Monday, 20 October 2014

PARIS Trip 2014 :: DISNEYLAND + WALT DISNEY STUDIO

Pagi Sabtu (4hb Oct 2014), pagi2 dikala nafas masih berasap yakni sejuk hingga ke tulang, kami dah jalan kuar pegi stesen BRY SUR MARNE tu untuk ke DISNEYLAND...oh nyamannya angin pagi kat sana...kikiki





Yeyy...sampai dah...kita enjoyyyy


Tiket masuk DISNEYLAND kami dah beli awal2 thru online, dapat lah murah sket dari harga tiket walk in. Hurmm..tapi murah tak murah sangat lah..cer convert kepada RM...heheh


Pintu masuk..dalam ni ada kaunter tiket masuk..


Photo session bersama antara anak2 buahku yang tersayang...tiba2 teringat kat lagi 4 orang anak buah aku yang jauh di Malaysia nun..huhu


Tengah Q nak masuk..tunggu gate bukak pukul 10 pagi kot..bising ya amatt


Happy HALLOWEEN katanya...


Sila ambik risalah ni untuk rujukan tuan & puan sekalian..




Dari jauh dah nampak DISNEY CASTLE..teruja nihh


Aku & PRINCESS ANNA Muslim.. ^ ^


Oh ye..kami berjaya mempertemukan dua beradik yang dah lama terpisah iaitu PRINCESS ELSA & ANNA kat sana dalam segmen JEJAK KASIH. Rambut dorang beza kaler sebab kat Malaysia takde snow..hihi


Lawa bak hangg...


Ramai tak terkira princess cilik yang aku jumpa kat sana..macam2 pesen..tapi semuanya comel2..geram nengok baju dorang..


Motif gambar?? Parking penuh dengan kenderaan masing2..


Watak2 kartun yang ada pada hari tu..MALEFICIENT ni apasal tak lawa macam dalam movie tu hah??


Sakit mental kejap masuk dalam galeri ni..macam2 jenis souvenier dorang jual..kedai pulak merata2 ada, setiap ceruk..supaya pengunjung tak termiss untuk menyoping sebagai kenangan.


Antara game2 yang ada kat dalam DISNEYLAND tu..



Okay..scene naik gajah terbang..weeeee


Lama tak naik cawan gergasi, dulu2 naik kat GENTING je..



Rumah hantu nih..tapi tak seram pon..geli ketiak aku kejap...hihi


Uncle tukang sapu ni pon pakai costume kemain lawa lagi..hehehe


Beratur punya panjang & lama  konon nak merasa naik roller coster ni..sekali halfway Q, tetiba dengar annoucement cakap bahasa dia lah..aku tak faham pon. Tapi tengok semua orang patah balik carik jalan keluar..rupanya takleh naik..rosak kot..


Masa tu tema HALLOWEEN kat sana. Mula2 ingat labu tipu..kalau masak sira sedap ni..satu opis boleh makan...heheh


Mula2 aku ingat MICKEY MOUSE & FRIENDS nak buat show dalam hall ni..beratur panjang sampai kat kaunter staff tu tanya berapa orang? Bajet dorang nak assign seat untuk kami..rupanya Q untuk sesi bertemu MICKEY kat belakang stage ala2 dalam bilik persalinan gitu..cess..



Dah pusing2 satu park tu..tiba masa untuk tengok DISNEY PARADE kat dataran. Ambik tempat masing kat tepi kaki lima tu je pon.





Dah habis tengok DISNEY PARADE, kami gerak ke WALT DISNEY STUDIO pulak. Tak jauh pun, sebelah2 je..masih dalam kawasan DISNEYLAND..









Game yang kami anggap cikai sebab nampak macam tahap ketinggian dia tak memberangsangkan, tapi bila dah naik..gayat jugak. Tak dapat dok sekali pon sebab kami beratur kat single rider lanes. Tak kesah sebab lagi cepat takyah nak beratur lama2..



Game yang paling seram bagi aku adalah HOLLYWOOD TOWER HOTEL..rasa macam nak putus urat anak tekak aku menjerit dalam ni. IRFA tak naik sebab kena jaga si kecik, konon nak repeat balik game tu..sekali dah tutup sebab dah pukul 6 petang..IRFA bengkek je...hihihi





Ekceli tak dapat cover semua game pun dalam masa satu hari..huhu..sedihh sebab besok nak balik KUL dah..

Bye...DISNEYLAND

2 comments:

  1. Seronoknyaaaa...seronoknyaaaa.... Bilalahhh akak nak merasa....

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaaa T.T kalau CT pi memang snap photos sajalah kot sebab penakut nak naik rides tu semua bagai hihi..

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...