Friday 15 May 2015

LONDON AMSTERDAM TRIP 2015 :: MERENTASI SELAT INGGERIS ke AMSTERDAM..

Memandangkan petang besoknya 3hb May (Ahad) kami dah kena bertolak ke AMSTERDAM dengan menaiki bus EUROLINES, jadik kenalah kemas bag dulu. Plan kami nak pegi tengok event CHANGING THE GUARD @ BUCKINGHAM PALACE dulu pagi tu.


Kami naik bas macam biasa ke MARBLE ARCH & plan nak naik BIG BUS HOHO ke BUCKINGHAM PALACE tu tapi mungkin awal sangat kot, jadik bas pun tak memunculkan diri..huhuh

Terpaksalah kami naik bas double decker tu, pastu turun la kat mana2 yang berdekatan dengan palace tu.


Jalan-jalan ambik angin segar kat ST JAMES PARK dulu sebelum ke BUCKINGHAM PALACE.

Tetiba gerimis turun masa kami dah sampai palace ni. Hajat di hati nak jugak tunggu sampai dapat tengok acara CHANGING GUARD tu, sebab orang cakap wajib tengok parade ni kalau dah sampai LONDON. Ada tulis kat board yang event tu dijangka start pada pukul 11.30 pagi. Adusss...kenape la lambat sangat??


Gambar penuh rupa BUCKINGHAM PALACE yang femes itu. Terpaksa gugel untuk gambar yang lebih jelas..huhu

gugel lagi


Hmmm..dahla kami kena checkout homestay tu pukul 12 tgh hari. Asal2 plan memang nak hangkut je bagasi ke sini dan lepas tu terus lah naik bas ke VICTORIA COACH STATION. 

Tapi bila aku tengok bag2 kami yg makin mengembang & beranak tuh, tak sanggup rasa nak heret kesana kemari..berat tuuu

Jadi kami pun ambik keputusan untuk balik ke hotel jelah. Nasib baik ada raincoat dari BIGBUS ni. Kan aku dah cakap, tak sia2 kami ambik extra haritu...hehehe

Oleh kerana tak dapat tengok pak guard baju merah ni kawad, dapat tengok kat poskad pun jadiklah untuk ubat hati yang kecewa..huhu..


Oh ye..masa kami pegi sana tu, kebetulan KATE MIDDLETON baru je selamat melahirkan second baby beliau pada 03May15. 


Balik rumah, makan nasik dulu sambil2 tunggu masuk waktu solat & terus solat jamak Zohor & Asar sekali. Pastu tarik bag sampai bus stop, konon nak berjimatlah nak naik bas je ke VICTORIA COACH STATION tu. Aku dah cakap yang naik cab pun ok, takdelah mahal sangat. Tapi dorang seboleh2 nak jugak naik bas.

Tapi akhirnya frust sebab driver bas merah tu tak kasik kami naik dengan bagasi yang banyak itu. Jadi merasalah jugak kami naik TEKSI HITAM ni. Tambang 12GBP je untuk satu cab ke sana..lagi cepat & selesa...yeyyyy

Tenkiu uncle..


EUROLINE BAS tu dijangka bertolak ke AMSTERDAM pada pukul 7 malam, tapi kitorang dah sampai sana awal gilos. Orang tua2 kata BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. Mereputlah menunggu..


Tapi kitorang tak naik bas yang berlabel EUROLINES, tak taulah kenapa tapi mungkin ini bas tambahan kot..huhuh. Aku booking tiket bas ni online je. Tiket sorang dalam 50GBP gitulah.

Tapi tulah bas ni seat dia kecik je..sempit jugak kalau duduk berdua. Nasib baiklah haritu bas tak ramai pax, jadik bolehlah kitorang duduk asing2. 10 jam perjalanan ni, harus kena selesa kedudukannya. Takkan kena pinjam bahu pulak nak lentok..huhu


Aku tak sedar apa dah, hanyut dibuai bas..penat wehh.  Sedar2 dah sampai kat EURO TUNNEL terminal. Singgah toilet & solat. Pasport check sebab nak masuk FRANCE. Tapi yang tak bestnya sebab dorang just scan je, aku nak bukti COP IMIGRESEN tu..huhuh


Ini bas kitorang, namanya DHILLON OF LONDON. Masa ni sebelum bas kitorang masuk tunnel merentasi dasar selat inggeris. Officemate aku haritu cakap bas dorang haritu naik feri. Ini tidak adil..tidak adil..


Aku asalnya nak tengok camana rupa dalam tunnel tu, tapi sebab Q punya lama bas tu nak masuk, akhirnya sekali aku terlelap. Aku terjaga selepas driver bas buat announcement yang bas kitorang dah nak sampai ke STESEN BAS DUIVENDRECHT, AMSTERDAM.


Masa kami sampai sana, kauter tiket pun belum bukak. Tak tau nak tanya sapa camana nak beli tiket ke AMSTERDAM CENTRAL. Last2 kami naik je tren tu, dah sampai sana mesti ada staff jaga kan, so bayar jelah nanti.

Tapi bila dah sampai AMSTERDAM CENTRAL tu, tengok gate tu bukak je & semua orang lalu gitu je, takde touch tiket & kad apa2 pun. So, kitorang follow jelah...huhu


Dah habis kisah di KOTA LONDON, next entri kisah kat AMSTERDAM pulak..see yaa

7 comments:

  1. Replies
    1. Kaknieda,
      Merentasi benua dari bawah laut....

      Delete
  2. buckingham palace tu kan... tak sengaja termasuk dalam wish list NAK MASUK kat dalam tu...
    hahaha... apsal bilik dia macam banyak sangat...
    hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..byk giler kn...byk kje bibik ni nk kemas

      Delete
  3. best nye London dapat jejak lani ke Amsterdam plak ye ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang2....tp x smpat g paris frankfurt smua tu dh...sbb fuluss x mgizinkan..hehe

      Delete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...