu datang dari serata dunia...muka je matsaleh..huhuu


Ni artis jalanan yang ada kat situ. Mula2 tengok macam pelik & hairan camana dorang boleh stay duduk camtu. Ni aku lakaran selepas aku scan baju dorang...hehe


Kitorang jalan2 kat situ sambil membeli belah di kedai souvenier lagi. Aduhaii..kakak2 ku sekalian..berapa lama daaa dorang ni nak menyinggah..hmmm tarik nafasss

Singgah makan roti dulu sementara jalan2 mencarik hentian BIGBUS HOHO yang seterusnya..

Beskal kat sini cam best je...agak2 Malaysia kalau buat servis camni..ok tak??


Ok, jumpa dah LONDON EYE ni. Kami memang takde naik mana2 yang ada entrance fee..maklumlah trip bajet je katanya..hukhukk



LONDON EYE & BIG BEN HOUSE OF PARLIAMENT.





Merentasi LONDON BRIDGE is FALLING DOWN..FALLING DOWN..



Sejuk giler masa ni..tapi kami gigih jugak duduk kat seat atas. Bayangkan kalau kami datang sini musim salji..lagi parah kan...hehehe

sumber dari google
BAYSWATER

Last destinasi untuk hari pertama adalah ke BAYSWATER ROAD. Ramai orang advise kalau nak carik souvenier murah2 sila ke BAYSWATER sebab ia lebih murah daripada kita beli kat central tu. Blogger pun ada cakap camtu..seriusss....


Memang murah kot sebab contohnya kat sini TS london tu (bagi aku lah) boleh dapat dengan harga 9GBP untuk 2 helai. Aku ingat lagi masa pegi PARIS last year..haramm nak jumpa selai T'S dengan harga 10Euro.

So kalau sapa tersampai ke area sini, aku sarankan korang  try pegi kedai ni. Nama kedai QUEENSWAY BOUTIQUES. Kedai dia kat sebelah kiri jalan sebelah metro station.

Bag London tu pon kami dapat 4 bijik dengan harga 10 GBP. Masing2 memborong sampai habih stok kat kedai tu..hahah.Yelah ahkak2 kan suka bag camtu leh isi barang2 pasar @ kelas mengaji.


Masa dah nak balik tu tetiba hujan pulak. Last2 terpaksa ambik tren ke MARBLE ARCH & pastu naik pulak untuk balik ke CHURCH STREET. Penat jugaklah sebab kena menapak sambil mengangkut hasil borongan masing2..huhu

Bersambung.....

13 comments:

  1. bestnya jalan2 tempat org kan :)

    ReplyDelete
  2. meriah berombongan dgn kakak2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNieda,
      Last trip dgn mereka...pasni mesti dh susah nk jumpa dh...huhu

      Delete
  3. Replies
    1. Best sgt awk...antara kenangan2 terindah dlm hidup sy...hihi

      Delete
  4. motif sgt "i am rosmah" ;p negara omputeh klu tak budget mmng ribu raban la bleh habis nye..
    ok la kn w/pon budget tapi dh sampai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik kopiolimauice,
      Pg moneychanger bawak seribu...dia bg kita seratus lebih je... huhuu

      Delete
    2. Cik kopiolimauice,
      Pg moneychanger bawak seribu...dia bg kita seratus lebih je... huhuu

      Delete
  5. nak tshirt LONDON satu...
    ehhhh tetiba sungguh...

    hihihihi

    ReplyDelete
  6. Salam Nik Azhar,
    Boleh je...xde masalah...mne tau ada kawan2 mencarik tmpat tggal kt sana nti..

    ReplyDelete
  7. Salam blh sy mnta itenarary. Ni emel sy naimleha88@gmail.com

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...