Perjalanan dari airport ke STATION BAS BEN THANH ambik masa setengah jam jugak sebab keadaan trafik yang agak sesak tu..Kat sini ade lagi yang unik selain trafik iaitu WAYAR KABEL LETRIK dorang yang sangat berserabut tu. Serius masa mula2 tengok memang aku pelik, macammane la staff
Mula2 sekali kami terjah pasar BEN THANH tu carik kain ela, aku punya target of course kain cotton, bagpack, kain telekung dan sedikit souvenier..
Beli borong lagi murah kot, kat pasar tu memang kita akan jumpa orang Malaysia je kat mane2 je tengah sakan bershopping terutama peniaga2 online yang datang ambik stok. Sebab tulah jugak dorang tu boleh paham dan cakap bahasa melayu. Ayat standard "Kakak...banyak murah...cantik2".
Dorang letak harga gila2 tapi last2 kita boleh dapat separuh harga lepas bargain tu tapi kena pandai la sebab dorang pun lagi bijak..takut nanti kita tertipu tanpa disedari...huhu
Aku dapat semua barang kecuali kain telekung tapi ingat nak pergi BUTIK MINH @ HO ANH je. Tapi sebelum tu pergi carik makan dulu..kitorang menjamu selera di KEDAI MAKAN HAJAH BASIROH yang betul2 di hadapan HOTEL SAIGON PINK tu. .
Kat area situ ramai PENJAJA yang nak menjual barang niaga mereka. Macam dorang jual contoh macam wallet, spek hitam, souvenier, kacang rebus dan sebagainya. Aku tengok kesian sebab berat tu dorang nak bawak benda tu..boleh senget bahu. Kadang tu kesian punya pasal beli jugak. Tapi yang aku tak tahan tu, dia dah nampak kita beli dengan kawan dia tadi tapi dia nak jugak suruh kita beli dengan dia..agak2 la kan, dahla jual barang yang sama pulak tu..
Layan gambar kejap..
Kami balik ke airport pukul 5 (waktu sana) sebab flight balik KLIA depart pukul 6.55 petang. Sementara menunggu tailor kedai kain tadi datang hantar baju jubah yang akak tu tempah. Hebat kan, boleh siap kan 5 helai jubah dalam masa satu hari. Kakak tu terus senyum sampai ke telinga lepas dapat jubah2 tu..risau jugak takut tak sempat..takkan nak datang balik kot..
Sampai Klia pukul 10 malam...penat sangat dan aku rasa ni lah kali pertama dan terakhir aku buat keje giler nih. Paling tidak pun kalau pegi sana memang kena tido semalam kat sana barula tak penat. Lagipun kalau stay sana malam tu boleh cuci mata pergi PASAR MALAM BEN THANH tu...lagi syokk..hahah
Oh ye..lagi satu nak cerita...masa kami sampai kat arrival hall tu agak saspen jugak sebab orang ramai sama macam kat Vietnam tadi..siap sepanduk dan poster bagai...bila aku baca dia tulis... "Welcome to Malaysia SHINee... Sapekah mereka itu??? Ohh..retis KPOP rupanya...k fine.
Ni jelah yang aku sempat beli kat sana...
Sekiannn..