Friday, 22 September 2017

SABAH TRIP 2017 :: DESA DAIRY FARM & WAR MEMORIAL & KINABALU PARK & HOT PORING..

Hi..kita jumpa lagi selepas 5 bulan cuti...fuhh. 1st entry update pasal trip ni masa bulan Apr sekarang dah nak masuk Oct dah baru aku sempat nak edit dan masukkan gambar sekali..nampak bz nya aku mengalahkan menteri..hehee

Okay kita sambung cerita okay..hepi reading..

HARI KEDUA

Terus je drive ke DESA DAIRY FARM. Otw ke sana tu kita akan jumpa banyak homestay. So next time kalau datang..try book sini pulak..

Subhanallah cantik sangat pemandangan kat sana macam lukisan...kita akan nampak kabus menutupi Gunung Kinabalu


Tinggi..tinggi Gunung Kinabalu..
Tinggi lagi sayang sama kamu..

Ni pintu masuk Desa Dairy Farm..kena bayar tiket terus kat sini



Tiket masuk Rm5/ seorang.


Cantiknya pemandangan kat sini..


Masing2 dah start snap sana snap sini, selfie boomerang semua bagai dah..hahaa



Orang cakap kalau datang kena rasa susu & aiskrim yogurt gelato dia...paduu


Konfem lah aku beli semangkuk..sejuk2 makan pulak aiskrim pehhh..kebas mulut..huhu




Member sempat ambik peluang bagi lembu minum susu botol tu..


Gambar terlampau banyak kat sini sampai bateri pun dah low..kalau ikotkan hati nak je aku tepek semua tapi apakan daya..ku simpan sahaja sebagai memori terindah seindah pemandangan kat sana.

WAR MEMORIAL KUNDASANG

Balik dari DESA DAIRY kami singgah sekejap di WAR MEMORIAL KUNDASANG yang terletak kat pekan kundasang tu je..


Tiket masuk RM2 sahaja.

Kat atas tu kira macam tempat memperingati para askar yang terkorban masa perang time tu.



Kat dinding tu ada terpahat nama2 mereka tentera yang terkorban masa tu..




Aku tak dapat ambik gambar sgt sebab masa ni bateri hp aku dah tinggal 50%..yelah korang bayangkanlah masa kat DESA DAIRY tadi tu penggunaan camera hp banyak mana..hahahah

KEPAK AYAM MADU

Kami singgah makan tengah hari di pekan Kundasang, lupa dah nama kedai tapi kat belakang kedai tu ada jual KEPAK AYAM MADU yang sedap..



Belakang kedai ada jugak street art..



KINABALU PARK

Next destinasi kami ke KINABALU PARK
Tiket masuk RM3/ seorang


Masa kat sini memang aku betul2 menghayati keindahan alam sekitar sebab bateri hp aku dah totally out..huhuu

Powerbank yang aku bawak tak membantu langsung..sebab usb buat hal pulak haritu..

Masa kat atas satu platform tu kami ada bergambar dengan satu grup auntie vogue dari China guna hp member aku, yang buat seronok tu pasal member aku memang pandai cakap cina..lagi lah auntie2 tu suka, dorang siap mintak tolong kami pakaikan dorang tudung sbb kebetulan masing2 pulak ada shawl kat leher..agaknya baru beli kot aku tengok sepesen je semua.

Tapi yang frustnya semua gambar kat sana missing in action...sedehh

KOLAM AIR PANAS PORING

Last sekali destinasi terakhir kami untuk haritu adalah KOLAM AIR PANAS PORING



Tiket masuk RM3 tapi untuk pengetahuan korang tiket KINABALU PARK tadi tu kita boleh guna balik..nasib baik dapat info awal2 jimat la sikit..hehe

Ramai je orang bermandi manda berendam kat sana, seronok pulak tengok kalau lah kami pun bawak baju salin...hmmm

Kami sempat rendam kaki je dalam air panas tu..

So, itu sahaja cerita untuk hari kedua kami kat kundasang..

Malam tu carik makan kat KFC jelah.

Oh ye..korang penah tak makan biskut GERY MALKIST SALUT yang perisa cheese & coklat tu yang viral kejap aritu?


Haa..kat sini murah tau..tak sampai RM3 pun satu pek..jadi kami ambik keputusan beli terus 2 karton boleh bawak balik sini...yelah aku pernah beli kat sini satu pek RM5..

Balik hotel tido sebab besok nak gerak balik KK dah..

Sunday, 9 April 2017

SABAH TRIP 2017 :: RUMAH TERBALIK & LODGE 37 RANAU..

Susah betul sekarang ni rasanya nak spend masa update blog yg makin lama dah makin suram ni...huhuu

Takpelah aku anggap penulisan trip sabah ni sebagai kenangan jelah...hehe

TRIP KUNDASANG KOTA KINABALU SABAH
 
21 - 24 FEB 2017

AIR ASIA TIKET

RM211/ seorang
Dah include caj baggage 30kg..kami share sket sorang untuk berat bagasi.


Kami beli tiket ni masa hujung bulan DEC 2016.

LODGE 37 (RANAU)

RM160 / dua malam
Kat bawah hotel tu ada kedai runcit & restoren so senang nak carik makan.

Hotel LODGE 37 kat pekan Ranau ni sangat mudah nak carik sebab terletak betul tepi jalan besar pekan ranau tu..tersergam indah gituuu


Kami booked guna TRAVELOKA.
Bilik kat tingkat satu, nasib baik ada lift.. maklumlah masing2 punya bagasi macam nak masuk AF dah.


Dua katil super single & satu katil queen.
Bilik selesa alhamdulillah tapi wifi agak slow...huhuu

PROMENADE SERVICE APARTMENT (KOTA KINABALU)

RM80 /satu malam
Bilik besar betul..sama mcm dlm website
Booking melalui website TRAVELOKA



Lobi jauh sket dari bilik tapi oklah kot bagi kami single ni..rasanya kalau family mungkin dorang bagi bilik yang lebih dekat kot..

Bawah apartment ada banyak kedai makan dan convenient store.


Nak pegi mall atau pasar flipina boleh jugak jalan kaki tapi bawak kereta lagi ok kot kalau tak azab nak angkut hasil borongan yang berkotak2 tu...hehe

KERETA SAGA BLM (AUTO)

RM90 / sehari
Ambik dan pulangkan kereta kat KK Airport je.


Deposit RM100 (pulang balik masa return)

Caj RM5/sejam sebab  masa tu kami return kereta dah petang.

TABUNG KK

RM100 /seorang
Tabung ni kami wujudkan untuk kemudahan bersama masa kat sana.

Duit ni kami guna untuk belanja tiket masuk, minyak kereta, parking & makan-makan.

DUIT POKET

Sendiri bajet lah ikut poket masing2
Macam aku, tak banyak pun aku bawak cash RM200 je..
Alhamdulillah...habis semuanya....huhuhu

Ramai orang tanya pegi SABAH tak pegi pulau ke?

Ok plan asal memang kami nak ke pulau jugak tapi waktu dan cuaca tak mengizinkan..KK musim hujan kot masa tu..

Next time inshaallahh..kalau ada rezeki lebih lagi

HARI PERTAMA

Flight awal pagi, bergegas ke KLIA2







Uruskan hal handover kereta sewa kat airport KK
Terus waze ke KUNDASANG

RUMAH TERBALIK

On the way tu nampak signboard RUMAH TERBALIK terus jelah singgah.




Tiket masuk RM10.60 (inc GST)

Kat sini kita tidak boleh ambil gambar dalam rumah terbalik tersebut sebab katanya untuk menjaga hakcipta dan privasi rumah itu sebab rumah terbalik kat Sabah ni adalah yang pertama di Malaysia.




Tapi takpelah kat luar rumah pun cantik view dia..

Petang tu kami takde aktiviti apa pun hanya mereput je dalam bilik hotel..penat weh..

Malam keluar ke pekan Ranau carik kedai makan untuk isi perut..

Singgah di satu kedai makan melayu makan nasik ayam penyet..


jumpa esok...kbai

Monday, 12 October 2015

SUKARELAWAN DI HARI SUKAN NEGARA 2015..

Kisah bermula bila salah seorang dari kakak ex opismate aku wassap tanya free tak weekend haritu..sebab beliau nak ajak aku join team sukarelawan untuk satu event sempena HARI SUKAN NEGARA. 



Memang free sangat la kak oii...huhu. Makan tido je aku sebulan dua ni..ngeee.

Khamis & Jumaat kena jaga kaunter kat bangunan KBS @ PUTRAJAYA untuk para peserta aktiviti KAYUHAN @ BERBASIKAL datang collect goodies bag untuk event tersebut. Dalam goodies tu ada plat no, tshirt event & vitamin dari pihak sponsor..


 Di antara senarai nama peserta event..


Penat jugak buat benda ni rupanya..naik cramp pinggang aku dok situ dari pagi sampai ke malam sampai aku rasa dah give up masa first day tu...huhu


Ada beberapa kategori macam 10km, 40km & 120km. Medal finisher tu kami kena distribute masa hari event...sebagai tanda penghargaan kepada para peserta sebab berjaya menghabiskan cabaran.


HARI SUKAN NEGARA ni disambut di seluruh negara. Ada bermacam acara yang berlangsung di lain2 tempat.

Patutlah aku tak nampak kelibat YB KJ haritu...huhu


Peserta untuk kategori 40km dah bersiap sedia di garisan. Yang kategori 120 km aku tak sempat nak tengok sebab dorang start awal sangat pukul 6.30 pagi.


Sediaa...ke garisan...MULAAAA....fewittttt

Nampak tak sebelah tu bekas pelumba basikal negara M KUMARESAN. Masa kecik2 dulu selalu dengar nama beliau..tak sangka event ni rupanya anjuran dari kompeni beliau..


Event ni berlangsung betul2 depan pejabat M.O.F @ PUTRAJAYA.


Panas betul masa ni sampai lengan aku dah jadik 2 tone...huhu

Ada persembahan dari artis juga..iaitu Saleem (Iklim) & salah seorang dari peserta KILAUAN EMAS. Lupa dh nama beliau.


Lucky draw untuk mereka2 yang bertuah...hadiah pun not bad.. antaranya IPONGSIK @ KAMERA GOPRO, LAPTOP, BASIKAL & blablablaaa

Akhir kata...majulah sukan untuk negara...


Tetiba rasa nak beli beskal pulak sebijik...huhuu

Salam 2025

Salam 2025 Alhamdulillah selepas 05 tahun baru berpeluang datang balik ke dunia tipu-tipu ni sebagai tanda empunya diri masih lagi bernafas....