Tuesday, 21 October 2014

PARIS Trip 2014 :: MH21 CDG/KUL

First time beraya kat oversea la kononnya..sebab hari Ahad 05OCT14 kami masih lagi kat sana. Tapi dah bersiap2 nak terbang balik ke KUL..siap salam raya dalam tren menuju ke airport..heheh


Gigih mintak IRFA snap dari jauh konon nak bagi nampak view..padahal background pokok-pokok je semata..huhu





Pagi2 dah sampai airport dah walaupun flight kami pukul 12 tgh hari waktu sana..





Terserempak sis NURULDEPP & family kat airport. Mula2 aku cakap kat IRFA..ehh tengok budak tu comel je sebab dok dalam baby carrier tu. Ekceli hobi kami suka tengok gelagat & style orang kat airport tu. Pastu aku tengok macam penah tengok dorang ni..terus spontan aku panggil KAK NURUL!! Cewah...macam dah kenal sangat. Dia pun terkejut sapa pulak panggil dia..heheh


Dorang pun satu flight dengan kami jugak..tapi tak jumpa pon masa dah onboard.






Kita makan dulu kenyang2 pastu tido..



Kami sampai KLIA pukul 7 pagi (06OCT14). Alhamdulillah kami selamat pergi & balik..

Nak dijadikan cerita, IRFA & family keluar dulu sebab aku nak jumpa kawan kejap kat terminal satelit tu. Aku bajet IRFA mungkin dah ambik bag aku kat baggage carousel tu, rupanya belum. Konfiden je aku berlenggang jalan keluar ke arrival hall tu.

Aku kol IRFA nak ambik bag, sekali dia cakap mana ada ambik, bag masih kat dalam lah..rumah kita kan lain2. Eh ye tak ye jugak..camana buleh lupe nih..huhu

Terpaksalah menebalkan muka pegi mengadap abam2 polis airport tu sebab nak mintak kebenaran masuk balik ke dalam untuk ambik bagpack aku tu. Pegi balik kat tempat bag tu tengok dah takde, bila tanya staff kat situ dorang cakap bag aku dah kena hantar masuk ke MH Lost & Found Office sebab tengok takde orang collect..hahaha

Okay..habih dah..kisah perjalanan kami yang tak seberapa ni..jumpa lagi next trip..inshaallah..

Assalamualaikum.. ^ ^

5 comments:

  1. Satu kepuasan kan sebab hajat tercapai. Macam best jer kan....

    ReplyDelete
  2. selamat pergi selamat pulang..seronoknye..

    ReplyDelete
  3. waaa mnyak syokkk ye dpt jumpa kak nurul lgiii...hahah cemana bleh lupa bagpack tu hahha

    ReplyDelete
  4. lepas ni ke mana pula?
    kebetulan jumpa nurul pula ya.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. welcome back home ^^ hihihi. syok nye ke france.

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺

OSAKA TRIP JAN 2020 (PART 6) END

23 Jan 2020 (Khamis) Last day kami di bumi Jepun. Packing barang siap-siap lepas tu terus check out hotel..tapi request untuk tinggalkan b...